Road to Australia Episod 2 : VISA Australia sudah diluluskan

sunrise

Balik dari medical checkup di Kuala Lumpur , tiap-tiap hari saya check status visa Australia saya di VEVO Australia. Akhirnya visa kami sekeluarga untuk 2 tahun sehingga 15 Mac 2018 sudah diluluskan berkuatkuasa serta merta iaitu hari ini 18 Nov. 2015.

Sebenarnya saya bimbang takut-takut prosesnya jadi semakin ketat lepas serangan IS di Perancis tempoh hari. Alhamdulillah warga Australia kebanyakannya berfikiran matang dan tidak menyalahkan agama Islam dalam hal ni.

Mereka semuanya tahu IS tidak mewakili Islam dan Islam tidak mengajar untuk keganasan. Visa kami diluluskan tanpa temuduga atau proses perekodan(ada ke perkataan ni) biometrik.

Semak kelulusan Visa Australia

Pada mulanya, saya masukkan nombor TRN dan nombor passport wife saya kemudian keluar maklumat visa atas nama wife saya kemudian saya cuba pula dengan nombor passport saya, anak-anak takde pulak.



Saya dah mula cuak takut-takut visa wife saya je yang dah lulus, saya dan anak-anak tak lulus lagi. Lepas tu saya tengok di bahagian pilihan untuk reference type ada pilihan untuk visa grant number.

Saya pun cubalah tambah satu nombor belakang visa grant number wife saya dan masukkan tarikh lahir saya. Keluarlah maklumat visa saya. Lepas tu saya buat macam tu jugak untuk anak-anak. Alhamdulillah. Visa kami berempat semuanya sudah diluluskan.

visa vevo
Inilah rupanya paapran di VEVO kalau visa dah lulus.. Banyak kena block out untuk mengelakkan kecurian maklumat
 

Tunggu masa untuk terbang

Kalau ikutkan visa tu kami dah boleh terbang sekarang tapi memandangkan terdapat syarat untuk OSHC (insurans untuk visa pelajar) jadi kami hanya boleh berada di Australia apabila tarikh OSHC bermula iaitu 1 Februari 2016.

Tapi memandangkan tarikh permulaan orientasi 22 Februari, kami plan untuk pergi seminggu awal iaitu 15 Februari 2016. Tu pun wife terpaksa ambil cuti tahunan sebab cuti belajar hanya dikira waktu sesi pembelajaran bermula.

Ejen tak sedar Visa Australia dah lulus

Memang betullah tekaan saya, ejen tak check setiap hari status Visa kami. Dia hanya akan check bila dia rasa dah cukup lama dari tarikh medical check up. Sesetengah kes 2 minggu  dari tarikh medical check up.

Wife saya screenshot kelulusan visa tu dan whatsapp kat ejen kami. Dia ada kat KL, ejen kami pejabatnya di Kuantan. For sure lah dia tak check hari ni. Besok dia akan mintak tolong kawan dia check dalam akaun mereka dan forward dokumen yang berkaitan pada kami.

Tinggal satu lagi step untuk kami ke Australia iaitu tiket kapal terbang. Wife dah majukan permohonan untuk tiket kapal terbang ke Australia. So, kami tunggu jelah.

Dah boleh start packing baju, buat list barang-barang nak bawak ke sana, cari rumah sewa dan belajar undang-undang sana. Kalau ada di antara pembaca blog ni yang berada di Sydney atau NSW, tinggalkan komen ye. Nanti bolehlah kita jadi geng kat sana.

Road to Australia Episod 3 : Beli insurans OSHC AustraliaRoad to Australia Episod 1 : Medical checkup untuk Visa

4 thoughts on “Road to Australia Episod 2 : VISA Australia sudah diluluskan

Leave a Reply