Road to Australia Episod 3 : Beli insurans OSHC Australia

oshc

Insurans OSHC Australia adalah wajib bagi semua pelajar di Australia. Dalam post sebelum ni saya dah ceritakan tentang pengalaman kami buat medical check up untuk visa Australia.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah tujuan kami memohon Visa ke Australia. Sebenarnya isteri saya akan menyambung pelajaran ke peringkat Master dalam bidang Orthoptics di University of Technology, Sydney.

Saya dan anak-anak juga akan mengikuti beliau ke sana. Saya sekarang ni kerja swasta jadi demi isteri dan anak-anak tercinta saya akan meletakkan jawatan saya dalam sebuah syarikat kontraktor minyak dan gas yang agak gah namanya dalam dunia minyak dan gas di Malaysia.

Hadiah Latihan Persekutuan

Isteri saya telah memenangi Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi tahun 2015. Ini adalah permohonan beliau kali yang kedua. HLP tahun 2014 beliau berjaya ke peringkat temuduga tetapi gagal, percubaan kali kedua Alhamdulillah berjaya.



Nak tips berjaya dalam temuduga HLP? Saya akan cerita pengalaman beliau dan tips untuk berjaya dalam temuduga HLP dalam post akan datang insya Allah.

Apa Itu Insurans OSHC?

Insurans OSHC adalah singkatan pada Overseas Student Health Cover iaitu satu syarat yang digariskan oleh pihak imigresen Australia kepada semua pemohon Visa pelajar ke Australia.

Di Australia, perbelanjaan kesihatan adalah diuruskan oleh pihak insurans sebab kosnya adalah mahal. Insurans OSHC adalah untuk memastikan pelajar dan keluarga yang tinggal di Australia menggunakan visa pelajar mendapat rawatan yang sepatutnya di Australia.

Kerajaan Australia melalui pihak imigresen mewajibkan setiap pelajar dan keluarga yang memohon Visa pelajar ke Australia untuk membeli polisi insurans OSHC bagi tempoh selama mana mereka ingin berada di Australia (biasanya dari hari pertama sampai ke Australia hingga tarikh akhir semester tambah 3 bulan).

Untuk dibenarkan masuk ke Australia menggunakan visa pelajar, seorang pelajar itu hendaklah mempunyai visa yang diluluskan dan mempunyai polisi insurans OSHC yang masih aktif.

Nak apply visa pun wajib dikepilkan bukti bahawa kita sudah membeli polisi insurans OSHC yang cover selama mana kita belajar dan berada di Australia.

Pilihan Syarikat Insurans OSHC Australia

Pada mulanya, kami beli insurans dengan MediBank selepas menerima unconditional letter of offer selepas submit financial affidavit ke universiti(saya akan ceritakan dalam post lain pasal ni) mengikut tarikh mula belajar dalam surat tersebut.

Jumlahnya AUD12k untuk polisi insurans kami 4 beranak bagi tempoh 2 tahun. Lebih kurang RM36k. Kami buat pembayaran menggunakan kad kredit saya. Gold Credit Card Maybank dengan credit limit RM6k.

Cara Tambah Limit Kad Kredit

Macam mana nak buat bayaran sebanyak tu? Kita mesti faham limit credit card tu adalah limit hutang bukan limit perbelanjaan. Jadi kalau nak buat bayaran sebanyak tu, pergi Maybank beritahu kat kaunter nak transfer duit ke akaun kad kredit.

Nanti kaunter akan tanya nak buat apa, beritahulah nak bayar insurans belajar luar negara. Print siap-siap quotation dari insurance provider senang nak tunjuk kat kaunter. Bagi kad kredit, bagi IC tak sampai 5 minit akaun kad kredit dah jadi RM(-36k). Dah boleh guna tanpa masalah.

Australia tak termasuk dalam negara blacklist Maybank jadi biasanya diorang akan proceed je dengan transaction ni tanpa sebarang masalah. Mesti korang cakap, banyaknya duit die. Duit insurans ni claimable jadi kami gunakan semua sumber yang ada termasuk mak, ayah, kakak, abang, adik, simpanan. Lepas dapat claim bayar balik duit semua orang.

Lepas dah selesai semua urusan beli insurans ni, tiba-tiba boleh pulak UTS hantar satu lagi offer letter dengan perubahan tarikh mula belajar jadi lebih awal sebulan. Alasannya last name wife saya dalam passport ada “binti”.

Kami contact balik MediBank mintak nak ubah tarikh tapi diorang cakap tak boleh. Ejen kami pun contact MediBank dan jawapan yang diterima tetap sama. MediBank suruh cancel balik polisi lama, dapatkan refund kemudian beli polisi baru.

Masa tu dalam bulan 8 ke 9 macam tulah. Kami ingat nak apply visa waktu tu tapi lepas tanya ejen imigresen Australia, VFS Global, visa tak boleh apply awal. Paling awal 120 hari sebelum tarikh masuk. Jadi kami put on hold dulu pasal insurans ni sehinggalah bulan 11 sebab kami plan nak pergi February next year.

Kerenah birokrasi

Bulan November kami try contact balik MediBank tanyakan pasal nak tukar tarikh ni, lagi dahsyat jawapan yang diorang bagi. Beli dulu polisi lain kemudian cancel balik polisi lama, dapatkan refund.

Saya dah mula panas, reply e-mail diorang bagitau betapa susahnya kami nak dapatkan 36k tu. Bukannya jumlah yang sikit-sikit. Kami mintak nak tambah je sebulan polisi ni pun diorang tak bagi. Alasan diorang sebab kami tak berada di Australia.

Masalahnya kami nak apply visa pun tak lepas macam mana nak berada di Australia. Last sekali kami ugut nak report kat Private Health Insurance Ombudsment, diorang reply kami beli melalui ejen jadi, kami perlu berkomunikasi melalui ejen. Tau pun takut. 

Ejen pun email kat diorang sekali lagi tanya boleh atau tidak tukar tarikh cover tu, jawapan asal diberi cancel polisi lama, dapatkan refund dalam masa 2 hari bekerja kemudian beli polisi baru. Pasal nak tambah tu, diorang cuma cakap kalau imigresen takde masalah beli jelah.

Masalah Belum Selesai

Wife saya pun bagi kebenaran untuk ejen proceed dengan beli polisi tambahan sebulan kalau tak boleh cancel dan refund je. Ejen tu pun masuk dalam portal ejen dan nak beli polisi tambahan sebulan tapi tak berjaya sebab dalam sistem detect isteri saya dah ada polisi.

Jadi ejen tu pun cancel sebab dalam sistem tu ada option untuk cancel dan dapatkan full refund. Mungkin untuk kes kitorang je sebab dalam keadaan biasa mereka tak bagi full refund kalau cancel polisi.

Mungkin sebab kami dah mintak tolong dengan pihak universiti untuk berhubung dengan pihak MediBank sebab salah diorang jugak main tukar-tukar tarikh kan. Lepas 2 hari bekerja, duit yang direfund masuk balik dalam akaun kad kredit saya.

Ejen tu pun cuba untuk beli polisi baru tapi tak berjaya jugak sebab diorang tak buang lagi akaun untuk polisi lama dalam sistem. Ejen tu pun email kat MediBank, wife saya pun email dan bagi diorang masa 2 hari untuk selesaikan masalah ni kalau tak boleh jugak kami takde pilihan lain selain beli polisi dengan company lain.

Company pilihan kedua kami ialah Alliance. Actually kami baru terfikir kenapalah nak beli sangat dengan MediBank kalau sebab diorang ada ofis kat UTS, semua urusan claim buat secara online. Panel klinik, hospital pun sama je. Jadi apa beza kalau ambik dengan Alliance, harga pun lagi murah.

Tukar syarikat insurans OSHC Australia

Lepas 2 hari ejen cuba sekali lagi nak beli polisi baru dengan MediBank tapi masih tak berjaya, jadi kami pun ambil keputusan untuk beli dengan Alliance dengan harga AUD10k lebih kurang RM32k.

Kemudian isteri saya laporkan ke Bahagian Latihan sebab tukar company insurans dan perbezaan harga insurans baru yang lebih murah daripada duit claim yang sudah dibayar.

Bahagian latihan mintak return balik perbezaan harga insurans baru dan duit claim yang sudah dibayar tempoh hari dalam Ringgit Malaysia menggunakan bank draft.

Boleh je kalau kami nak diamkan tapi saya takut ada berlaku apa-apa di kemudian hari nanti susah. Dahla kerajaan kuat audit sekarang nak jimatkan duit. Lagipun bukan hak kita, buat apa nak ambik kan.

Lesson well learnt

Selesailah episod urusan insurans OSHC yang amat panjang dan meletihkan. Nasihat saya, sebelum beli insurans pastikan tarikh dalam offer letter sama dengan tarikh dalam academic calendar universiti.

Dalam kes wife saya ni, saya ada perasan yang tarikh dalam offer letter lain dengan tarikh academic calendar sebab diorang ada 2 tarikh permulaan belajar.

Course wife saya ni termasuk dalam category B, tapi tarikh dalam offer letter adalah tarikh category A. Tapi kami proceed je sebab offer letter lagi official dari academic calendar dalam website. Tapi malangnya kami tersilap langkah di situ. Lesson learnt bagi kami.

Let’s visit gold coast: Australia

Road to Australia Episod 2 : VISA sudah diluluskan
Road to Australia Episod 1 : Medical checkup untuk Visa

9 thoughts on “Road to Australia Episod 3 : Beli insurans OSHC Australia

  • Pingback: Homepage

  • Pingback: Kerja cari salah orang. Dibayar pulak tu – Radio Senyap

  • January 9, 2017 at 2:07 am
    Permalink

    Hi dari 🇲🇾 saya nak tny tentang masalah dgn ‘binti’ tu. Akan ada masalah ke kalau di offer letter kita x de binti which jd berbeza la kan dgn passport kita? Lg satu, boleh ke kalau cik emailkan details untk apply osch . Tqvm encik😊

    Reply
    • January 9, 2017 at 5:54 am
      Permalink

      Akan jadi masalah kalau xde binti. Wife saya punye offer letter asal xde binti lepas tu diorang ammend jadi ade binti.
      Ohsc tu kalau nak senang pakai education agent mcm idp atau Aug. Sebab diorang mcm ade sistem sendiri khas untuk ejen. Nanti diorang akan uruskan sampai dapat visa.

      Reply
  • February 12, 2016 at 9:02 am
    Permalink

    1. Saya serah kat ejen Utk visa. Die buat online. Boleh je buat sendiri. Kat website immi Australia. Ejen saya aug Kuantan
    2. Medical checkup lepas apply visa. Diorang akan bagi nombor rujukan untuk medical checkup dan alamat,nombor Phone panel. Dapat nombor tu baru boleh Call panel untuk reserve date time Utk medical checkup
    3. Bayaran tu untuk sorang.
    Harap membantu

    Reply
  • January 4, 2016 at 6:25 am
    Permalink

    Saya akan register di University of Sydney pada 1 Mac ni dan urusan OSHC diuruskan oleh universiti. Kenapa tak minta universiti uruskan je?

    Reply
    • January 4, 2016 at 6:55 am
      Permalink

      Uts taknak uruskan Utk family. Diorg uruskan Utk single application je.huhu. Anyway tahniah

      Reply

Leave a Reply