Jual beli kereta di Sydney
Kereta yang kami beli waktu mula-mula sampai di Australia dulu habis rego(roadtax) 6 November 2016. Untuk sambung rego, kami perlu dapatkan kelulusan e-safety check atau pink slip dahulu di mana-mana bengkel yang bertauliah.
Kereta ni memang saya dah tahu ada masalah oil leak tapi takdelah teruk sangat. Kalau jalan jauh sangat lebih 20KM baru terasa minyak hitam yang hilang. Kalau setakat jalan dekat-dekat je takde masalah pun.
Pra Safety Check
Saya buat safey check kat bengkel yang saya dan orang Malaysia sini biasa pergi, Kismet Mechanical kat Alexandria, Sydney. Bengkel ni bukak 24/7. Ada dua orang dari Malaysia adik beradik kerja kat sini. Saya pergi malam lepas balik kerja jam 9.00 malam, adiknya tengok kereta saya, dia cakap tak boleh buat sebab dia tak biasa dengan Tarago.
Saya cakap saya nak sambung rego, boleh tengok tak boleh lepas ke tak boleh. Dia pun angkat naik kereta saya dan tunjuk limpahan minyak hitam kat bahagian bawah enjin. Dia cakap kalau nak tengok mana bocor, kena cuci enjin dulu.Kosnya AUD60.00, saya pun suruhlah dia cuci.
Lepas cuci, tengok-tengok leak bukan dekat enjin tapi kat propeller shaft(entah betul ke tidak namanya). Kena tukar oil seal je. Tapi dia cakap dia tak tahu harga, Dia suruh saya datang balik waktu siang. Dia cakap tak banyak bocor kalau macam ni, boleh jual lagi.
Jual je berapa orang nak pun. Letak harga AUD 1500, orang nak AUD1000.00 bagi je. Saya pun terus buat iklan kat Facebook Marketplace. Boleh tahan jugaklah sambutannya. 5-6 orang PM tanya pasal kereta tu esoknya.
Safety Check
3 hari selepas tu, saya pergi balik kat Kismet waktu abangnya Sathiya ada. Dia angkat naik kereta saya, check bawah enjin, check brek semua OK. Yang leak tu kecik sangat dia cakap dia boleh bagi pass.
Tapi rupanya ada satu masalah besar kereta ni, ada satu portion chasis dekat bumper depan dah karat. Dia cakap kat sini, kereta karat memang masalah besar. Kalau RTA nampak ada karat kat body, dia akan check semua sekali kalau ada karat kat chasis memang diorang akan tarik balik nombor plet.
Nombor plet kat sini tak boleh buat kat kedai, RTA yang bagi kat kita nombor plet tu. Kalau kena tarik kereta kena register balik macam register nombor baru.
Dia cakap kalau nak repair tak padan, sebab melibatkan chasis. Kalau nak jual AUD1500.00 pun tak laku. Insuran dan rego saja dah cecah AUD1000.00. Dia cakap jual jelah berapa orang nak hatta kalau terpaksa pergi ke scrap yard pun pergilah daripada takde langsung. Dia taknak ambik duit, suruh saya balik je rumah.
Urusniaga Kereta Depan Rumah di Sydney
Esoknya ada sorang buyer datang tengok kereta, dia macam dah biasa beli kereta buruk sebab dia suruh saya start enjin lepas tu dia tekup tapak tangan dia kat ekzos, tengok bekas asap kat tapak tangan dia.
Lepas tu dia bawak test drive, bukak enjin tengok radiator ada bekas tampal. Dia tanye saya berapa nak jual kereta ni? Saya cakap saya nak jual je berapa orang nak bayar. Dia cakap secara jujurnya dia takkan bayar lebih dari AUD400.00. Fikir punya fikir, bincang dengan wife, kereta tu pun terjuallah dengan harga AUD400.00.
Kat belakang kertas rego ada form yang boleh digunakan untuk jual kereta. Part A kita yang isi iaitu bahagian Notice of Disposal. Kita isi lepas tu hantar kat RTA menunjukkan kita dah tak ada apa-apa hubungan dengan kereta tu.
Part B untuk transfer nama, kita bagi kat buyer lepas sign dan tulis tarikh. Kat sini silap saya sebab tak tengok betul-betul kat part A tu ada ruangan untuk nama, nombor lesen, DOB dan alamat buyer. Saya nampak bahagian nama dan alamat je, Tu pun saya suruh dia tulis. Tulisan dia dah macam cacing kerawit.
RTA dan Notice of Disposal
Petangnya saya terus ke pejabat Service NSW(one stop center untuk urusan kerajaan) kat Botany. Receptionist kat situ tak faham orang tu tulis apa, dia suruh isi balik dalam borang lain.
Termenunglah saya dan wife kat situ nak fikir apa nama dia. Saya PM balik orang tu mintak nombor lesen dan DOB. Dia reply bagi DOB dia. Sebenarnya saya nak buat bukti saya dah jual kat dia kereta tu sebab ayat saya tanya dia tu saya bagitau untuk tujuan notice of disposal.
Lepas tu saya mintak balik nama, alamat dia. Haram tak layan lepas tu. Dia baru sedar kot saya boleh buat bukti sebaik sahaja dia jawab soalan tadi. Akhirnya kami tulis first name dia dan last name dia kat huruf yang tak jelas tu kami buat ‘-‘.
KALAU JUAL KERETA PASTIKAN ANDA SNAP GAMBAR PHOTOCARD ATAU LESEN ATAU PASSPORT PEMBELI.
Siasatan dan Kajian
Malamnya saya duk fikir apa nama dia , betul ke alamat dia bagi. Check dalam google maps alamat tu alamat apartment. Fikir punya fikir, saya terfikir, dalam facebook dia tulis dia kerja sendiri.
Saya pun cari nama dia kat website pendaftar perniagaan. Masukkan nama dia, search tengok result ada keluar nama dia rupanya huruf tak jelas tu huruf ‘e’. Lepas tu cari kat white pages nama dia, keluarlah alamat dan nombor telefon dia.
Alamat tu memang betullah seperti yang dia bagi. Nanti lepas 2,3 hari nak kena telefon RTA tanya dah complete ke belum disposal tu. Kalau ada masalah sekurang-kurangnya kami dah ada maklumat orang tu yang betul.
Kereta Seterusnya di Sydney
Sekarang kami pakai kereta Tarago jugak tapi model 2004, sewa dengan seorang rakyat Malaysia yang nak kena balik Malaysia selama setahun setengah sebab dia dah nak tukar kerakyatan jadi dia kena selesaikan semua hutang kat Malaysia dan nak jual segala harta dia kat Malaysia.
Nak tahu apa jadi kat kami lepas berurusan dengan Orang Malaysia Melayu Islam tu? Ceritanya di sini
Pingback: Duhai bangsaku, marilah kita berubah bersama-sama part 2 – Radio Senyap