Muslihat hacker untuk hack akaun Facebook

Tahukah anda, ada beberapa cara yang digunakan oleh hacker untuk hack akaun Facebook? Facebook mempunyai sekuriti dan sistem pelindungan data yang terbaik.

Boleh dikatakan agak sukar untuk hack akaun Facebook sesiapa.

Dalam satu episod siri terkenal di Amerika, ‘The Leverage’, kumpulan mereka mendapat tugasan untuk mengenakan seorang. Target tersebut menggunakan komputer model lama(komputer peribadi versi pertama).

Komputer tersebut tiada internet dan sambungan network. Nampak mustahil untuk hack komputer orang ni. Tahu tak apa mereka buat, mereka ‘hack’ otak orang tu(bukan belah, korek otak).

Mereka ‘psiko’ orang tu sampai dia tukar password tapi dengan password yag diorang nak. Mereka gunakan ‘sub-conscious mind’ orang tu untuk tanam password yang diorang nak die tukar tu.

Teknik ni ade orang panggil ‘neuro-lingualistic programming’, ade orang panggil ‘social engineering’. Tak mustahil orang akan pakai teknik ‘social engineering’ untuk hack password facebook anda.

Anda perlu berhati-hati dengan 7 taktik mencuri password Facebook di bawah.

1. Offer untuk gunakan laptop , tapi pakai google chrome

Berhati-hati apabila menggunakan google chrome di laptop/pc orang lain terutamanya orang yang berpotensi untuk hack akaun Facebook anda.

Google Chrome boleh save sebarang password ke dalam akaun google orang yang logged in dalam google chrome.

Maklumat ni akan disimpan dalam akaun google orang tu dan boleh dibuka di mana-mana browser.

Lepas log-in, pastikan anda membaca dialog “offer to save password” . Jangan main tekan ‘Yes’ je.

2. Keylogger  

Keylogger boleh di-set untuk merekod setiap butang keyboard yang ditekan. Sekiranya anda menggunakan Laptop/PC orang lain, pastikan tidak ada applikasi keylogger berjalan di belakang.

Gunakan Ctrl-Shift-ESc untuk tengok kot-kot ade keylogger running kat belakang

Hacker boleh menggunakan maklumat butang keyboard yang anda tekan sewaktu login ke akaun Facebook untuk hack akaun Facebook anda.

3. Netviewer

Jangan terima sebarang tawaran untuk memasang aplikasi Netviewer di laptop/PC anda. Netviewer adalah satu perisian yang membolehkan seseorang melihat skrin pc/laptop orang lain menggunakan internet.

Netviewer biasanya dipasang oleh unit IT untuk memudahkan mereka troubleshoot komputer pekerja yang bermasalah.

Mereka juga boleh mengawal pergerakan keyboard dan mouse mangsa. Jika terpaka memasang netViewer, pastikan anda tahu untuk tutup netViewer semasa menggunakan Facebook.

Yang lebih baik jangan Login Facebook menggunakan komputer milik syarikat.

Jika terdapat gangguan selepas log-in seperti browser tiba-tiba browser minimize, lepas tu kene login balik, pastikan anda berada di website facebook yang sahih.

Ada kemungkinan hacker akan menukar browser anda ke aplikasi seakan-akan browser dengan laman web seakan-akan Google Chrome.

4. Hack akaun Facebook menggunakan e-mail

Jika terdapat e-mail menyatakan anda perlu menukar password anda, jangan sesekali klik pada link yang diberi. Alamat penghantar e-mail mungkin seperti alamat rasmi facebook tetapi hakikatnya tidak.

Alamat sebenar boleh dilihat dalam header e-mail yang dihantar. Anda boleh setting program e-mail untuk menunjukkan header e-mail yang diterima.

Skill ni juga digunakan untuk curi password online banking. Link yang diberi biasanya menyerupai website sebenar tetapi semua maklumat yang dimasukkan akan disimpan dalam database mereka.

5. Internet terputus tiba-tiba

Jika anda menggunakan internet di tempat pemangsa, mereka mempunyai akses untuk memutuskan sambungan internet. Mereka akan memutuskan akses internet setiap kali anda berjaya login ke facebook.

Lepas tu diorang sambung balik internet. diorang akan ulang cara ni beberapa kali hingga anda fed-up dan mintak untuk guna PC/laptop diorang. Masa ni diorang akan guna taktik Google Chrome atau keylogger.

6. Aplikasi ‘Facebook account stealer’

Jika anda ditawarkan untuk mencuba sebarang aplikasi yang dikatakan boleh curi akaun facebook orang lain dalam network yang sama, jangan sesekali install apps tu.

Biasanya apps macam nilah yang mencuri password dan hantar secara automatik ke e-mail pemangsa. Apps ni akan suruh mangsa login akaun facebook lepas tu keluar skrin kononnya sedang monitor network, lepas tu terus ‘hang’.

7. Minda separa sedar 

Kebanyakan orang yang mengigau akan menjawab apa sahaja soalan yang ditanya semasa mereka mengigau. Pemangsa boleh ambil kesempatan untuk tanya password mangsa semasa mengigau.

Untuk mengelakkan ini terjadi, gunakan password yang susah dan banyak kombinasi untuk mengecilkan kemungkinan anda beri password yang betul semasa mengigau.

Disclaimer :

Artikel ini ditulis supaya anda lebih berhati-hati dengan 7 taktik mencuri pasword facebook ini. Penulis dan blog ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan artikel ini.

One thought on “Muslihat hacker untuk hack akaun Facebook

Leave a Reply