Standby Generator

genset genset

Sepanjang saya duk kat Eastlakes ni, saya ada nampak beberapa genset macam dalam gambar atas ni. Diorang memang letakkan dalam lingkungan beberapa blok untuk standby kalau ada outage. Perkara ni pernah berlaku beberapa kali tapi bukan di Sydney. Kadang-kadang sebab ribut, banjir, kebakaran dan macam-macam lagi.

Kat negeri NSW ni, facility untuk elektrik disediakan oleh AusGrid tapi kita tak boleh register terus dengan diorang tapi kena register dengan supplier-supplier berdaftar. Saya register dengan DODO, company sama dengan telefon dan internet rumah saya. Kiranya Ausgrid bagi infrastructure dan power, caj kat DODO lepas tu DODO caj kat kitorang. Pembaca meter pun dari AusgGrid. Kalau ada nak sambung atau potong bekalan elektrik pun orang Ausgrid yang datang. Kat sini ada banyak supplier elektrik, DODO, energyaustralia, simply energy, AGL, origin, synergy. Caj antara supplier-supplier ni lain-lain.

Bila dah banyak macam ni, harga pun jadi kompetitif dan banyak benefit yang dapat kat customer sebab masing-masing berlumba-lumba nak dapatkan customer. Kebanyakan plan untuk elektrik takde kontrak, jadi bila-bila masa customer boleh tukar supplier. Diorang nak kena bagi servis terbaik pada customer. Ada yang bagi diskaun kalau bayar on time. Dodo ada bagi diskaun kalau bayar on time dan diorang macam dah tetapkan installment $60 sebulan untuk elektrik dan $29 sebulan untuk gas. Jadi bila diorang hantar bil 3 bulan sekali takdelah terkejut sangat nak kena bayar banyak-banyak. Setakat ni bil elektrik dan gas saya negatif sebab penggunaan kurang dari 60 dan 29 sebulan. Bila dah nak balik atau nak pindah rumah, boleh mintak balik jumlah negatif tu.



 



 

Kat sini customer service yang kita telefon macam dah dapat kuasa besar nak tentukan kita dapat diskaun atau rebat kalau kita ada masalah atau komplen. Sasya pernah dapat rebat sebulan tak perlu bayar bil internet sebab saya mintak nak pindah akaun telefon/internet dari rumah lama ke rumah baru tapi dia pergi bukak akaun baru untuk rumah baru. Telefon customer service, diorang mengaku memang salah diorang lepas tu dia bagi sebulan rebat.

Grafiti kat genset tu banyak kat sini tapi takdelah sampai tahap kronik. Masa mana diorang buat kerja pun tak tahu, saya tak pernah lagi nampak budak-budak buat grafiti tu. Mungkin dah lama waktu zaman kegemilangan hip hop kat sini kot. Sekarang dah jarang nampak budak hip hop.

Kat Malaysia seingat saya pernah berlaku power outage satu semenanjung waktu saya sekolah menengah. Waktu tu TNB terpaksa bayar ganti rugi banyak jugak kat kilang-kilang yang terjejas sebab power outage tu. CEO TNB waktu tu pun letak jawatan sebab outage tu. Mungkin TNB boleh buat macam kat Australia ni, sediakan standby genset kat kawasan-kawasan perumahan dan industri. Kalau ada outage je terus hidupkan genset dan tap kat distribution line. Masalahnya kabel pun kena curik kat Malaysia, letak genset kat tepi jalan macam ni, nanti kot ada yang bawak lori kren, angkat pergi jual. Kat sini selamat sebab kamera banyak dan orang sini sensitif dengan bunyi bising waktu malam. Kalau nak buat kerja kat kawasan perumahan melibatkan bunyi bising, nak kena ada permit dan council akan hantar surat makluman ke setiap rumah kat kawasan yang terlibat. Polis pulak kalau telefon tak sampai seminit dah sampai. Bukan rekaaan ni, memang betul-betul sebab kawan saya pernah tengok orang eksiden depan dia, lepas orang call polis tak sampai seminit polis sampai. Waktu ada kereta langgar paip gas kat blok rumah dia pun dia cakap lepas call polis tak sampai seminit polis sampai. Mungkin sebab balai polis dekat je tak sampai 5Km, coverage untuk setiap balai pun tak besar. Balai polis tepi jalan besar je. Takde kompleks balai polis besar-besar dalam pagar tertutup pun.  Polis pun selalu ronda-ronda kawasan ni walaupun kawasan perumahan dan nampak macam dalam taman.

Leave a Reply