Hari itu tiba jua
30 November 2015, surat resign ini sampai ke tangan HR dan Zone Owner , encik Fauzi. Selepas 7 tahun lebih di PFCE, akhirnya dengan rasminya saya hantar notis perletakan jawatan selama 2 bulan. Saya mula bekerja di sini Jun 2008. Waktu tu kami berkongsi yard dengan PFCE CG, menumpang dalam ofis PFCE CG untuk operasi di Paka/Kerteh sementara ofis department kami masih di Kemaman.
Hari pertama lapor diri di PFCE, saya diarahkan untuk menyertai site visit untuk TA Optimal. Dengan kasut pinjam, safety briefing masuk dalam mein basuh saya ikut site visit tersebut. Alhamdulillah, kami dilantik untuk menjadi salah satu main contractor untuk TA tersebut. Kemudian saya diarahkan untuk menjadi QA/QC engineer untuk projek TLE Penthouse Optimal. Jawatan saya adalah project engineer tetapi disebabkan PFCE waktu tu takde QC, saya cover juga untuk bahagian QC. Sebelumnya saya ada pengalaman sebagai QC Inspector di Dialog Plant Services Sdn. Bhd selama 3 bulan. 3 bulan mungkin masa yang sekejap bagi sesetengah orang tapi 3 bulan itulah saya banyak belajar mengenai QC, inspection dan selok-belok pekerjaaan dalam bidang oil and gas dan melompat ke PFCE. Memang orang cakap Dialog ni tempat orang belajar je. Bermula dari tahun 2009, PFCE terus berkembang dan menjadi sebuah company yang gah dalam bidang oil and gas.
Dalam masa 7 tahun di sini, saya dapat menyaksikan dan turut serta dalam perkembangan dan jatuh bangun PFCE. Sedih, memang sedih, berat hati nak tinggalkan PFCE. Tapi apakan daya, ketentuan Illahi tidak dapat dihalang lagi. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk setiap hambaNya. Saya berhenti sebab mengikut isteri dan anak-anak ke Australia selama 2 tahun. Isteri saya akan menyambung pengajian di peringkat master di Sydney. Kalau kerja dengan kerajaan bolehlah mintak cuti tanpa gaji. Tapi kerja dengan swasta, takde istilah cuti tanpa gaji.
Perancangan Allah adalah yang terbaik. Sebenarnya dah banyak kali saya bercadang nak resign, dah banyak interview saya pergi tapi setiap kali itu, mesti ada something yang menyebabkan saya tak dapat kerja kat tempat lain. Sebelum ni, tak pernah terfikir pun nak ke oversea ni. Allah Maha Mengetahui. Pada saya, ke Australia jauh lebih baik dari dapat kerja kat tempat lain tapi masih lagi terpaksa berjauhan dengan keluarga. Sekurang-kurangnya dapatlah kami tinggal bersama-sama di Australia. Kalau ada kerja part time, kerja part time. Sana gaji minimum AUD21 sejam. Kalau ada orang nak jagakan anak-anak, boleh kerja full time kat sana.Insya Allah. Visa saya pun takde limit untuk kerja. Sekarang ni saya balik 2 kali seminggu, hujung minggu dan tengah minggu. Hari lain saya di Paka.
Notis ni 2 bulan tapi cuti tahunan ada dalam 20 hari lagi, saya cadang nak ambil cuti seminggu akhir bulan 12 ni sebelum habis cuti sekolah lepas tu kerja bulan Januari dalam seminggu lepas tu terus cuti.
Terlalu banyak kenangan pahit dan manis di sini. Kalau nak cerita sampai pagi lusa pun rasanya tak habis lagi. Pengalaman bertengkar dengan client, manage project, handle manpower, mogok sebab kawan nak kena buang sebab urine test sangkut tapi akhirnya doktor tarik balik sebab dia makan ubat gastrik yang ada steroid bukan sebab salahguna dadah, putar belit inspector nak bagi lepas inspection, skill menyelamatkan diri dalam meeting, tidur 2 malam dalam seminggu waktu shutdown, kerja 26 jam sehari, tak mandi 3 hari masa shutdown, buat kerja takde permit sebab nak cepat, bawak lori tanpa GDL, bawak konkrit pakai hilux, macam-macam lagilah. Banyak ilmu dan pengalaman saya dapat di PFCE. Saya doakan PFCE akan terus cemerlang dan terus berdiri teguh selamanya.
TERIMA KASIH PFCE
Gud luck sir..bnyak pgalaman tuan dlm bidang oil and gas ni..malahan saya plak baru jer rasa nak mceburi bidang ni wahal umur dh memingkat 32thn.sebelum ni btugas sebagai quality lab technician di shah alam sebelum mbuat kputusan utk blk ke negeri kelahiran. Tuan..saya mtk pandangan tuan apakah pilihan yang sesuai bg sy untuk ceburi bidang ni.dulu pernah buat penatrition test dan tensile test untuk automotif part.saya harap tuan boleh bantu saya untuk terang bidang qc dlm bidang oil n gas.ape yg perlu buat.n tempat lama tiada sijil ndt dperlukan.tq
Terima kasih. Awak dah ad experience dlm bidang destructive test. Teruskan dalam bidang tu. Apply dengan lab2 yang buat destructive test Utk oil and gas. Boleh juga ambik cert dalam bidang ndt seperti radiography, ultrasonic, atau dpi/mpi. Kalau nak jadik qc atau Inspector ambik cert welding inspector samada dengan cswip, PCN atau aws. Atau painting inspector dengan nace atau icorr. Lepas tu ambik api 510/570/653. Satu je pesanan saya, bidang oil and gas sekrg agak suram. Kalau nak masuk bidang ni sekarang ni kalau takde cert rasanya baik awak ambik cert dulu. Course2 ni dah byk provider yg buat, boleh search internet cari yg paling dekat dengan tempat sekarang. Kalau pandai cari, boleh dapat yang ada diskaun.