Tindakan Christiano Ronaldo ini boleh membuat umat Islam tergamam

cr7 act

Ingat lagi cerita tentang seorang wartawan Hungary menahan kakinya dan menyebabkan seorang pelarian Syria terjatuh bersama-sama anak yang didukungnya? Pelarian tersebut, Osama Abdul Mohsen sekarang berada Spain atas undangan Miguel Angel Galan, pengarah sebuah akademi bolasepak di Getafe berdekatan dengan Madrid setelah mendapat maklumat Osama Abdul Mohsen adalah jurulatih division 1 bolasepak Syria. Akademi berkenaan menjanjikan peluang pekerjaan tetap kepada beliau.

Dari Hungary, beliau dan anaknya, Zaid bergerak ke Munich di mana beliau telah dihubungi oleh Galan. Di Munich Osama dan Zaid telah disatukan dengan seorang lagi anaknya yang lebih tua, Mohammad. Mereka bakal memulakan hidup baru di Spain.

ronaldo

Sabtu lalu, ketika perlawanan Liga Sepanyol Zaid dilihat mengiringi Ronaldo masuk ke padang sebelum perlawanan menentang Granada. Real Madrid menang 1-0 dalam perlawanan tersebut. Pengurusan kelab Real Madrid juga membenarkan Zaid dan abang serta ayahnya melawat pusat latihan Real Madrid sehari sebelum perlawanan tersebut. Mereka kelihatan gembira dan sempat bergambar dengan Ronaldo dan beberapa pemain lain.

ronaldo budak syri
ronaldo pimpin syria
realmadrid syria
zaid iring ronaldo
training ground syrian refugee
Credit : Washington Post, NPR, http://bleacherreport.com/, dailymail.uk
Picture credit : @realmadriden , reuters, washington post, cbs
Christiano Ronaldo seringkali dilihat sebagai hero dengan banyak tindakannya dalam menyokong aktiviti kebajikan dan kemanusiaan. Beliau dilihat sebagai ikon bolasepak yang mempunyai ramai peminat. Diharap pemain-pemain bolasepak negara kita boleh mengambil iktibar dan mencontohi Ronaldo dari segi kebajikan dan kemanusian serta perangai mereka. Ronaldo dikatakan tidak sombong dan tida pernah menghina sesiapa. Beliau juga pernah menyamar sebagai orang gelandangan untuk menyelami hidup mereka dan merasai sendiri layanan orang ramai kepada gelandangan. 
Sama-sama kita berdoa semoga konflik dan pertumpahan darah di Syria yang telah meragut jutaan nyawa rakyat tidak berdosa berakhir secepat mungkin. 





4 thoughts on “Tindakan Christiano Ronaldo ini boleh membuat umat Islam tergamam

Leave a Reply