Terbaru : U.S cari pasal dengan China, China warning U.S
Angkatan tentera laut U.S merancang untuk meneruskan rondaan di kawasan perairan yang dituntut oleh China di Laut China Selatan dengan matlamat untuk mengekang kemaraan maritim Beijing.
Lanzhou, kapal pemusnah peluru berpandu dan Taizhou, bot peronda China mengeluarkan amaran ke arah sebuah kapal pemusnah U.S yang meronda dalam lingkungan 12 batu nautikal dari sebuah pulau yang dibina oleh China, kata jurucakap kementerian pertahanan China Yang Yujun pada pagi Selasa. Kapal-kapal China kemudiannya mengekori kapal U.S tersebut.
Rondaan seterusnya kemungkinan akan melibatkan USS Lassen yang akan melalui kawasan terumbu karang Subi dan Mischief di Kepulauan Spratly. Ia akan diiringi oleg kapal pengiring termasuk P-8A, kapal terbang peronda anti kapal selam untuk mengawasi tindak balas tentera China. Kapal pemusnah tersebut berpangkalan di pengkalan tentera laut U.S di Yokosuka, Jepun.
Setiausaha pertahanan U.S Ash Carter memberitahu Senate Armed Services Comittee bahawa operasi U.S di Laut China Selatan akan berterusan sehingga beberapa minggu hingga beberapa bulan. Rondaan tersebut adalah aktiviti rutin yang tidak menyalahi undang-undang antarabangsa, kata sumber rasmi Jabatan Pertahanan U.S kepada The Nikkei. Sumber tersebut menyatakan Washington menentang mana-mana negara yang menuntut hak ke atas kedaulatan maritim secara berlebihan, mereka menegaskan bahawa mereka tidak akan sekali-kali berundur walaupun berhadapan dengan ancaman dari Beijing.
Tindakan kapal U.S tersebut “mengancam kedaulatan dan keselamatan China” serta “mengancam kestabilan dan keamanan serantau,” Lu Kang, jurucakap Kementerian Luar China memberitahu para wartawan dalam satu sidang media pada hari Selasa lepas.“Kami akan memberikan perhatian mendalam ke atas apa-apa yang berlaku di kawasan perairan dan ruang udara berkenaan dan akan mengambil sebarang tindakan yang wajar jika diperlukan.”
Airstrip China di terumbu Subi. sumber : asia.nikkei.com © Getty image/kyodo |
Terumbu Layang-layang. Sumber : http://www.avillion.com/avillionlayanglayang/ |