Perang Rusia dan Ukrain sudah bermula?

Ukrain dilaporkan sudah bersedia untuk menghadapi serangan dari Russian dengan mengisytiharkan darurat dan memanggil 36000 tentera simpanan pada hari Rabu lepas.

Pada hari sebelumnya Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata dunia sedang menyaksikan “permulaan serangan Russia ke atas Ukrain” sebaik sahaja beliau mengumumkan sekatan ekonomi ke atas Rusian, selepas seminggu ketegangan memuncak di rantau tersebut.

Kenyataan Biden berikutan pengumuman tegas dari Presiden Russia, Vladimir Putin kepada rakyat Russia pada pagi Isnin lepas, apabila pemimpin Russia tersebut mengisyhtiharkan sokongan penuh ke atas kemerdekaan 2 kawasan penentang yang disokong Russia di wilayah Donbas, Timur Ukrain. Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk.

Ketika Presiden Vladimir Putin mengumumkan serangan ke atas Ukrain dalam stesen TV Rusia, duta khas Presiden Joe Biden ke PBB merayu kepada Moscow untuk menangguhkan sebarang tindakan ketenteraan.



Duta U.S ke PBB Linda Thomas-Greenfield . Image credit to abcnews

“Ini adalah detik yang amat genting, dan kita di sini untuk satu sebab sahaja: kami minta Russia untuk berhenti,” Duta Linda Thomas-Greenfield berucap di sessi khas PBB. ” Kembali ke sempadan kamu, hantar balik tentera, kereta perisai dan pesawat kami ke berek dan hangar. Dan hantar diplomat kamu ke meja rundingan.”

“Berundur sebelum terlambat,” Beliau menambah, walaupun sebenarnya ia sudah terlambat.

Thomas-Greenfield said she spoke with Biden before Wednesday night’s meeting, saying he wanted to make clear the U.S. and its allies “will continue to respond to Russia’s actions with unity, clarity and conviction.”

Thomas-Greenfield berkata “semua pihak boleh dipersalahkan di sini. Tiada jalan tengah… Rusia adalah pencetus keganasan di sini.”

Sepertimana pegawai US yang lain, dan Presiden Ukrain Volodymyr Zelenskyy, beliau cuba untuk merayu kepada rakya Russia: “Setiap hari rakyat Russia perlu bertanya pada diri masing-masing, sekarang, berapa ramaikah rakyat Rusia akan dijadikan korban oleh Putin untuk mencapai cita-cita jahat beliau?”

Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan mengulangi kata-kata menteri luar Ukrain “Rakyat Ukrain bergantung harap pada kami. Janganlah kita menghampakan mereka.”

-Kredit absnews

Berita asal dalam bahasa Inggeris : Klik sini

Leave a Reply