Trip Pulau Redang 2021 The Taaras Beach & Spa Resort

Trip Pulau Redang 2021 The Taaras Beach & Spa Resort berlangsung pada 11 hingga 13 Mac 2021 iaitu pada masa fasa PKPP di negeri Terengganu. Baca trip terbaru kami ke Redang Lagoon di sini.

Pelancongan dalam negeri dibenarkan dengan SOP yang ketat.

Di Pulau Redang terdapat sebuah hotel bertaraf 5 bintang iaitu The Taaras Beach & Spa Resort. Harga normal memang tak terjangkau oleh golongan marhaen seperti kami.

(Baca sampai habis kalau nak dapat harga murah)



Namun disebabkan COVID-19 dan PKP, mereka menawarkan harga istimewa, khas untuk rakyat negeri Terengganu di bulan tersebut.

Pakej Promosi Taaras Untuk Rakyat Terengganu

Harga yang kami dapat adalah RM550.00 untuk satu malam di bilik Garden Suite (Suite tu). Syaratnya kena tempah 2 malam. Apa yang nak ditunggu lagi, peluang macam ni susah nak dapat.

Kami terus book untuk 2 malam. Kemudian saya contact adik-beradik saya dan war-warkan berita gembira ni. Kesudahannya, kami ber-family day di Pulau Redang.

Sebenarnya trip ni merupakan kali ketiga kami ke Pulau Redang, kali pertama tahun 2015. Kemudian tahun 2019.

Waktu ni kami kami ambik pakej dengan Redang Lagoon. Redang Lagoon ni pakej fullboard tapi harga dia harga marhaen. Masalahnya memang selalunya full book untuk hari minggu dan cuti panjang. Boleh baca selanjutnya pengalaman di Redang Lagoon di sini.

Nak tempah dengan Redang Lagoon boleh klik link website Redang Lagoon.

Perkhidmatan Feri dan Bot ke Pulau Redang

Berbalik pada trip baru kami, lepas dapat hotel baru terfikir pasal feri. Feri Sejahtera, satu-satunya perkhidmatan feri ke Pulau Redang masih tidak beroperasi sepenuhnya masa tu.

Feri Sejahtera beroperasi di Jeti Shahbandar dan menawarkan perjalanan ke Pulau Redang. Dalam tempoh PKP, jadual operasi Feri Sejahtera hanya bergerak dua kali smeinggu sahaja. Jadi pilihan yang ada adalah naik bot Taaras atau ambik bot dari jeti Merang.

Harga bot Taaras :

Boat transfer with Taaras

Harga bot Merang jeti (https://www.merangwaterfront.com.my) sehala

Boat transfer vigorous marine

Disebabkan jumlah kami yang ramai, kami ambik pakej private charter dengan merang watefront yang Rm1500/trip. Nasib kami baik sebab brader yang uruskan tempahan bagi kami Boat C dengan harga Boat B.

Harga private charter ke Pulau Redang

Hotel dah selesai, bot dah selesai tinggal makan je lagi. Pakej Hotel yang kami dapat sekali dengan breakfast tapi takkan nak makan pagi je kan.

Jadi, saya pun boronglah makanan pek Ready To Eat keluaran Brahim’s di shopee. Ada peromosi murah gile waktu tu.

Pek MRTE ni memang senang gila nak bawak travel. Boleh panaskan dalam microwave atau air panas je. Tak panaskan pun takpe. Boleh makan je terus.

Trip ke Pulau Redang 2021 bermula

Perjalanan ke Jeti Merang dari rumah kami di Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Untuk jeti yang kami tuju ni, sebenarnya bukan di Jeti Merang yang public tapi jeti ni adalah jeti lain. Khas untuk perkhidmatan bot yang kami ambik dan beberapa perkhidmatan bot lain.

Lokasi jeti Merang Waterfront Boat Service:

Jeti ni terletak di belah dalam kuala jadi ada masanya air surut, bot besar tak boleh masuk rapat ke jeti. Waktu kami sampai, air dah surut. Kami kena transfer dari jeti ke bot di tengah laut menggunakan speedboat. Bayangkan, bila saya sebut tengah laut memang betul-betul tengah laut.

Transfer bot di tengah laut dengan keadaan laut bergelombang. Memang menakutkan. Alhamdulillah kami semua selamat transfer.

Nasihat saya janganlah bawak beg yang besar-besar sangat kalau naik kat bot kat jeti Merang. Elakkan bawah beg troli, kalau boleh sumbat semua barang dalam beg galas.

Perjalanan 2 Jam Paling Panjang

Cuaca hari tersebut cerah dan tidak hujan tetapi lautnya bergelombang yang amat teruk. Naik bot ni dah macam naik roller coster.

Nasib baiklah driver bot ni pro. Dia seboleh-bolehnya minimumkan hayunan bot. Dia memang tak boleh bawak slow sebab menjelang tengah hari gelombang makin teruk.

Perjalanan kami Alhamdulillah walaupun dengan gelombang dan hayunan kami selamat sampai tanpa ada insiden mabuk atau muntah-muntah yang teruk.

Sampai je kawasan Pulau Redang, gelombang tadi dah beransur hilang sebab kawasan pulau ni macam terlindung sikit.

Sampai di jeti kami terpaksa menunggu dan berebut untuk naik shuttle van yang disediakan oleh pihak hotel.

Disebabkan harga promosi tak masuk akal mereka, memang ramai yang menunggu shuttle van. Sudahnya, kami hantar wakil untuk ke hujung jambatan yang menghubungkan jeti dengan darat dan chop dulu sebuah van kat situ.

Lepas tu jalan kaki ramai-ramai dengan anak kecik lagi, beg besar lagi.

Perjalanan dari jeti ke hotel mengambil masa lebih kurang 10 minit menaiki van agak selesa.

Perjalanan ini merentasi kampung Pulau Redang sambil menikmati keindahan alam dan melihat keadaan rumah dan kampung Pulau Redang.

Di kampung ni banyak penduduk membuat perkhidmatan homestay dan restoran. Cuma nak kena sewa motorsikal atau basikal untuk keluar.

Proses Check In di Taaras Pulau Redang

Taaras Receiption
Receiption

Kami sampai di lobi hotel lebih kurang jam 12 tengah hari. Memang ramai gila orang kat lobi menunggu untuk check in dan check out.

Untuk check in, mereka perlukan kad pengenalan semua orang. Check in boleh disahkan terlebih dahulu. Bilik masih tak sedia jadi kami dibenarkan untuk berehat dahulu di lobi sementara menunggu bilik.

Di bangunan lobi ni ada macam-macam aktiviti yang booleh dibuat secara percuma sementara menunggu bilik. Antaranya ada meja ping-pong, catur,saidina, pinball dan yang paling best Jojo’s playroom.

Jojos Playroom Taaras

Jojo’s Playrom ni bilik permainan yang berhawa dingin dengan ball pit dan mini playground serta macam-macam aktiviti budak-budak.

Jojos Playroom Taaras
Jojos Playroom Taaras
Jojos Playroom Taaras

Surau Taaras terletak berhampiran dengan pintu pagar Taaras, bukan di bangunan lobi.

Kami book bilik di Taaras ni jenis garden suite yang paling dekat dengan bangunan lobi. Jadi mudah untuk kami ke restoran dan kolam renang yang terletak di bangunan lobi.

Taaras swimming pool

Garden suite Taaras ni adalah suite satu bilik dalam satu bangunan ada 2 suite, satu kat atas satu kat bawah. Kami ambik 4 bilik jadi dapat bilik atas bawah dan bangunan bersebelahan je.

Taaras Garden Suite
Taaras Experience
Taaras rental
Taars rental
Taaras activity
Taaras activity

Snorkeling tengok air di Pulau Redang

Dengan penuh harapan menjelang petang ombak akan beransur tenang malangnya harapan tidak menjadi kenyataan.

Ombak tetap mengganas tapi disebabkan mereka buat lifeline di kawasan yang agak dalam, saya gagahkan diri untuk bersnorkeling. Hasilnya ikan tak nampak, yang nampak hanyalah pasir dan air laut.

Disebabkan saya ada pengalaman hampir lemas waktu di Australia dulu, saya memang tak tinggal life jacket kalau buat aktiviti air.

Jadi sebab itulah saya berani turun untuk snorkeling walau ombak tidak memberi kerjasama. Alhamdulillah takde apa-apa yang buruk berlaku.

Selebihnya aktiviti kami makan, main pasir dan mandi kolam sambil bersantai di tepi pantai atas gazebo dan kerusi-kerusi yang disediakan. Lepas mandi laut (main air) tepi pantai, ada disediakan shower lepas tu boleh terus terjun dalam kolam.

Sarapan Pagi di Taaras Pulau Redang

Pakej sarapan pagi di waktu PKP ni disediakan secara buffet berhidang. Hidangan diletakkan dalam tray tapi ada staff akan cedokkan untuk kitorang. Untuk mengurangkan contact antara pengunjung.

Makanan boleh dikatakan mewah jugak dan sedap. Tapi kalau waktu puncak macam tak best jugaklah sebab orang ramai dan kena beratur panjang.

COD Makanan di Pulau Redang

Untuk makan malam, kami order dengan salah seorang pengusaha pelancongan di Pulau Redang, Encik Asmadi.

Encik Asmadi mengusahakan servis makanan COD, bot laju dan resort serta restoran. Juga disediakan khidmat transfer ke pantai pasir panjang dan snorkeling.

Boleh download senarai harga pakej yang disediakan oleh enck Asmadi waktu kami di sana (harga mungkin berubah mengikut keadaan)

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang disediakan oleh encik asmadi, boleh hubungi beliau di akaun Facebook Asmadi Redang Island Service.

Kolam Renang Taaras Pulau Redang

Kolam renang di Taaras Pulau Redang ada 2 bahagian iaitu bahagian dewasa (lebih kurang 0.6-1.2m) dan bahagian kanak-kanak (<0.6m).

Taaras kids swimming
Kolam budak-budak

Bahagian dewasa ni bersambung atau bertebing dengan meja luar restoran jadi kalau rasa nak menikmati makanan sambil tengok anak-anak yang dah besar mandi bolehlah makan kat meja luar restoran.

Di sini ada lifeguard yang memerhatikan pengunjung dalam kolam jadi agak selamat tapi kalau ramai orang janganlah harapkan diorang untuk jaga anak-anak kita.

Sentiasa perhatikan sebab kadang-kadang budak-budak ni nampak macam tengah main tapi sebenarnya tengah meronta-ronta nak naik atas.

Nasib baiklah saya sedar anak saudara saya tiba-tiba terberenang ke tempat dalam.

Memang nampak macam dia okay je waktu mula-mula sampai tapi lama-lama nampak dia macam struggle nak naik atas saya terus tarik dia ke tepi. Lifeguard tu macam terpinga-pinga je mungkin dia keliru atau tidak sepenuhnya terlatih.

Pantai Taaras Pulau Redang

Lifeguard dengan alatan penyelamat di air juga ada stand-by kat tepi pantai dengan bendera yang akan dinaikkan kalu keadaan tak selamat untuk berenang.

Pantai kat sini landai memanjang dengan kawasan berbatu di bahagian kiri dan kanan. Anak-anak ikan biasanya ada bermain-main kat kawasan berbatu di bahagian kiri.

Taaras beach

Di bahagian kanan hujung pantai ada satu kawasan dipanggil turtle point. Boleh sewa kayak untuk ke sana.

Taaras beach

Biasanya orang pergi sana untuk snorkeling tapi disebabkan keadaan ombak yang kuat mereka tak galakkan kami pergi sana dengan kayak. Bot pun dah macam tegak je tunggu orang nak pergi snorkeling.

Selain dari aktiviti mandi-manda di pantai, pantai Taaras di Pulau Redang ni best jgaklah untuk main pasir, buat sand castle sebab pasir dia lembut je macam tepung.

Belah pagi dan petang kat pantai ni agak redup dan sesuai untuk main pasir. Kalau tengah hari waktu matahari atas kepala memang panas tapi masih nice untuk lepak.

Taaras beach
Taaras beach
Taaras beach

Garden Suite Taaras Pulau Redang

Garden Suite Taaras Pulau Redang ni agak besar lah. Ada disediakan coffeemaker, peti sejuk dan water heater.

Taaras garden suite

Juga disediakan ubat nyamuk sebab dalam garden jadi boleh tahanlah nyamuk. Dalam bilik ada bilik mandi dengan bath thub dan shower, juga TV. Di ruang tamu ada set sofa dan TV juga satu bilik air dengan shower.

Taaras garden suite

Kekurangan Garden Suite ni kalau berada di tingkat bawah, tingkap dan langsir memang kena tutup habis. Kalu tak tutup memang orang nampak sampai dalam ruang tamu.

Langsir ada yang jenis jarang dan yang gelap terus. Kalau nak privacy kena tutup langsir gelap dan pasang lampu. Kalau pasang lampu dengan langsir jarang still orang luar boleh nampak.

Kelebihan suite ni dekat dengan lobi, pantai dan kolam renang. Kalau yang cliff suite ada bangunan asing di bahagian bukit.

Nak turun kene jalan dan turun naik tangga. Tapi ada disediakan khidmat buggy kalau taknak jalan kaki. Cuma privacy memang ada kalau ambik suite yang kat bahagian cliff sebab bukak tingkap nampak laut atau nampak hutan je. Takde orang nak jalan-jalan melainkan hantu terbang.

Taars cliff

Check Out dari Taaras dan Tinggalkan Pulau Redang

Kami check out dari Taaras sepatutnya jam 12 tengah hari tapi kami mintak late checkout dapat jam 1 petang lepas tu kami rehat dalam Jojo’s Playroom sementara tunggu waktu Zohor.

Lepas Solat Zohor kami naik shuttle van ke jeti yang disediakan oleh pihak hotel. Bot kami dah janji untuk bertolak jam 2 petang.

Alhamdulillah perjalanan balik takdelah kuat sangat gelombangnya. Namun begitu waktu sampai di jeti air dah mula surut.

Bot hanya boleh rapat sampai ke beting pasir di muka kuala je. Lepas tu kami kena menapak dengan bantuan krew bot bawak bot untuk transfer ke speedbot ke jeti.

Kereta kami parking di bot dengan bayaran RM24 bayar kat bot sekaligus(add-on).

Marang Jetty Parking

Alhamdulillah selesai sudah trip ke Pulau Redang di hotel berataraf 5 bintang pada harga mampu milik.

Kalau nak tempah Taaras Beach and Spa Resort boleh tempah melalui website hotel dan tengok kalau-kalau ada lagi promosi harga mampu milik atau melalui Agoda (hint: ada promosi tak masuk akal jugak kadang-kadang).

One thought on “Trip Pulau Redang 2021 The Taaras Beach & Spa Resort

Leave a Reply