15/2 Daftar nombor Australia dan aktifkan akaun bank

Hari kedua kami di Sydney, berpandukan google maps dan berbekalan sedikit tenaga, kami menuju ke Broadway Shopping Center yang terletak kurang 500 meter dari tempat tinggal sementara kami di Dangar Place. Selepas membuat kajian dan perbandingan, kami bercadang untuk menggunakan nombor prepaid dengan syarikat Vodafone sebab kami nak kurangkan komitmen. Sampai kat shopping complex tu, kami gunakan virtual guide kat depan tangga, cari store vodafone, baru je nak langkah pergi, sorang brother ni beritahu kami, rupanya kami kat Ground Floor, store tu kat tingkat 1. Nasib baik. Sampai je kat store vodafone, ada sorang promoter ni, berjanggut, panggil kitorang, Saya nak bagi salam takut bukan orang Islam, tag name dia letak kat bawah pulak, tak nampak nama dia. 


Kami tanyakan pasal prepaid, dia pun offer satu pakej untuk student, 2 simkad satu untuk phone satu untuk tablet tapi yang tablet tu hanya untuk data sahaja. Lepas tu dia propose satu plan untuk student antarabangsa yang dapat 2 simkad tapi dua-dua nombor dapat call, sms. Sharing Plan. Data 10.5GB boleh share antara 2 nombor ni. Total bulanan AUD80. Takde kontrak. Nombor primary dapat unlimited call, sms ke nombor Australia dan 10 negara terpilih termasuk Malaysia. Nombor supplementary dapat unlimited call dan sms ke nombor Australia sahaja. Kami pun sign up untuk plan ni. Nombor phone kitorang 4 nombor terakhir sama dengan 4 nombor terakhir nombor Malaysia.


Lepas selesai urusan di Vodafone, kami ke Commonwealth Bank di tingkat bawah untuk aktifkan akaun bank isteri saya yang sudah dibuka secara online waktu kami di Malaysia lagi. Akaun online ni boleh masuk duit tapi tak boleh keluar duit selagi tak diaktifkan di mana-mana cawangan Commonwealth Bank


Selesai di bank, kami ke pasaraya Aldi, buah-buahan dan sayur memang murah kat sini (kalau tak convert ) kalau nak dibandingkan dengan gaji minima di Australia AUD21 sejam. Sampai kat pintu lif, barulah teringat kami tak beli minyak masak. Masuk balik, pergi ke pasaraya COLES pulak. Saya tunggu kat luar je, isteri masuk dalam beli minyak masak, ayam mentah dan ayam panggang. Jenama Liliydale, student kat sini cakap jenama ni halal. Ayam murah kat sini, AUD5.99/KG. Kalau kerja kat sini, walaupun kerja part time 4 jam sehari, dah cukup untuk tampung belanja makan minum kat sini. Duit biasiswa buat bayar sewa rumah dengan bil utiliti je. Insya Allah.

 

 

aldi milk
Susu segar $1.00 / liter

 



strawberry

 

UTS
UTS

 

sydney
Speed limit kat sini 50-60 km/h je

 

sydney

 

 

Receipt
Resit COLES

 

receipt
Resit ALDI

 

Amaran: Bahasa Terengganu di bawah

Hari ni hari lidah terbelit sebabnya kami pergi ke Broadway shopping center. Mule2 pegi center Vodafone. Asalnye Nk…
Posted by Khairul Hilmi Sidek on Monday, February 15, 2016

 

Untuk cerita lain tentang kehidupan kami di Sydney sila klik pada kategori Sydney di atas

Leave a Reply