Kerja di Australia
Bermula Mac 2016, saya dapat kerja di Australia sebagai cleaner di sebuah kompleks sukan di Pagewood, Sydney. Saya dapat kerja ni melalui iklan di Gumtree(macam mudah.my) lepas tu saya SMS kat bos saya.
Dia suruh saya datang buat trial dulu untuk kerja hari minggu dengan gaji AUD17 sejam. Saya pergi ke tempat tu dengan pakai kasut clark, seluar slack dan tshirt berkolar sebab tak jangka pun dia nak suruh buat trial.
Trial (berbayar)
Sampai-sampai je kat tempat kerja di Australia tu, dia bagi satu penyapu besar yang bentuk empat segi flat ada bulu-bulu bawah dan kelilingnya sapu dalam dewan tempat diorang buat Yoga.
Dia ajar dulu sekali lepas tu suruh saya buat. First time saya buat kerja ni, memang kekok giler. Lepas tu dia bagi mop dan baldi berisi air sabun, mop kat dapur cafe pulak. Kemudian ambik plastik sampah, clearkan semua tong dan bakul sampah kat tingkat bawah termasuk dalam tandas.
Lepas tu masuk tandas sapu tisu-tisu tandas dan sampah-sarap yang bertaburan atas lantai. Last sekali dia bagi vacuum bakcpack suruh vacuum tingkat bawah semua sekali tempat yang ada karpet. Cukup 2 jam kerja. Habis trial terus dia bayar gaji lepas tu dia akan call bila nak panggil masuk minggu depannya.
Panggilan
Lepas sehari, 2 hari dia diam je, saya macam dah agak tak dapat dah kerja ni. Tiba-tiba hari rabu dia SMS tanya boleh tak kalau nak suruh kerja tiap-tiap hari 2 jam sehari jam 9-11 malam hari biasa, 6-8 malam hari minggu.
Alhamdulillah, dari kerja hari minggu je dapat kerja hari-hari. Kerja ni dia anggap saya macam subkontraktror jadi saya kena register untuk ABN(Australian Business Number, free je) kemudian hantar invois 2 kali sebulan.
Naik Pangkat
Hari-hari berlalu, sampai bulan 6 bos saya cakap dia dah tak larat nak buat kerja kat kompleks tu, dia handover balik job tu kat ayah dia. Rezeki saya tak habis lagi kat situ, ayah dia setuju nak kekalkan saya kat situ dengan syarat saya kena kerja 3 jam sehari, bayaran pulak dia naikkan jadi AUD27.00 sejam.
Tambah skop kerja saya perlu vacuum dan mop bilik childcare, pantry, bilik bos dan keseluruhan tingkat atas (gymnasium) . Bos lama pulak offer satu lagi job 2 jam sehari , 2 kali seminggu kat satu office syarikat teksi dekat dengan airport dengan bayaran AUD18 sejam. Alhamdulillah rezeki.
Sekarang saya masih lagi kerja di kompleks sukan dan syarikat teksi tu. Dengan gaji tak seberapa ni, Alhamdulillah bolehlah bernafas lega sikit tinggal di pinggir bandar besar Sydney ni.
Bawah ni boleh tengok gambar-gambar waktu saya kerja di Australia.
Pingback: Kerja cari salah orang. Dibayar pulak tu – Radio Senyap