Duhai bangsaku, marilah kita berubah bersama-sama

Harap kementerian keselamatan dalam negeri tak consider tulisan ni sebagai artikel menghasut atau berbaur perkauman. Artikel ni terpaksa ditulis  selepas kejadian yang baru berlaku ke atas diri saya 2,3 hari lepas dan cerita ini masih belum berakhir.

Kejadian ni ditambah dengan beberapa kejadian lain sebelum ni menyebabkan saya terfikir, kenapalah saya ni bodoh sangat sebab terlalu percayakan sesama saudara sebangsa seagama dengan saya. Hakikatnya saya tidak pernah ditipu melainkan oleh saudara sebangsa seagama sendiri.

Apa pun saya mengambil sikap positif dan berkata pada diri ini bahawasanya yang menipu itu bukan disebabkan bangsanya atau agamanya tetapi memang dari azali perangainya suka menipu. Yang bodohnya adalah diri saya sendiri sebab tidak berhati-hati dan terlalu percaya. Jika berurusan dengan bangsa dan agama lain, saya lebih berhati-hati dan tidak meletak 100% trust terhadap mereka tetapi jika berurusan dengan saudara sebangsa seagama, saya jadi kurang berhati-hati dan letakkan 100% kepercayaan terhadap mereka. NAMPAKNYA SAYA SILAP.

 



 

Kat sini nak cerita 2 cerita je yang dianggap penipuan terbesar pernah terkena pada diri saya sendiri. Dilakukan oleh saudara sebangsa seagama sendiri.

Cerita 1 : Penipuan kes jual beli tanah

bunga tulip

Pasaran hartanah di negeri Terengganu amat memberangsangkan dan harganya sentiasa naik dari tahun ke tahun. Saya dan isteri juga tidak terkecuali untuk turut serta dalam pasaran hartanah ini. Isteri saya beli sebidang tanah di kampungnya dengan harga pasaran ketika itu, 1 lot berharga 100k++. Kampungnya terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu. Lot tersebut adalah lot pertanian.

Untuk tujuan membina rumah, kami perlu tukar status tanah tersebut kepada lot kediaman. Surat permohonan tukar syarat dikemukakan ke jabatan berkenaan. Selepas beberapa minggu, surat balasan diterima dari jabatan berkenaan mengatakan permohonan kami ditolak sebab tanah tersebut terlibat dalam rancangan pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan. What? Why the heck kami dapat beli, tukar nama tanah tersebut. Setahu kami, apabila sesebuah tanah sudah digazette untuk pengambilan oleh kerajaan, tanah tersebut tidak boleh ditukar nama.

Tidak berapa lama kemudian, sampai surat panggilan untuk perbincangan mengenai pengambilan tanah tersebut. Kami berangan-angan untuk mendapat pampasan yang berpatutan dari kerajaan.

Sampai di jabatan berkenaan, kami menunggu giliran untuk masuk di luar bilik perbincangan. Selepas nama kami dipanggil, kami masuk dan diterangkan bahawa tanah kami terlibat untuk rancangan pembangunan projek perumahan oleh anak syarikat kerajaan negeri. Syarikat berkenaan menggunakan kerajaan negeri untuk memaksa kami menyerahkan tanah tersebut kepada mereka.

Harga asal yang ditawarkan oleh pihak kerajaan negeri amat tidak masuk akal dan tidak mengambilkira kedudukan tanah tersebut serta harga pasaran tanah semasa. Keputusan pertama yang keluar dari mulut saya adalah “TIDAK SETUJU”. Salah seorang dari wakil kerajaan negeri turun dari pentas yang menempatkan kerusi wakil kerajaan dan memujuk saya untuk memberi keputusan “SETUJU BERSYARAT”. Wakil syarikat mengatakan mereka boleh berunding lagi mengenai harga tersebut, saya meletakkan harga yang saya mahu, bukan dapat untung pun. Cukup untuk selesaikan pinjaman dengan bank yang masih berbaki hampir 200k campur RIBA dan cukup untuk kami beli tanah lain.

Pihak kerajaan tidak bersetuju dengan harga tersebut dan menawarkan harga lain yang tinggi sedikit dari harga asal tapi masih rendah dari harga yang saya tawarkan. Saya tengok wakil syarikat macam boleh berunding dan naikkan lagi harga tersebut tetapi wakil kerajaan pulak yang lebih-lebih, tak nak naikkan lagi harga. Saya berikan keputusan saya “TIDAK SETUJU”. Wakil kerajaan cakap kalau tak setuju nanti masuk mahkamah lepas tu ikut keputusan mahkamah harga berapa yang kami akan dapat. Tanah tu walau macam mana sekalipun tetap akan diambil oleh pihak kerajaan. Setelah dipujuk oleh wakil kerajaan, isteri dan ibu mertua saya, saya terpaksa akur dan terima harga yang ditawarkan mereka dengan keputusan “SETUJU BERSYARAT”. Maksudnya saya terima harga tersebut dan mereka akan buat pembayaran pada kami tetapi kami akan melalui proses berjumpa dengan SUK dan kemudian proses mahkamah untuk mendapatkan perbicaraan bagi mendapat harga yang dikehendaki.

Harga yang diberi cukup-cukup untuk kami selesaikan bayaran pinjaman bank yang sudah setahun kami bayar(baru langsai RIBA sahaja). Sekarang dah hampir 4 tahun, kami masih belum menerima apa-apa panggilan dari SUK atau mahkamah. Untuk tujuan urusan dengan mahkamah, kami sudah melantik seorang peguam untuk mewakili kami di mahkamah. Menurut peguam tersebut, ramai yang tidak tahu bahawasanya kami boleh melantik peguam untuk mewakili kami dalam perbincangan harga dengan wakil kerajaan jika tanah terlibat dalam rancangan pengambilan tanah oleh kerajaan. Kami juga sebenarnya boleh melantik jurukur berlesen untuk menilai tanah kami dan menggunakan khidmat jurukur tersebut untuk mewakili kami waktu perbincangan rancangan pengambilan tanah oleh kerajaan tersebut. Malangnya ramai di kalangan bumiputra yang tidak tahu pasal ni. Berbeza dengan bukan bumiputra.

Lepas dapat duit bayaran pampasan dari kerajaan (1-2 bulan) kami berpakat untuk mencari tanah lain yang boleh dijadikan tempat kediaman kami. Terjumpa sebidang tanah tak jauh dari kampung isteri dan kampung saya. Saya tak nak cerita panjang lebar hal ni sebab salah seorang watak yang terlibat sudah meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru. Diringkaskan cerita, saya dah bayar duit pada tuan tanah tapi selepas hampir sebulan kami masih belum menerima surat duti setem.  Saya call sorang waris saya yang kerja di pejabat tanah, dia cakap tanah ada masalah, dia minta saya datang ke pejabat tanah. Esoknya saya ke pejabat tanah dan dapat tahu tanah tersebut bermasalah untuk proses tukar nama sebab penama dalam geran tersebut ada 2 orang. Saya pernah tanya pada watak-watak yang terlibat mengenai perkara ini akan hal penama pertama ni. Mereka hanya jawab takde masalah, penama pertama sakit tak boleh berjalan, mereka akan uruskan surat arahan tukar nama dengan penama pertama. Saya berurusan dengan penama kedua. Penama pertama tak pernah saya jumpa, nama dalam geran pun hanya ada nama sahaja, takde nombor kad pengenalan.

Masalah timbul lepas pejabat tanah dapat kesan nombor kad pengenalan penama pertama menunjukkan beliau sudah berumur hampir 100 tahun. Mereka juga mendapati penama pertama sudah meninggal dunia. Tetapi pegawai tanah yang terlibat mengatakan watak-watak yang terlibat kebanyakannya kenalan beliau jadi beliau tahan dari proses tukar nama berlaku kerana jika proses ini berjalan dan pihak yang lebih tinggi dapat kesan kepincangan yang berlaku, laporan polis akan dibuat dan satu CAVEAT akan diletakkan atas tanah tersebut.

TERKEDU saya depan pegawai tanah tersebut. Rupanya mereka berpakat cari orang yang namanya betul-betul sama dengan penama pertama, buat akuan bersumpah bahawa dia adalah penama pertama lepas tu sign surat tukar nama. Saya pun call penama kedua dan mintak balik duit saya dalam tempoh sebulan kalau tidak saya akan buat report polis. Lepas tu broker, runner dan sorang lagi saya tak kenal sape tapi dialah yang ambil duit deposit bayaran tanah(tukang iklan) jumpa di satu kedai makan di kampung broker tersebut(kampung atuk saya jugak). Waktu tu memang saya dah nekad, apa nak jadi jadilah. Nak bertumbuk ke nak bertikam ke saya hadap. Saya datang sorang-sorang je. Cukuplah Allah dan malaikatNya je jadi pelindung.

Diorang boleh pujuk saya, tunggu dulu sebab nak cari waris penama pertama untuk urusan tarekah. Runner tu cakap dia ada cara nak cepatkan proses tersebut. Keputusan saya tetap sama, saya nak balik duit saya. Cukuplah diorang permainkan kami sekali.

Selepas sebulan kami dapat balik duit dari tuan tanah tolak komisen broker. Bahagian komisen broker tu tuan tanah suruh mintak dengan broker. Broker ni sekarang dah arwah. Dia cakap dah belanja habis duit tu dan mintak untuk bayar ansuran. Arwah meninggal lepas bayar 2/3 dari jumlah tu. Selebihnya diselesaikan oleh keluarga arwah.

Mastermind dalam cerita ni, runner tu. Dia bekas pegawai tanah. Dia tahu kat mana ada loophole dalam proses jual beli tanah. Tapi mereka merancang Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Jika proses tukar nama ini berjaya, saya dah siap buat rumah tiba-tiba waris penama pertama sedar akan kewujudan tanah ni, menganga jelah tunggu lalat masuk dalam mulut.

Semua watak yang terlibat dalam cerita ni adalah saudara sebangsa dan seagama dengan saya. Panjang la pulak cerita ni.

Cerita kedua ni baru je berlaku. Berlaku di sini , Sydney Australia. Watak yang terlibat juga saudara sebangsa seagama.

Dah panjang pulak cerita 1 ni.

KLIK sini untuk cerita 2

P/S : semua gambar adalah hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan cerita ni

One thought on “Duhai bangsaku, marilah kita berubah bersama-sama

Leave a Reply