Redang Lagoon 2021 naik bot di Jeti Merang
Setelah hampir 2 tahun berkurung di rumah disebabkan PKP, sebaik sahaja kerajaan memberi kelonggaran untuk pelancongan domestik termasuk ke pulau-pulau peranginan, saya terus menempah pakej ke Pulau Redang dengan pakej Redang Lagoon.
Walaupun pulau Redang sudah dibuka kepada pelancong, aktiviti snorkeling pada waktu tersebut masih tidak dapat dijalankan. Hanya snorkeling di kalangan kumpulan atau keluarga yang sama dibenarkan. Redang Lagoon menawarkan pakej ini dengan operator snorkeling yang bekerjasama dnegan mereka. Sekarang semua aktiviti snorkeling sudah dibenarkan.
Untuk trip kali ni, kami menggunakan perkhidmatan bot ke Pulau Redang dari Jeti Merang kerana perkhidmatan feri di Shahbandar masih tidak berjalan sepenuhnya. Harga tiket sudah termasuk dalam pakej Redang Lagoon. Untuk trip menggunakan perkhidmatan feri, boleh baca di sini.
Perkhidmatan Bot Pulau Redang di Jeti Merang
Lokasi jeti di Merang ini adalah sama dengan jeti bot ke Taraas yang kami pernah sewa sebelum ini. Boleh baca ceritanya di sini. Di Merang terdapat satu jeti awam untuk nelayan dan bot persendirian. Untuk ke Pulau Redang, kebiasaannya pengendali resort termasuk Redang Lagoon menggunakan jeti yang dikhaskan untuk mereka lebih kurang 2 km dari jeti awam.
Perjalanan ke Pulau Redang dijadualkan pada jam 9.00 pagi. Kami sudah berada di jeti seawal jam 8.30 pagi. Di jeti ini disediakan tandas yang bolehlah guna. Nak kata bersih sangat tak jugak, kotor pun tak kotor jugak. Dinasihatkan untuk membuat urusan berkaitan tandas di jeti sebelum bertolak kerana dalam bot takde tanddas dan kat jeti di Pulau Redang juga takde tandas.
Pihak resort akan memberikan maklumat berkenaan masa perjalanan dan parking kereta di jeti Merang. Untuk trip kami ke dengan Redang Lagoon, kami diberikan nombor telefon operator bot dan perlu menghubungi mereka sebaik sampai di jeti kerana parking kenderaan sudah dibahagikan antara operator berlainan.
Caj untuk parking kenderaan adalah RM10 untuk satu malam. Oleh kerana kami sampai awal, kami dapat parking yang agak dekat dengan jeti.
Perjalanan ke Pulau Redang dari Jeti Merang
Perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Redang mengambil masa lebih kurang 30 – 45 minit. Perjalanan kami agak mencabar dengan ombak yang agak besar tetapi bolehlah dikatakan okay berbanding pengalaman ke Taraas sebelum ini. Oleh kerana pengusaha chalet masih tidak dibenarkan untuk beroperasi 100%, operator bot sumbat semua yang ada untuk buat 1 trip sahaja. SOP failed.
Alhamdulillah tiada ke jangkitan COVID berlaku rentetan dari ketamakan pengusaha bot tersebut.
Tiba di Pulau Redang dan Check In Redang Lagoon
Kami tiba di Pulau Redang dan berlabuh di jeti Laguna Resort. Pihak operator bot akan menghubungi pihak resort Redang Lagoon untuk mereka aturkan kenderaan shuttle mewah bagi membawa kami ke Redang Lagoon.
Selepas hampir 20 minit menunggu, shuttle mewah yang disediakan tiba untuk membawa kami ke Redang Lagoon. Kami bernasib baik kerana kami ada kanak-kanak dan warga emas jadi penumpang lain memberi laluan pada kami untuk naik dahulu shuttle yang disediakan.
Perjalanan dari jeti ke resort Redang Lagoon melalui jalan di belakang resort, naik bukit turun bukit dikelilingi hutan yang masih hijau amat menyegarkan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit. Sampai di Resort Redang Lagoon, kami terus ke kaunter pendafataran dan check-in serta membuat bayaran penuh(booking 50%).
Redang Lagoon menyediakan perkhidmatan sewaan jaket keselamatan dan set snorkeling dengan harga RM30 untuk 3 hari 2 malam. Jaket keselamatan sahaja dicaj RM10. Kami sudah membawa set snorkel kami sendiri jadi kami hanya menyewa jaket keselamatan sahaja. Walaupun aktiviti snorkeling dan taman laut masih belum dibuka pada waktu ni, pantai di depan Redang Lagoon sudah cukup untuk memberikan pengalaman snorkeling yang menarik.
Redang Lagoon 2021
Untuk trip Pulau Redang kali ni, kami menyewa pakej dengan Redang Lagoon iaitu pakej berempat dan bertiga satu katil queen 1 katil single. Kelihatan pihak Redang Lagoon sudah menaiktaraf dan membaiki bilik-bilik di Redang Lagoon. Antara perubahan yang saya dapat perhatikan adalah laluan konkrit dari kantin/kaunter pendaftaran ke bilik-bilik, benteng konkrit di depan wakaf dan rumah-rumah sudah dicat semula.
Waktu kami di sini, hidangan buffet masih tidak dibenarkan, hidangan yang diberikan adalah yan sudah dicedok dan disediakan dalam satu pinggan. Portion yang diberikan agak banyak dan sudah mengenyangkan. Sebenarnya hidangan begini agak bagus kerana bleh mengelakkan pembaziran berbanding hidangan buffet.
Selain hidangan makanan yang disediakan dalam pakej iaitu makan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam, Redang Lagoon juga menyediakan makanan bermasak lain dan air yang pelbagai di kantin Redang Lagoon. Cuma untuk air kena sabar sikit sebab tukang buat air tu macam bukan orang tempatan jadi ada sedikit kekangan bahasa.
Aktiviti di Pulau Redang, Snorkeling Depan Resort Redang Lagoon
Selama 3 hari 2 malam kami di Pulau Redang, menginap di Redang Lagoon aktiviti kami adlaah snorkeling, main pasir, makan dan tidur. Rasanya tak perlulah saya nak taip banyak-banyak. Biarlah video dan gambar berbicara.
Redang Lagoon menggunakan generator untuk kuasa elektrik. Oleh itu, setiap hari dalam jam 12-1 tengah hari akan ada waktu yang diorang switchover generator dalam masa 5-10 minit.
Pemandangan Dari Dalam Resort Pasir Putih dan gebu Tengah tu ada pulau kecik Pemandangan belah kanan resort Ke kanan tu arah resort-resort lain Atas tu ada restoran tapi tutup Petang dalam air Ikan kecik Ikan kecik Full face snorkel beli sendiri Terumbu karang kecik Kejar ikan Ikan kecik Atas terumbu karang Si kakak Ikan ni selalu ikut Lari Terumbu karang Terumbu karang Terumbu karang Ikan ni lagi kawanan ikan kat terumbu arang Ni untuk bukan penginap Redang Lagoon Jalan-jalan waktu malam Lepak atas wakaf Laut tenang waktu malam Sunrise Sunrise
Check Out Redang Lagoon
Naik Shuttle Line telefon ada kat sini Tepi hutan
Check out dari bermula jam 10.30 pagi. Kami mengambil turn yang terakhir untuk naik shuttle ke jeti di Laguna. Sampai di jeti, bot sudah sampai dan kami terus naik bot untuk ke Jeti Merang.
Keadaan yang sama juga berlaku, tiada penjarakan sosial kerana kami disumbat untuk dijadikan satu trip sahaja. Tapi takdelah teruk sangat sampai terpaksa duduk atas lantai. Kiranya selagi ada tempat duduk walaupun bersempitan, selagi tulah boleh masuk.
Perjalanan pulang agak menenangkan kerana laut yang tenang dan boleh dikatakan tiada ombak. Cuma saya yang terseksa sebab sya duduk dihujung belakang bot, sebelah je punggung saya atas kerusi. Yang orang sebelah buat-buat tidur sebab tak nak kalih padahal kalau dia duduk rapat dengan orang sebelah dia bolehlah saya duduk betul-betul.
Kesimpulan dari trip ini, walaupun perjalanan menaiki bot agak menyeksakan, pengalaman menarik di Pulau Redang tahun 2021 ini mengatasi segala penyeksaan yang dihadapi. Nasihat saya,kalau ada duit lebih dan dalam kumpulan yang ramai, ambillah chartered boat dengan pengusaha perkhidmatan bot lain macam yang kami ambil trip ke Redang Taraas sebelum ini.
Sekiranya perkhidmatan feri sudah beroperasi sepenuhnya, sekiranya inginkan keselesaan, naiklah feri di Shahbandar ke Pulau Redang. Perjalanan agak panjang iaitu lebih kurang sejam setengah, harganya adalah sama dengan naik bot di Jeti Merang. Cuma feri ada aircond dan ada tempat duduk khas untuk setiap seorang penumpang. Sampai di Pulau Redang, transfer ke tongkang untuk rapat ke pantai.
Keadaan sekarang mungkin sudah bertambah baik sebab kapasiti untuk resort sudah dibenarkan lebih banyak dan lebih ramai pengunjung jadi berbaloilah untuk mereka buat lebih dari 1 trip pergi dan pulang. Sekarang buffet sudah dibenarkan, aktiviti snorkeling juga sudah dibenarkan.
Sekiranya anda ingin ke Pulau Redang, bolehlah menghubungi resort dan pakej yang terdapat di Pulau Redang. Untuk Redang Lagoon, boleh hubungi mereka di website https://www.redanglagoon.com/ atau whatsapp mereka di 019-914 0026.