Cerita LPT 2 yang tak pernah anda dengar

lpt 2

Lebuhraya pantai timur fasa 2 (LPT 2) sepanjang 184km dari Jabor ke Kuala Terengganu adalah sambungan dari LPT fasa 1 dari Kuantan ke Karak (169km). Lebuhraya ini dibuka secara berperingkat sehingga siap dan dibuka sepenuhnya pada awal 2015.

Sejak awal pembinaan sehinggalah ke pembukaan sepenuhnya LPT fasa 2 ini banyak cerita-cerita yang berunsur mistik dan dikaitkan dengan alam ghaib kedengaran berlaku di sini. Menariknya, peristwa-peristiwa yang berlaku kebanyakannya terjadi di ‘area’ yang sama antaranya :

RNR ajil
– Antara susur Bukit Besi dan Susur Ajil
– RNR Perasing
– Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi

Aku sendiri sebagai seorang yang selalu berulang-alik antara Paka dan Kuala Terengganu sebenarnya amat jarang menggunakan lebuhraya ni sebab jarak lebuhraya dari Paka ke Kuala Terengganu sebenarnya lebih jauh berbanding jalan pantai sebab tempat tujuan aku di Kuala Terengganu agak jauh dari susur keluar untuk kawasan tu.
Kalau dari Kuala Lumpur atau ke Kuala Lumpur barulah berbaloi untuk gunakan LPT 2 ni sebab menjimatkan masa dari 6 jam ke 4 jam perjalanan. Alhamdulillah , setakat ni aku belum pernah mengalami apa-apa kejadian mistik atau misteri sepanjang menggunakan LPT 2.
Ramai sahabat-sahabat aku yang selalu menggunakan LPT 2 untuk urusan ke Kuala Lumpur atau pulang ke rumah keluarga atau berulang-alik ke Kuala Terengganu. Ada di antara mereka yang mengalami sendiri kejadian aneh, mistik dan misteri. Bacaan seterusnya agak menyeramkan terutamanya jika anda sedang memandu sendirian di LPT 2 di waktu malam gelap gelita.

Cerita satu

Lokasi : Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi
Tarikh kejadian : awal 2014
Waktu : 12.00 Tengah malam – 1.00 pagi
“Aku dari KL nak balik ke Kuala Terengganu, naik LPT , exit di Jabor lepas tu naik balik highway kat Paka. Lepas dalam 2 KM aku macam perasan ada sesuatu kat tepi kereta aku. Bila aku toleh ke kanan, nampaklah satu lembaga putih terbang kat tepi cermin kereta aku.
Aku pun bacalah ayat kursi, pasang CD Al-Quran dan elakkan dari panik, terus drive ke depan. Sampailah kat jambatan dekat-dekat exit Kuala Dungun makhluk tu hilang. Waktu tu anak dan isteri aku semua tidur, memang aku tak kejutkan diorang takut diorang histeria.”



Cerita dua 

Lokasi : Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi
Tarikh kejadian : Pertengahan 2014
Waktu : Antara 11.00 malam ke 12.00 tengah malam
“Aku dari GPP2 nak balik ke Kuala Terengganu, masa tu shutdown jadi memang terpaksa balik lewat. Aku naik highway kat exit Paka, mulanya takde apa-apa lepas tu aku terpandang kat cermin pandang belakang, ada makhluk macam kain putih terbang belakang kereta aku.
Aku pun tengok balik betul-betul, confirm memang ada yang mengikut. Aku tekan minyak, lagi laju dia kejar. Aku terus drive sampai kat jambatan dekat-dekat exit Kuala Dungun, makhluk tu terus hilang. Betullah orang tua-tua cakap, sungai ni sempadan makhluk nampak dan makhluk tak nampak”

Cerita tiga

Lokasi : RNR perasing
Tarikh ; Awal 2015
Waktu kejadian : 3.00 – 4.00 pagi
“Aku nak ke Temerloh dari Kuala Terengganu, sampai di RNR Perasing rasa nak kencing, aku pun singgahla kat Perasing tu. Time tu takde kereta lain pun kat situ. Cuaca masa tu, baik je. Takde ribut, takde angin kuat. Masa aku lalu kat tepi taman permainan, aku nampak ada satu buaian berayun-ayun tapi aku tak layan sebab rasa nak kencing tak tertahan.
Selesai qada hajat, aku lalu balik kat taman tu, buaian tu masih lagi berayun-ayun. Yang peliknya masa tu aku tak rase pun angin.” Sahabat ni seorang Hafiz Al-Quran jadi dia memang jenis kuat iman. Setakat usik-usik manja camni dia buat dek je.

Cerita empat

Lokasi : Antara susur bukit besi dan susur Ajil
Tarikh : Julai 2015
Waktu kejadian : 10.00 malam – 12.00 tengah malam
“Aku dengan kawan on the way balik ke Kuala Terengganu. Perjalanan kami lancar je tanpa sebarang gangguan. Sampai je dekat area Jerangau, tiba-tiba aku nampak macam ada lori treler melintang tengah jalan. Aku pun apa lagi, brek la.
Nasib baik takde apa-apa kat belakang. Elok je kereta kitorang slow down, lori tu tiba-tiba hilang. Aku pandang kawan aku kat sebelah, dia pandang aku. Aku pun cakap, syyhh nanti kita cerita. Pasang Al-Quran , teruskan perjalanan tanpa sepatah bicara”

Cerita lima

Lokasi : Antara susur bukit besi dan susur Ajil
Tarikh : Ogos 2015
Waktu kejadian : 1.00 pagi – 2.00 pagi
“Aku dengan budak aku on the way dari Paka nak ke workshop di Bukit Payong. Kami terpaksa balik sebab stok ducting dah habis. Sampai dekat area Jerangau aku potong satu kereta ni. Lepas tu tiba-tiba kereta tu ada balik depan kitorang.
Aku pun tekan minyak nak potong balik kereta tu, sampai je dekat kereta tu, kereta tu terus hilang. Yang budak aku ni, buat mulut celupar boleh pulak dia cakap kat aku, “bos, mana kereta tadi. Ahh sudah. Hantu tu. Kita dah kena ni. Hantu tu.” aku terus cakap kat dia , diamlah.
Lepas tu tiba-tiba je terbau busuk yang amat sangat. Budak tu boleh pulak cakap “Bau apa ni bos, bos kentut ke. Eh, ni macam bau bangkai. Ah sudah, dia main tumpang-tumpang pulak”. Aku pun terus pasang bacaan Al-Quran sambil menyumpah seranah budak tu. Tobat aku tak bawak lagi dia pergi Paka. Mulut takde insurans.”
Ada banyak lagi cerita-cerita lain yang dikatakan berlaku di LPT2 ni tapi tak dapat dipastikan kesahihannya sebab aku tak dengar dari orang yang mengalaminya sendiri. Lima cerita di atas diceritakan terus dari orang yang mengalami kejadian-kejadian tersebut.
Selain itu, jika diperhatikan, kebanyakan kemalangan maut yang berlaku di LPT 2 terjadi di kawasan yang lebih kurang sama. Mungkin sebab faktor keadaan jalan yang beralun dan mungkin juga sebab terdapat gangguan makhluk Allah yang kita tidak nampak.
Ingatlah, makhluk itu juga makhluk Allah dan sebaik-baik mereka adalah sejahat-jahat manusia. Sentiasalah berzikir dan mengingati Allah setiap masa. Insya Allah , kita akan sentiasa dalam perlindungan Allah dan malaikatNya walau di mana kita berada.

Satu nasihat, kalau bawak isteri dalam pantang atau ada anak-anak kecil, seboleh-bolehnya elakkan dari menggunakan LPT 2 di waktu maghrib atau tengah malam.

Rancang perjalanan anda supaya tidak terlalu lewat ketika sampai di LPT 2. Keluarlah ke jalan pantai bila waktu dah maghrib atau lewat malam sebab bila dah sampai ke LPT 2 tubuh dah semakin letih.

Ketika tubuh letih ni, semakin mudah makhluk-makhluk ni untuk mengganggu. Yang penting sentiasa berzikir mengingati Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W insya Allah jiwa kita akan sentiasa kuat dan berupaya melawan apa jua gangguan yang datang.

Bacaan tambahan : Syukurlah dengan rezeki yang diberi

Tempat-tempat menarik di Sydney, Australia.

Cerita lama : Pembedahan Tonsillectomy di hospital kerajaan

13 thoughts on “Cerita LPT 2 yang tak pernah anda dengar

  • Pingback: 10 persediaan awal menghadapi musim tengkujuh - Radio Senyap

  • August 30, 2016 at 1:27 am
    Permalink

    aku first time blk ke kg isteri gune lpt2 di bukit payong.. singah nk terkencing di rnr perasing kol 2pg.. tp kosong x de org.. npe ye x de org langsung di rnr tu?..

    Reply
  • August 30, 2016 at 1:27 am
    Permalink

    aku first time blk ke kg isteri gune lpt2 di bukit payong.. singah nk terkencing di rnr perasing kol 2pg.. tp kosong x de org.. npe ye x de org langsung di rnr tu?..

    Reply
  • August 7, 2016 at 2:15 am
    Permalink

    Baru alami kejadian hujan ribut dari perasing ke ajil…lepas azan, ribut reda dan hujan terus berhenti…

    Reply
    • August 7, 2016 at 3:53 am
      Permalink

      Alhamdulillah, semua selamat. Kalau ad kesulitan atau kesusahan, ribut, kebakaran, azanlah. Abang ipar saya ada pengalaman rumah teres hujung terbakar, merebak ke rumah2 lain, dia azan, api tu macam berhenti X pergi ke rumah dia

      Reply
  • December 24, 2015 at 2:07 am
    Permalink

    Masa lalu kat lpt2 ada dua kejadian pelik saya alaminya
    1.anak saudara saya yang kedua bye-bye kat luar
    2.masa berhenti kat hentian rehat macam ada benda putih lalu kat belakang kereta…
    nasihat saya
    1.jangan cakap besar
    2.banyakkan meminta pertolongan ALLAH supaya menjauhkan kita dari gangguan makhluk halus

    Reply
  • September 10, 2015 at 12:27 am
    Permalink

    Kisah yg menarik …hope kalau lalu sana tak terjumpa benda² ni…huhu

    Reply
  • September 7, 2015 at 1:47 am
    Permalink

    Banyak cerita yang dibawa oleh mulut ke mulut.. saya sendiri selalu juga tahun lepas berulang alik dari kb ke kuantan menggunakan lptdan exit di jabor..tahun nie 2 minggu lepas guna lpt 2 dari k.terengganu terus ke exit kuantan. Alhamdulillah isteri bawa kereta dengan baik dan sentiasa berigat2 dengan kisah mistik dan berdoa agak ALLAH tak buka pintu untuk melihat mahluk lain..syukur alhamdulillah

    Reply

Leave a Reply