Budaya orang Australia yang sangat baik hati
Pemandangan seperti gambar di atas adalah perkara biasa dan sudah menjadi semacam budaya bagi orang Australia. Terdapat 3 perkara dalam gambar di atas :
- Parking di tepi jalan (dibolehkan selagi tidak ada papan tanda “no parking” atau “no stopping” dan sekurang-kurangnya 1 kaki dari laluan keluar masuk)
- Kebersihan dan
- Sedekah barangan yang dah tak nak pakai lagi.
Kat Sydney dan Australia ni, dah jadi macam budaya orang Australia bagi percuma je barang-barang yang dah tak nak pakai. Tak kiralah, perabut, mainan, kelengkapan dapur, baju dan macam-macam lagi.
Kutip Barang
Sepanjang saya berada di sini, banyak jugaklah barangan yang saya kutip dari tepi jalan. Kalau orang letak barang kat tepi jalan maksudnya barang itu adalah percuma dan sesiapa sahaja boleh ambik.
Antara barang yang saya berjaya kutip sepanjang berada di Sydney mainan, meja study budak-budak, kerusi budak, kerusi besi outdoor, ironboard, penyidai baju, laptop mainan budak-budak, teddy bear, periuk, kuali dan macam-macam lagi.
Kat sini, kalau dah habis sewa rumah, rumah mesti kosong. Kalau ada barang nanti diorang tolak bond sebab diorang nak kena panggil mover pulak nak keluarkan barang yang tinggal dalam rumah.
Student dari Malaysia biasanya akan clearkan rumah dengan let go barang-barang dalam rumah murah-murah dan ada yang diberi percuma pada student-student yang baru sampai.
Council
Sebenarnya council atau majlis perbandaran tak bagi letak barang tepi jalan camni. Dulu diorang tak kesah sangat, semenjak lepas pilihanraya diorang macam enforce peraturan no dumping ni.
Diorang suruh call council kalau nak buang barang-barang, diorang akan datang kutip percuma je 2 kali setahun setiap rumah. Masalahnya syarat diorang bagi barang yang nak dibuang tu mestilah yang dah tak boleh nak guna lagi. Kalau barang elok lagi, caranya iklan kat gumtree bawah category freebies.
Ni dah nak dekat krismas, dekat dengan boxing day lagilah banyak barang-barang diorang nak buang sebab waktu boxing day harga memang murah gila-gila. Tengok screenshot iklan barang free dalam gumtree kat bawah:
Sofa, almari, meja, piano, katil pun ada. Kalau iklan percuma macam ni memang betul-betul percuma. Kondisinya pulak memang masih boleh guna. Takdelah nampak buruk. Budaya orang Australia ni ni kalau nak bagi barang kat orang, diorang bersihkan dulu siap-siap sebelum letak tepi jalan atau iklan dalam gumtree.
Saya pernah ambik peti sejuk free, diorang memang siap bersihkan, disinfect semua. Dengan orang Malaysia, ada yang bersihkan, ada jugak yang tak bersihkan. Saya pernah dapat vacuum cleaner sekali dengan percuma sampah kat dalam vacuum tu. Dahlah bagless, jenuh nak bersihkan pulak. Sangka baik, diorang kalut nak balik Malaysia tak sempat nak bersihkan.
Kadang-kadang terfikir kat Malaysia ada tak budaya macam budaya orang Australia ni. Mungkin satu hari nanti bila ekonomi dah kukuh, pendapatan minima RM24.00 sejam atau RM3000 sebulan, perkara macam ni akan jadi budaya. Kat sini kalau ikut undang-undang buruh macam tulah pendapatan diorang.
Subsidi
Kalau PR atau citizen lagilah banyak benefit, subsidi tu subsidi ni. Childcare pun ada subsidi, sehingga 100% pulak tu ikut pendapatan. Kalau takde subsidi, harganya $100-110 sehari (8 jam). Kami student on visa ni, rate macam tulah kami bayar kalau hantar anak kat childcare.
Sebab tu kalau kerja gaji kurang $120 sehari better duk rumah jaga anak daripada hantar childcare. Kalau kerja pun kerja malam je waktu pasangan yang belajar dah ada kat rumah.
Kat eastlakes ni ada sorang babysitter dari Bangladesh, orang Malaysia dah banyak generasi hantar kat dia sebab dia ambik murah, $4.50 je sejam. Walaupun freelance, dia ada sijil childcare dan working with children check.
Kalau ada yang nak datang ke Australia, tak perlulah nak habiskan duit beli perabut baru atau sewa rumah fully furnished. Rajin-rajinkan cari dalam gumtree iklan barang-barang free lepas tu sewa van dengan Goget atau upah abang-abang hensem yang dah ada kat sini pergi ambik.
Lagi jimat dari beli barang baru atau pakai mover bertauliah. Kalau bernasib baik, ronda-ronda kawasan rumah tu kot ada barang orang letak tepi jalan.
Selagi council tak seal barang-barang tu, selagi tulah boleh ambik. Tapi hati-hati kalau dah ambik bawak balik rumah lepas tu tak berkenan, kalau nak letak balik tengok kiri kanan takut ada yang ambik gambar, report kat council pulak. Parah jugaklah kalau kena saman.