Perhimpunan petang Jumaat di Eastlakes Public School

Anak saya, Mujahidah sekolah di Eastlakes Public School. Kat Sydney setiap suburb ada satu sekolah rendah. Jarak antara suburb dengan suburb lebih kurang 5KM je. Jadi jumlah pelajar untuk setiap sekolah tidak ramai, cikgu pun dapat menumpukan perhatian pada setiap pelajar dengan lebih berkesan.
Kat Sydney ni, saya tengok cikgu-cikgu diorang happy je, takde muka tension, takde muka macam singa atau rimau. Pakaian cikgu datang sekolah asalkan sopan je. Tak pernah lagi saya tengok cikgu lelaki pakai kemeja lengan panjang, tali leher dengan kasut hitam berkilat.
Kerja cikgu kat Australia ni mengajar je waktu sekolah. Urusan pentadbiran semua bahagian pentadbiran buat. Takde aktiviti kokurikulum petang,kelas malam , kelas tambahan cuti sekolah semua takde kat sini. Mungkin sebab tu diorang happy je.
Kerja sekolah anak saya biasa bawak balik satu buku dengan 12 perkataan yang dia kena ulang tulis tiap-tiap hari. Hari Isnin salin balik semua perkataan, hari-hari selepasnya parents tutup perkataan tu, sebut lepas tu dia tulis balik.
Tak sampai 5 minit sehari buat kerja sekolah. Satu lagi buku cerita yang dia kena baca tiap-tiap malam depan mak ayah lepas tu mak ayah tulis apa yang dia dapat dari buku tu. Satu ayat je.
Pergi sekolah setiap hari bawak buku cerita tu je untuk tukar dengan buku lain. Hari Jumaat buku homework dan buku rekod bacaan hantar kat cikgu, Isnin cikgu bagi balik. Waktu cuti memang takde homework langsung. Bahagianya sekolah kat Sydney ni.
Jumaat lepas saya join perhimpunan petang yang diadakan setiap 2 minggu sekali kat dewan sekolah Eastlakes Public School. Kat sekolah ni waktu perhimpunan hari Isnin setiap minggu dan Jumaat 2 minggu sekali memang amat digalakkan untuk ibu-bapa datang.
Waktu perhimpunan ni diorang akan bagi award (bronze, silver, gold, platinum) pada pelajar yang dah capai level-level tersebut. Saya pun tak faham macam mana diorang tentukan , yang anak saya beritahu kalau dia ada capai target, cikgu bagi satu stiker, bilangan stiker tu yang tentukan dapat award apa.
Waktu perhimpunan minggu lepas, saya agak terpegun tengok macam mana pelajar kat sekolah di Australia ni berlumba-lumba angkat tangan bila Vice-Principal bagi soalan. Takde pun yang tetunduk malu.
Kalau jawapan salah pun takde kena sorak atau kena boo. Cikgu pulak kalau jawap salah takde nak cakap “wrong answer” dia cuma panggil orang lain je jawab. Takde jugak cikgu tu suruh orang yang tak angkat tangan jawab. Patutlah takde orang tunduk.
Anak saya baru darjah satu tapi dia cakap dia selalu buat public speaking kat depan kelas. Public speaking tu!! siap ambik soalan dari audien lagi. Cikgu tak suruh pun dia cakap, dia sendiri yang mintak dengan cikgu.
Memang diorang selalu mintak nak cakap kat depan dengan cikgu. Cakap pasal mainan, pasal pergi mana waktu weekend, pasal apa-apalah. Memang beza betullah dengan saya waktu sekolah rendah di Malaysia. Sekarang pun ketar-ketar lagi kalau nak kena cakap kat depan.
Saya rasa, kementerian pelajaran Malaysia patut hantar menteri pelajaran datang buat observation kat sekolah rendah di Australia lepas tu buat kat Malaysia. Tak perlu nak suruh budak-budak darjah satu bawak beg besar, belajar sampai 40 subjek sorang. Homework sampai 5 homework sehari kena buat. Barulah budak tak tertekan, seronok je pergi sekolah.
Satu lagi yang saya perhatikan, kat Australia daripada sekolah rendah sampai universiti sampai jabatan kerajaan, diorang memang terbuka dan ambil berat dengan kritikan dan feedback yang diberi. Diorang berterima kasih kalau kita boleh bagi kritikan yang boleh menambahbaik perkhidmatan diorang.
Takdelah ayat “tak suka boleh pindah” atau “tak puas hari boleh berhenti”. Patutlah diorang boleh capai tahap negara maju,
Eastlakes Public School amphiteather
Ni tempat perhimpunan pagi Isnin dan tempat hantar/ambik anak
dance a thon
Aduh.. nak kena menari jugak ke.. huhu

Leave a Reply