Tukar Hosting ke Hostinger dengan Free Migration

Alhamdulillah hari ni migration dari hosting lama ke hosting baru, Hostinger sudah selesai dengan caj RM0. Ya, perkhidmatan migration ini adalah percuma oleh team Hostinger.

Saya terpaksa menukar hosting dari Exabytes ke Hostinger disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Antaranya semakan terhadap harga langganan bagi akan Radiosenyap yang terlalu jauh dari bajet tahunan saya.

Dari segi performance pula, performance Radiosenyap di hosting Exabytes sekarang sudah mula bertambah baik. Actually saya suka dengan perkhidmatan hosting dari Exabytes tetapi apakan daya, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Saya mengambil keputusan untuk memilih Hostinger setelah meneliti dan mengkaji serta membuat perbandingan antara beberapa hosting provider. Dari segi harga dan performance, saya dapati Hostinger menepati bajet dan keperluan hosting saya.



Pakej yang saya ambil dengan Hostinger adalah pakej Premium Web Hosting dengan harga lebih kurang RM200 setahun. Untuk pakej hosting, Hostinger menawarkan 3 pakej seperti di bawah:


Untuk kegunaan hosting saya, saya rasa Premium sudah mencukupi disebabkan kegunaan utama saya adalah untuk hosting blog ini dan beberapa website lain iaitu dendangperantau.com dan shoplink.my. Bagi website yang menjalankan e-commerce dicadangkan untuk melanggan business hosting atau Cloud Startup untuk performance yang lebih baik.

Walaubagaimanpun performance adalah bergantung dengan load dan traffic, sekiranya anda merasakan performance blog in agak perlahan, sila komen di bawah ye.

Salah satu plus point Hostinger yang buat saya suka adalah custom hosting panel iaitu hpanel dan juga documentation yang pada saya lengkap untuk pengguna memulakan hosting dan website sendiri.

Perkhidmatan migration percuma yang disediakan oleh hostinger (dan juga beberapa hosting lain) amat membantu sekiranya mahu bertukar dari hosting provider lain ke hostinger. Perkhidmatan ini juga tidak dihadkan untuk satu website atau domain sahaja tetapi untuk semua domain yang sudah tersedia dalam hosting provider sedia ada.

Hostinger ada datacenter atau server di Singapura jadi untuk pengguna dari Malaysia , Singapura dan negara berdekatan yang mana adalah majoriti trafik untuk web ini, kelajuan untuk mencapai website adalah cepat dan kurang lag.

Proses untuk membuka request untuk migration juga amat mudah, tambah domain dan create request

atau



Kita boleh buat request ini untuk semua website yang kita nak migrate sekaligus tetapi paling banayak 3 domain untuk sekali request. Mcm kes saya, saya buat request hari Jumaat, hari Isnin migration dah complete dan boleh point tukar nameserver kat domain registrar ke nameserver Hostinger.

Kalau nak melanggan dengan hostinger boleh ke website hostinger di sini :

https://hostinger.my

Leave a Reply