Facebook authorship untuk platform blogspot blogger
Kalau korang perasan, kalau pakai PC atau web browser dengan desktop view kat phone kalau ade orang yang share link kat FB, nama author kat penjuru bawah kanan kotak link diorang jadi warna biru, bila lalu mouse atas tu keluar detail pasal orang tu, button like, share, follow. Boleh klik atas button tu je kalau nak like ke nak share ke nak follow ke orang tu.
Kebanyakan link yang jadi macam tu guna platform wordpress sebab wordpress dah ada widget untuk setting kalau share link kat Fb terus jadi macam tu. Lain pula dengan platform blogger , masih takde widget untuk terus setkan jadi macam tu. Tutorial pulak banyak yang tak jadi. Korang mesti nak jugak link korang keluar nama korang kan, boleh hover boleh follow, share, like? Kan, kan
Benda ni dipanggil Facebok authorship. Ia beroperasi berasaskan Facebook Open Graph. Facebook sekarang dah ada crawler die yang tersendiri yang boleh baca OG properties dan kemudian terjemahkan dari bahasa komputer ke bahasa manusia. Kalau crawler tak jumpa OG properties, ia akan gunakan raw meta yang ada. Nama author akan diambil dari basic setting dalam blog korang yakni dari profile akaun google korang.
1. Mula-mula, buat satu page baru kalau orang tak mahu orang tahu korang yang jadi tuan blog tu. Kalau korang suka orang kenal korang , abaikan step ni
2. Log In akaun blogger
3. Klik pada blog yang korang nak, pergi kat dashboard
4. Klik pada template, kat menu belah kiri tu, lepas tu klik edit HTML.
5. Copy (select, right click, copy) lepas tu paste dalam notepad (right click paste)
Mari tengok line by line
<head prefix=’og: http://ogp.me/ns# fb: http://ogp.me/ns/fb# article: http://ogp.me/ns/article#’> jangan ubah apa-apa. Copy je
<meta content=’article’ property=’og:type’/> Yang ni pun jangan ubah apa-apa
<meta content=’[[[[[[ Read this.. Got this ]]]]]]]]]‘ property=’og:title’/> Tukar tulisan warna merah dengan tajuk blog korang
<meta content=’https://www.facebook.com/learningtoolcheap‘ property=’article:author’/> Tukar tulisan warna merah dengan link FB profile atau link page korang. Yang ni jadi link biru nama author tu.
<meta content=‘https://www.facebook.com/learningtoolcheap‘ property=’fb:profile_id’/> Tukar tulisan warna merah dengan link FB profile atau link page korang. Kalau guna Fb personal, yang ni memang berguna sebab die point ke follower.
<meta content=’[[[[[[ Read this.. Got this ]]]]]]]]]‘ property=’og:site_name’/> Tukar tulisan warna merah dengan nama blog korang
6. Copy balik semua line tadi termasuk line warna merah yang korang dah tukar
7. Buka ruang bawah line <head> (letak cursor kat permulaan line bawah <head> kemudian tekan enter 7 kali
8. Paste kod tadi betul-betul bawah line <head>
9. Delete line <head> asal
10. Template HTML korang akan jadi macam gambar kat sebelah
11. Save template tu
12. Buka tab baru kat browser
13. Pergi ke https://developers.facebook.com/tools/debug/og/object/
14. Masukkan link blog korang
15. Tekan Fetch New Scrape Information
Gambar belah kiri menunjukkan maklumat asas yang crawler FB boleh baca. Ia menunjukkan tarikh, masa, dan bilangan like, comment, share
Gambar belah kanan menunjukkan OG properties yang crawler FB boleh baca dari page korang
Gambar di sebelah kiri menunjukkkan macam mana link korang akan keluar lepas di share. Perhatikan nama author dah jadi biru. Tekan link see this in the share dialog untuk tengok rupa share tu yang sebenar
Gambar belah kanan menunjukkan share dialog yang sebenar
Untuk wordpress atau platform lain, caranya sepatutnya sama atau lebih kurang dengan tutorial ni tapi tutorial ni dibuat dengan menggunakan platform blogger. Beginilah caranya nak buat Facebook authorship untuk platform blogspot blogger. Jangan lupa letak link page ni kat blog korang kalau korang rasa tutroial ni membantu korang lepas tu tinggalkan link blog korang kat ruangan comment bawah ni. Link korang akan dimasukkan kat dalam blog ni. Selamat mencuba.
P/S : Kalau nak tambah agi OG properties, rujuk
https://developers.facebook.com/docs/sharing/opengraph/object-properties