Tips cari rumah sewa di Sydney

Saya sekarang tinggal di Eastlakes, di rumah sewa kedua di Sydney. Rumah yang mula-mula kami tinggal beralamat di Mascot Drives, sekarang di Barber Avenue. Kami terpaksa berpindah disebabkan bebeapa faktor.

Rumah sewa yang kami tinggal sekarang adalah lebih murah harga sewanya berbanding rumah sewa yang dahulu. Rumah sewa sekarang kami sewa terus dengan tuan rumah berbanding yang dahulu melalui ejen. Di blok sekarang kebanyakan penghuninya adalah orang Asia jadi kami tidak mempunyai sebarang masalah dengan jiran-jiran kami.

Kepada pembaca-pembaca yang ingin mencari rumah sewa di sini, saya ingin menggariskan beberapa panduan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Sebelum mendapatkan rumah sewa, sila hadir ke house inspection dan perhatikan beberapa perkara :

1. Harga

Sesuaikan dengan bajet mingguan anda. Di kawasan Eastlakes , range harga sekarang adalah AUD400 ke atas untuk rumah apartmen 2 bilik. Di sini kebanyakan apartmen adalah 2 bilik. Terdapat juga rumah sebuah-sebuah yang berharga AUD800 ke atas seminggu.

2. Lokasi

Kalau nak gunakan public transport, pilih lokasi yang berdekatan dengan bus stop atau train. Kalau nak gunakan kenderaan sendiri bolehlah pilih lokasi mana-mana yang berkenan di hati. Biasanya kawasan yang jauh dari public transport lebih murah dari yang dekat dengan public transport.

3. Cahaya matahari

Pilih rumah sewa yang dapat cahaya matahari paling banyak sebab kalau macam rumah sewa yang mula-mula kami tinggal, kurang dapat matahari waktu musim sejuk kulat hitam(mould) naik kat dinding ruang tamu, bilik dan bilik air. Nak bersihkan kulat-kulat ni memang seksa.

4. Privacy

Sesetengah rumah sewa di ground floor seperti yang kami sewa dahulu pintu balkoninya menghadap pintu masuk utama bangunan apartment. Jadi depan balkoni kami jadi tempat laluan orang. Kalau nak bukak pintu, tingkap, jemur pakaian memang takde privasi.

5. Building Manager

Apartment di sini menggunapakai undang-undang strata yang memperuntukkan seorang building manager yang dipilih oleh kesatuan tuan rumah di bangunan tersebut.
Perhatikan jika terdapat banyak notis amaran atau tak puas hati oleh building manager. Jika banyak notis kelihatan, bermaksud building manager adalah seorang yang tegas dan tidak boleh berkompromi. Jadi macam tinggal kat asrama pulak nanti.

6. Jiran

Ini antara faktor terpenting kalau nak sewa rumah di Sydney. Elakkan dari berjiran dengan mat saleh terutama yang dah berumur. Mereka terlalu cerewet. Pengalaman kami, waktu malam bermula jam 10 malam hingga 7 pagi kami tak boleh buat sebarang bunyi walaupun kami tinggal di bawah.

Rumah atas kami selalu komplen kami buat bising walaupun bunyi tersebut tidak disengajakan contonhya bunyi paip air, bunyi basuh pinggan, bunyi tutup pintu. Tertekan beb.



Kalau ada anak-anak kecik, lagilah nak kena pilih betul-betul jiran. Diorang boleh panggil polis kalau diorang rasa ada kebisingan berpunca dari mana-mana rumah. Sudah ada kes ibu bapa disaman sebab orang sebelah rumah panggil polis kerana anak dia menangis tengah-tengah malam.

7. Parking

Ada 3 jenis parking kat sini iaitu street parking, off street parking dan lock up garage. Street parking sewa paling rumah sebab tak ada parking khas untuk setiap unit, parking tepi-tepi jalan je. Off-street parking ada parking khas untuk setiap unit di belakang atau tepi blok. Lock up garage pulak parking bertutup di bawah bangunan.

8. Pet/smoke

Tanya ejen waktu inspection sama ada bangunan tersebut smoke free atau tidak dan pet friendly atau tidak, Terdapat bangunan yang benarkan merokok dan ada yang tidak benarkan merokok(smoke free). Begitu juga dengan pet(majoriti pet adalah anjing), ada bangunan yang pet friendly ada yang tak benarkan pet.

Kalau tak biasa dengan anjing, carilah bangunan yang pet free bukan pet friendly. Pengalaman saya dengan anjing kat rumah lama dulu memang teruk, anjing kecik je tapi garang nak mampus. Nampak orang je nak kejar. Siap bunyi “grr, grrr” lagi kat tepi.

Kalau orang nak kejar dia, tahu pulak dia takut. Jenis samseng taik minyak punya anjing. Kat sini ada sejenis manusia yang anggap anjing macam anak dia. Jadi kalau jumpa anjing jalan-jalan dengan tuannya kat taman ke kat mana-mana ke jangan tunjuk sangat ketakutan kita kat anjing tu, nanti diorang kecik hati.

9. Makanan Halal

Kat Australia ni makanan halal bukan satu masalah besar. Ada kedai-kedai daging/ayam halal di kawasan yang majoriti orang Islam macam kat Mascot, Eastlakes, Punchbowl, Lakemba, Auburn. Kalau susah sangat pergi kat Coles cari ayam cap Lilydale.

Pasaran hartanah kat kawasan pinggir bandar di Sydney sekarang sedang memuncak, kalau ada orang-orang kaya jutawan nak invest kat sini bolehlah beli rumah kat kawasan yang sedang naik macam kat tempat saya tinggal sekarang, Eastlakes

dapur
Bilik air rumah lama
toilet bowl
Bilik air rumah lama
bath tub
Tab rumah lama
bedroom
Bilik rumah lama
dapur
Dapur rumah lama
living room
Living room dan pintu balkoni
barber avenue
Waktu pindah ke rumah baru. Best. Ada laman walaupun shared. Barang-barang tu semua penyewa lama tinggal. Keluarkan dulu sebab nak buat carpet steaming

One thought on “Tips cari rumah sewa di Sydney

Leave a Reply