Lihat apa pekerja syarikat ni dapat sebagai hadiah hari Krimas dari bos diorang
Walaupun berhadapan dengan krisis kejatuhan harga minyak dunia, Hilcorp Energy Co., salah sebuah syarikat carigali minyak dan gas terbesar di Amerika Syarikat telah menghadiahkan setiap pekerjanya bonus sebanyak $100,000 (lebih kurang RM400,000). Ya saya tak silap tulis, seratus ribu dolar amerika atau dekat-dekat dengan $100k bergantung pada berapa lama mereka bekerja dengan syarikat berkenaan.
Bonus $100k tersebut diberikan secara prorata bergantung pada tempoh mereka bertugas dalam masa 5 tahun dan diberikan kepada semua pekerja tanpa mengira jawatan atau gred gaji.
Durian runtuh tersebut yang diberikan pada semua orang dari CEO ke receptionist adalah hadiah kerana mereka berjaya mencapai cabaran impian syarikat untuk menggandakan produktiviti telaga minyak mereka, simpanan minyak dan gas pukal, nilai equiti dan menggandakan saiz syarikat. Matlamat syarikat tersebut tidak ditunjukkan pada umum sebab ia adalah syarikat sendirian berhad bermakna ia tidak disenaraikan di bursa saham dan tidak perlu melaporkan penyata kewangan kepada umum.
Sejak dari 10 tahun lepas, syarikat sendirian berhad ini telah membuat beberapa kejutan dalam memberikan hadiah pada pekerja dalam menghargai penat-lelah mereka. Pada tahun 2010, pekerja mereka telah diberikan bonus sama ada voucher kenderaan $50,000 atau $35,000 wang tunai kerana menggandakan saiz syarikat tersebut.
Hilcorp telah disenaraikan sebagai “2015 Fortune 100 Best Companies to Work For” selama 3 tahun berturut-turut. “Kadang-kadang saya merenung ke arah ruang pejabat di hadapan saya dan seakan-akan tidak percaya mereka adalah bos saya dan mereka adalah yang terbaik”, kata Amanda Thonpson, receptionist di pejabat Hilcorp di Houston.
“Kami juga terkesan dengan harga komoditi yang semakin mencengkan semua gergasi minyak dan gas,” katanya lagi. “Dengan harga yang semakin menurun, mencipta satu lagi matlamat untuk kami capai dan menekan kami untuk mencari jalan yang berlainan untuk melaksanakan sesuatu,”
“Ia adalah impian yang menjadi kenyataan. Ia adalah sesuatu yang amat menakjubkan apabila kami dapat mengharungi cabaran yang datang.” kata Thompson.
Saksikan laporan FOX 26 di bawah:
Christmas came early! Houston company Hilcorp Energy has rewarded its employees a six figure holiday bonus! No matter the position, each employee received a check. Scarlett Fakhar FOX 26 brings us the story.– http://bit.ly/1M2mrIY
Posted by FOX 26 Houston on Tuesday, December 8, 2015
Did you know that you can create short urls with OUO and get cash from every click on your shortened links.