4 + 1 teknik dapatkan rate hotel paling murah

bercuti

Di sini saya ingin kongsikan beberapa teknik bagi mendapatkan rate hotel atau resort dengan harga yang lebih murah daripada walk-in dan mendaftar di kaunter. Semua tips ni adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1. Tempah direct dari website hotel

Hotel-hotel terkemuka kebanyakannya ada website dan mempunyai sistem tempahan online sendiri. Kadang-kadang ada masanya hotel-hotel buat promosi dan hanya diiklankan di website mereka sahaja. Harga promosi untuk tempahan online direct dengan hotel biasanya jauh lebih murah dari walk-in.

Tapi jangan tertipu dengan gambar-gambar yag dipaparkan di website hotel. Gambar-gambar dalam tu biasanya diambil oleh jurukamera professional. Kalau nak tengok gambar betul, check review dalam tripadvisor.

2. Government rate, corporate rate

Bagi kakitangan kerajaan, kad pekerja kerajaan anda tu sebenarnya ada banyak kelebihan. Kalau boleh, bawalah pas tu ke mana-mana anda pergi. Lepas dah tengok kat website hotel, kalau takde apa-apa promosi, try call hotel dan tanyakan sama ada mereka ada government rate atau tidak.



Government rate berbeza bagi setiap hotel, ada yang bagi 10%, 15% hingga 25%. Kalau kerja dengan company-company besar pun biasanya diorang ada corporate rate. Telefon dan tanya hotel kot-kot ada corporate rate. Corporate rate biasanya lagi murah dari government rate.

3. Gunakan Agoda

Lepas check dengan website hotel, check government dan corporate rate seterusnya check pulak di agoda. Rate di agoda boleh jadi lebih 20-30% lebih murah dari published rate. Kadang-kadang boleh dapat sampai 50% lebih murah di agoda kalau bernasib baik.

4. Gunakan Booking.com

Satu lagi tempat untuk bandingkan harga dan dapatkan rate paling murah ialah di booking.com. Booking.com juga ada flash deal, mobile deal dan special deal. Ada rate lagi murah dari agoda, ada rate agoda lagi murah. Kalau gunakan booking.com, kita tak bayar apa-apa masa booking, credit card hanya diperlukan untuk verify booking. Bayaran penuh perlu dibuat di hotel ketika check in.

Booking.com

5. Gunakan TRAVELOKA

Wife saya suka guna Traveloka sebab deal dia memang lain macam. Kami pernah dapat 30% diskaun dari traveloka. 1st booking dari apps traveloka bolah dapat sampai 30% diskaun. Traveloka ni nak kena rajin check sebab dia akan buat deal masa2 tertentu je. Tempah dulu, bayar kemudian, free cancellation.

Hotel murah traveloka

Lepas dah dapatkan harga-harga dari 4 teknik di atas, buatlah pilihan dan dapatkan rate terbaik dengan servis terbaik. Selamat bercuti

Leave a Reply