Penyelesaian pada masalah kelajuan WIFI di hotel atau ofis

Penyelesaian pada masalah kelajuan WIFI di hotel atau pejabat. Kebanyakan hotel sekarang menawarkan pakej WIFI percuma untuk pelanggan yang menginap di hotel mereka. Namun begitu apabila terlalu banyak pengguna menggunakan saluran WIFI yang sama, sambungannya akan menjadi terlalu perlahan.

Sama juga dengan sambungan WIFI di ofis. Zaman sekarang ni banyak device guna wifi untuk sambungan internet. Tapi kadang-kadang apabila terlalu banyak device berkongsi sambungan wifi yang sama, ia akan jadi perlahan.

Hal ini juga berlaku di pejabat saya. Waktu pekerja tak ramai, kelajuan internet adalah memuaskan. Namu begitu, selepas ramai pekerja masuk untuk projek terbaru, kelajuan internet menggunakan wifi jadi sangat perlahan.

Teknik lama atasi masalah WIFI

Waktu saya di kompeni lama, kami tidak dibenarkan untuk menggunakan sambungan internet pejabat untuk device peribadi. Jadi saya menggunakan sedikit hack yang dipelajari untuk kongsi sambungan kabel ke telefon (Windows 9).



Dengan peredaran masa dan kemajuan teknologi, teknik tersebut menjadi lebih mudah dan ringkas.

Tukar laptop menjadi WIFI Access Point

Satu cara untuk mennyelesaikan masalah WIFI perlahan di hotel atau pejabat, anda perlukan Laptop dengan Windows 10. Pastikan juga terdapat sambungan LAN di hotel atau pejabat tersebut.

Kita gunakan laptop sebagai perantara antara sambungan LAN dan WIFI atau dengan kata lain sebagai access point. Sambungan kabel boleh mencapai sehingga 1Gbps bergantung pada perkakasan yang digunakan untuk network tersebut. Kelajuan tersebut akan dikongsikan dengan device yang bersambung dengan laptop yang kita gunakan sahaja.

Bagaimanapun diingatkan di sini saya tidak pernah mencuba teknik ini di hotel yang menggunakan sistem portal gateway yang memerlukan pengguna memasukkan nama dan password di portal mereka. Sila komen di bawah sekiranya anda berjaya menggunakan teknik ini untuk atasi maslaah WIFI perlahan di hotel.

Teknik ini sudah terbukti berkesan untuk sambungan internet secara direct di pejabat tempat saya bekerja.

Penyelesaian pada masalah kelajuan WIFI di hotel atau pejabat

Time Needed : 00 days 00 hours 05 minutes

Atasi masalah WIFI perlahan di hotel atau pejabat

  1. Sambungkan wayar LAN ke port ethernet di laptop

    Sambungkan kabel internet (LAN) ke port ethernet di Laptop

  2. Tunggu sehingga sambungan network dan internet berjaya

    Tunggu sehingga keluar simbol LAN connected pada simbol network berhampiran paparan jam

  3. Klik simbol network

    Klik pada simbol LAN connected berdekatan paparan jam

  4. Klik Network and Internet Setting

    Klik network and internet setting di bawah bahagian bawah popup senarai network

  5. Klik Mobile Hotspot

    Klik pada menu Mobile Hotspot di paparan Network and Internet Setting

  6. Edit Hotspot

    Klik pada butang Edit di bahagian maklumat Hotspot

  7. Ubah nama dan password

    Ubah nama dan password jika mahu

  8. Save

    Tekan butang save

  9. Turn ON hotspot

    Tarik ke kanan suis di bahagian atas paparan sehingga bertukar ke ON

  10. Sambung ke Hotspot

    Sambungkan device ke Hotspot dengan nama dan password yang di set tadi

Selamat mencuba

Tonton video tutorial di bawah :

Youtube RadioSenyap – Jadikan laptop sebagai access point

Lihat trik lain. Klik sini

Leave a Reply