14/2/2016 Hari Pertama di bumi Sydney

Dah lame tak update blog ni. Sebenarnya dah seminggu saya berada di Sydney, Australia. Kami bertolak dari Kuala Terengganu hari Sabtu 13 Februari 2016, flight 4.15 petang. Sampai di Kuala Lumpur lebih kurang jam 5.15 petang. Flight kami ke Sydney jam 11.30malam.  Kami dah check in beg terus ke Sydney di airport Kuala Terengganu lagi. Boleh je buat kalau dari syarikat penerbangan sama macam kami naik MAS. Tapi makesure passport dan printed visa serta tiket dah ready masa nak check in tu. Kalau visa takde diorang takkan layan. Beg ditimbang secara pukal, maksudnya kami berempat allocated 30KG seorang jadi total 120KG. Ada yang lebih ada yang kurang asalkan total beg-beg kami 120KG dan maksimum 2 beg sorang. Satu beg jangan lebih 32KG, ini syarat antarabangsa.

Di KLIA kami bekelah di depan arrival hall bersama-sama dengan abang-abang ipar saya. Lepas maghrib kami bergerak ke departure hall antarabangsa, naik train dan lepak di sana sehingga boarding time. Boarding time adalah sejam sebelum berlepas iaitu jam 10.30 malam. Untuk makluman, segala bentuk makanan, minuman adalah dibenarkan untuk dibawa masuk ke tempat menunggu di luar boarding hall. Jangan jadi macam saya, takde air, tekak kering. Pergi beli air kat kedai apa nama tah, tapi macam nama kedai kampungan je. Tapi air mineral botol kecik 13.90 sebotol. Beli air mineral 2 botol kecik, twister orange kecik sebotol, air nescafe vanila setin, milo setin. 60 hinggit beb. Rasa macam nak menangis je time bayar. Tapi nak buat macam mane, dah takde pilihan lain. Dahlah jauh baru jumpe kedai jual air tu. Diorang meniaga dalam airport ni takde orang control ke?

Kami bawak strolller 2 bijik, satu untuk kakak, satu untuk adik. Jadi kami dapat priority boarding. Lepas wheelchair, kami dapat masuk dulu, tak perlu beratur. Tinggalkan je stroller tu depan pintu kapal terbang, nanti diorang akan ambik bawak masuk kargo. Nanti sampai claim balik kat gate. Kat KLIA diorang letak depan pintu kapal terbang, kat Sydney sakit sikit, kene claim kat kaunter oversize luggage, satu tempat dengan tempat ambik luggage.

Flight bertolak tepat jam 1130 malam, penerbangan selama 8 jam lebih, sampai di Sydney jam lebih kurang 10.30 pagi waktu Sydney. Sampai-sampai je, kapal terbang tak boleh masuk parking sebab ada kapal lain yang sepatutnya dah keluar tak keluar-keluar. Setengah jam jugakla kitorang tunggu baru dapat parking. Turun je dari kapal terbang, terus menuju ke luggage claim, lalu ikut imigresen diorang akan check passport dan tengok muka sorang-sorang. Lepas tu ambik luggage dan menuju ke kaunter kastam. Sebelum sampai di Sydney, dalam kapal terbang kitorang diberi arrival card yang mana kami perlu isikan butir-butir peribadi, tujuan ke Australia dan declare apa-apa barang yang dibawa. Declare je semua benda yang dibawa, rampas ke tidak nombor 2, yang penting declare. Kalau tak declare kena saman on the spot AUD400.00.



Luggage kami total 120KG, 4 beg besar, 2 beg laptop, satu backpack, satu cabin luggage. Troli kat airport Sydney ni kecik la pulak. 2 troli pun dah overload. Bayangkan macam mana isteri saya berat tak sampai 50KG nak tolak troli beratnya 60KG. Jalan lurus bolehlah, time nak belok-belok memang tak bergerak. Jadinya saya terpaksa ulang-alik tolak troli saya dan pusingkan tayar depan troli satu lagi. Sampai kat kastam, mungkin pegawai kastam tu kesian kat kitorang dengan troli yang overload, anak yang kecik pulak menangis tengok anjing besar diorang, anjing diorang pulak jadi macam takut-takut kat saya, orang cakap muka saya macam rimau kalau saya letih/tension/panas. Mungkin sebab tu anjing tu takut kot. Hehe. Pegawai tu takde pun nak suruh kitorang bukak-bukak beg apa. Saya pun dah ke depan, anjing tu takde pun nak hidu-hidu, kecoh-kecoh kat beg makanan kitorang. Alhamdulillah, lepas anjing tu dah siap pegawai tu terus mintak arrival card kitorang lepas tu ucap “have a good day”. Selesai.

Keluar dari arrival hall, kami dah macam tak tahu nak ke mana, suasana kat airport sini lebih kurang je macam kat Malaysia. Ramai chinese. Betullah orang cakap chinese ni campak kat mana pun boleh hidup. Diorang ada di mana-mana sahaja. Instruction dari abang Zul, orang yang kami deal untuk jemput kitorang kat airport suruh kami pergi ke public express pickup zone. Saya intai-intai kat luar pintu airport, takde pulak nampak zone tu. Tanyalah kat kaunter pertanyaan kat tepi pintu airport, pekat gila accent Aussie, saya pun tak faham apa yang dia bebelkan. Yang saya faham kena lalu ikut bangunan depan airport je.

Maka bermulalah perjalanan kami 4 beranak merentasi jalan di lapangan terbang tu, ulang-alik bawak troli saya dan troli isteri saya. Dalam bangunan tu barulah ada signboard, ikut je signboard tu sampailah kami kat tempat Abang Zul tunggu. Parking kat situ 15 minit tak kena charge. Lebih 15 minit puluhan dollar charge dia. Abang Zul bawak kami sampai ke tempat tinggal sementara kami di Dangar Place, Chippendale.

Sampai di Dangar Place, Allah uji kami sikit, orang yang pegang kunci rumah tak dapat dihubungi, call tak dapat. Macam habis bateri. Berkelahlah kami di depan pintu rumah apartment tu sampailah ada sorang mat salleh ni baru balik jalan-jalan dengan anak dia, dia tegur kitorang, bukak pintu lepas tu kami pun tumpang masuk sekali. Dah boleh masuk dalam pagar, tapi tak boleh masuk lagi. Dalam 40 minit lepas tu orang yang pegang kunci tu pun datanglah. Rupanya telefon dia habis bateri , tak sedar. Takpelah, Allah uji kami sikit je. Yang penting kami dah selamat sampai di Sydney dan dah ada tempat untuk menumpang sementara dapatkan rumah sewa.

Alhamdulillah.. hari ni, kami sampai di bumi Australia. Selepas 8 jam perjalanan dari KLIA, kami sampai di sydney jam…
Posted by Khairul Hilmi Sidek on Sunday, February 14, 2016

Minta maaf ye, post dalam facebook dalam bahasa Terengganu.

KLIA
Ini adalah cabin luggage kitorang

 

australia arrival card
arrival card

 

arrival card

 

entertainment
In flight entertainment. Headphone disediakan

 

MAS
Dinner dalam kapal terbang

 

dangar place
Tabah menghadapi ujian

Untuk cerita lain tentang kehidupan kami di Sydney sila klik pada kategori Sydney di atas.

Leave a Reply