Android Apps Development

Saya pulang ke tanah air pada 16 Januari 2018. Waktu saya masih di Australia pada akhir Disember, ex boss saya di Pfce contact saya. Beliau menawarkan pada saya jawatan project engineer di syarikat yang sedang beliau berkhidmat iaitu di Dominant Energy Sdn Bhd.

Saya bekerja di sana bermula Februari hingga Ogos 2018 dengan kontrak 6 bulan.

Tamat je kontrak saya mula memikirkan apa yang saya nak buat sementara dapat kerja lain. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menyambung kembali minat dan kemahiran saya dalam bidang programming dengan mengikuti kursus online Android Developer di Udacity.com.

Sebenarnya saya sudah mempunyai kemahiran dalam JAVA cuma saya nak kena faham dulu konsep programming untuk Android yang berkonsepkan object oriented.



Selepas 2 minggu belajar dan memahami konsep pembangunan perisian mobil Android, saya memulakan pembangunan Android Apps saya dengan aplikasi webview untuk radiosenyap.com.

Kemudian saya mendapat idea untuk membangunkan Android Mobile Apps yang boleh memberikan lokasi dobi layan diri yang berdekatan dengan lokasi semasa pengguna. Dalam perjalanan membangunkan Android Mobile Apps untuk mencari dobi layan diri ini yang diberi nama Dobi Di Mana ini, saya belajar mengenai Google Maps SDK dan Google Places API yang mana kita boleh menggunakan data daripada Google Maps untuk Android Mobile Apps.

Selepas lebih kurang sebulan pembangunan Android Mobile Apps Dobi di Mana ini akhirnya Dobi Di Mana dilancarkan di Google Play pada awal pagi 26 Oktober 2018. Saudara saudari boleh download Dobi di Mana di Google Play dengan search Dobi Di Mana atau klik je badge Google Play di sebelah kanan atau bawah yang akan terus membawa saudara saudari ke page Dobi di Mana tersebut.

Apps Dobi di Mana ini beroperasi menggunakan GPS dan Internet. Oleh itu sila pastikan fungsi GPS dan Internet di telefon anda sudah diaktifkan sebelum menggunakan aplikasi DobiDiMana ini.

Aplikasi DobiDiMana ini akan mengesan lokasi pengguna seterusnya memaparkan senarai dobi berdekatan selepas pengguna menekan icon cari atau menu search now.

Gambar
Muka utama.
Gambar
Senarai dobi berdekatan

Daripada senarai dobi berdekatan aplikasi DobiDiMana akan memaparkan maklumat berkenaan dobi yang dipilih pengguna termasuk gambar dan seterusnya aplikasi Dobi Di Mana akan memaparkan navigasi ke dobi yang dipilih setelah pengguna menekan butang GO.

Gambar
Maklumat dobi yang dipilih
Gambar
Navigasi

Aplikasi ini boleh dimuat turun di google play di link di bawah

Get it on Google Play

Leave a Reply