Tukar Lesen Memandu Malaysia ke Lesen NSW, Australia

Alhamdulillah. Minggu lepas saya dah lulus driving test lesen Australia.

Undang2 baru NSW untuk temporary visa yang masuk ke Australia selepas Julai 2023 hanya boleh memandu di Australia menggunakan lesen Malaysia selama 6 bulan sahaja.

Jadi kena convert ke lesen Australia kalau nak memandu selepas 6 bulan dari tarikh masuk Australia.

Step nak convert ke lesen Australia (NSW).



1. Dapatkan surat pengesahan lesen memandu dari website MySikap > Cabutan dan Pengesahan Lesen Memandu. Surat ni kene bayar RM10 dan disarankan buat menggunakan laptop sebab dia akan generate pdf sekali sahaja. Kene print atau save as PDF.

surat pengesahan lesen jpj

2. Hubungi Education Malaysia (EMA) untuk dapatkan surat pengesahan dari Consulate. Mereka perlukan surat dari JPJ kat step 1. +61 2 93277565. Mereka akan email dokumen yang diperlukan. Surat ni tak semua Service NSW perlukan. Ada Service NSW tak perlukan surat ni, hanya perlu bawak lesen memandu dan pengesahan lesen dari JPJ macam Service NSW Roselands dan Bankstown. Tapi lebih baik bersedia dengan surat ini.

surat pengesahan lesen konsulat

3. Register untuk Driver Knowledge Test(DKT) di website RTA (https://www.myrta.com)

4. Buat practice test banyak2 kali sampai dapat full mark/99%. (https://driverpracticetest.transport.nsw.gov.au/)

5. Isi borang RMS1001 (https://tfnswforms.transport.nsw.gov.au/45070018-licence…)

6. Bawak borang RMS dan semua dokumen (passport, lesen Malaysia dan surat dari konsulat, statement bank Australia dengan nama penuh dan alamat, visa) pada hari test, ambik nombor, buat eye test kat kaunter, buat test.

7. Dah lulus test DKT boleh register untuk tarikh driving test. Mase ni masih boleh guna lesen Malaysia sebab mereka tak issue lesen L. Kalau mereka issue lesen L dah tak boleh pakai lesen Malaysia.

dkt test result

8. Dicadangkan cari driving instructor dan ambik 1 atau 2 kelas kalau baru sampai dan x biasa dengan pemanduan di sini. Kalau dah biasa practice ikut law sini boleh ambik session sejam sebelum test sekali dengan sewa kereta instructor. Boleh je pakai kereta sendiri tapi digalakkan pakai kereta instructor sebab nanti ade nama instructor dalam borang markah kita.

9. Isi balik borang RMS1001 dan bawak semua dokumen pada hari test. Kalau ade instructor diorang akan check dulu semua dokumen dan dia akan bantu kita submit kat test center.

10. Jalani ujian dengan berhati2 dan tenang.

NSW Driving Test marking
NSW temporary license

Tips:

1. Pusing kepala check belah kanan atau kiri sebelum belok kiri/kanan

2. Pusing kepala tengok kiri kanan dulu kalau kita kereta pertama kat traffic light waktu lampu hijau.

3. Bawak kereta dalam range 10km/h dari speed limit. Kalau speed limit 60 bawak 50-60. Jangan lebih dari speed limit jangan kurang 10 dari speed limit.

4. Sentiasa pusing belakang waktu reverse

5. Sebelum keluar parking bagi signal dulu sekurangnya 5 saat

6. Perhatikan stop sign. Wajib berhenti sebelum garisan stop sign.

7. Nak masuk simpang kanan waktu berhenti tunggu stereng mesti straight.

8. Sentiasa Check side mirror dan rearview mirror

9. Doa banyak2 tester lembut hati dan abaikan kesalahan2 kecik.

Kalau tak lulus test ni diorang akan bagi lesen L (Takleh bawak kereta sorang kena ada orang dengan lesen full kat sebelah).

P/S: ini adalah update terbaru untuk post Memandu di Australia dengan lesen memandu Malaysia

Leave a Reply