10 persediaan awal menghadapi musim tengkujuh

Bulan September, lagi 2 bulan sebelum masuk musim tengkujuh bagi negeri-negeri di pantai timur semenanjung. Setiap tahun musim tengkujuh di negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu sudah tidak dapat dielakkan. Setiap kali tiba musim tengkujuh, masalah yang sama seringkali berulang-ulang tiap-tiap tahun. Antaranya :

  • Bekalan elektrik terputus
  • Bekalan air bersih terputus(pam terpaksa dimatikan untuk mengelakkan litar pintas)
  • Bekalan makanan lambat sampai ke pusat pemindahan
  • Bekalan asas seperti pakaian dan alas tidur tidak mencukupi
  • Bot penyelamat lambat sampai
  • Pusat pemindahan full house
Selepas bertahun-tahun menghadapi musim tengkujuh, dengan tahun 2013 dan 2014 menyaksikan banjir besar berlaku di Pahang dan Kelantan, masih tidak ada sebarang tindakan persediaan awal bagi menghadapi musim tengkujuh seterusnya.
 
Yang ada tinggal janji dan perancangan. Pusat pemindahan bersepadu? Pelannya pun tak nampak lagi. Sistem perparitan yang lemah? Tidak ada usaha untuk membaikinya. Setahun yang ada berlalu begitu sahaja.
 
Bila sampai masa banjir, berlumba-lumbalah agensi itu dan ini, tok wakil itu dan ini untuk menunjukkan muka berebut untuk jadi hero. Tidak dinafikan ada ramai yang ikhlas tetapi ada juga yang mengambil kesempatan.
 
Masalah-masalah yang disenaraikan di atas kalau tak boleh elak 100% pun dapat elak 70% pun dah cukup jika dan hanya jika persedian awal dibuat. Bila? September dan Oktober setiap tahun. Kalau tidak, kita akan melihat headline yang sama seperti headline tahun lepas dan tahun-tahun lepas.
 
Sebagai rakyat dan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir, actually semua penduduk pantai timur patut dan perlu untuk membuat persediaan awal bagi menghadapi musim tengkujuh. Di sini dicadangkan beberapa langkah-langkah awal bagi menghadapi musim tengkujuh:

1. Tukar wiper kereta

persediaan menghadapi musim tengkujuh
 
Jangka hayat bagi wiper kereta biasanya setahun bagi wiper getah biasa dan boleh pergi 2 tahun bagi wiper silikon. Ketika musim tengkujuh, taburan hujan yang turun adalah jauh lebih besar dari musim biasa, jadi kalau wiper dan start bunyi-bunyi atau kalau pakai wiper jadi tiba-tiba jadi rabun, tukarlah wiper kereta anda sebelum bermula musim tengkujuh. Masa tu, stok banyak habis, harga pun tak boleh tawar-menawar.

2. Beli lilin banyak-banyak

Jika air dah mula naik ke paras berbahaya, pihak TNB terpaksa potong bekalan elektrik untuk mengelakkan arus elektrik mengalir melalui air banjir. Sediakan lilin sebagai ganti kepada lampu selepas bekalan elektrik diputuskan. Pihak JKKK juga sila ambil perhatian dan simpan stok lilin dalam stor balai raya siap-siap.

3. Buat stok bekalan makanan

Ketika musim tengkujuh seperti yang berlaku tahun 2014, negeri Terengganu menjadi seakan-akan pulau dan terputus hubungan darat dari atas dan bawah. LPT banjir, Grik tanah runtuh.
 
Pekedai terpaksa menaikkan harga untuk mengimbangkan stok. Jadi sebelum berlaku apa-apa, sila sediakan bekalan makanan seperti beras, gula, minyak masak, makanan dalam tin dan makanan segera.
 
JKKK sila ambil perhatian juga. Jangan nak harapkan bekalan dari kerajaan persekutuan yang dihantar pakai lori JPAM atau BOMBA semata-mata. Masa tu masing-masing dah nak kebulur baru sampai bekalan.

4. Pastikan kenderaan boleh mengharungi air banjir

Yang ni juga untuk pekerja-pekerja yang berulang alik melalui jalan berisiko banjir. Adakalanya air cuma naik sekejap ketika air pasang, waktu tu ada dua pilihan, maju atau tunggu. Untuk mengelakkan masa terbuang begiu sahaja, pastikan kereta anda tip-top dan boleh mengarungi air tanpa sebarang masalah.

5. Kenalpasti jalan alternatif

persediaan menghadapi musim tengkujuh
 
Untuk menyelamatkan diri dan keluarga serta keluar dari kawasan banjir, sila kenalpasti jalan-jalan alternatif yang boleh dilalui sekiranya jalan biasa dinaiki air.

6. Sediakan stok bekalan air bersih

Bekalan air juga menjadi masalah ketika banjir sekiranya air naik ke paras pam di loji air, pam tersebut terpaksa dimatikan untuk mengelakkan kerosakan pada pam dan juga mengelakkan arus elektrik dari pam mengalir melalui air banjir.
 
Air banjir adalah air yang tidak selamat untuk diminum. Harga sebotol air mineral pernah mencecah RM10.00 sebotol 500ml ketika bekalan terputus. Sila sediakan stok air minuman sebelum bekalan air terputus. Boleh juga menakung air dalam tangki dan kemudian ditapis menggunakan penapis air yang tidak menggunakan kuasa elektrik. JKKK, ambil perhatian.

7. Komunikasi

Apabila banjir sudah mencapai tahap berbahaya dan membahayakan pemancar line telefon, pemancar tersebut terpaksa dimatikan. Ketika itu IPhone 7 pun dah tak berguna.
 
Beli walkie-talkie yang tak perlu lesen yang harga murah-murah untuk memudahkan komunikasi ketika banjir. Jika line telefon masih selamat, masalah bateri pula timbul jika bekalan elektrik sudah terputus.
 
Sediakan telefon biasa yang baterinya tahan 2 hari sekali caj dan sediakan power bank dengan kapasiti penuh. Tak perlu update gambar di FB atau twitter. Cukup sekadar boleh call dan sms.

8. Khemah atau paling kurang sleeping bag

persediaan menghadapi musim tengkujuh
Di pusat pemindahan, kemudahan yang disediakan amatlah basic dan kadang-kadang menyebabkan terbukanya aurat tanpa sedar. Khemah sekarang ada yang bawah RM100.00. Belilah dan sediakan untuk menjaga aurat di pusat pemindahan. Jika masih bujang, bawalah sleeping bag sendiri untuk alas tidur.

9. Pakaian 

Menurut cerita dari orang yang terlibat dengan banjir, air naik terlalu laju dan mereka memang tak sempat untuk mencari dokumen penting dan pakaian sebelum ke pusat pemindahan.
 
Jadi, pack siap-siap pakaian cukup untuk seminggu atau 2 minggu. Sampai masa ambil je packing tu, tak perlu nak cari atau kemas-kemas lagi. Simpan dokumen penting dalam bekas kalis air, kalau boleh simpan dulu di tempat lain yang lebih selamat dan tidak berisiko banjir.

10. Life Jacket

Tahun 2014 menyaksikan kejadian di mana bot penyelamat terbalik, mangsa terjatuh dan menyebabkan ada yang terkorban. Dilaporkan penyelamat menyediakan life jacket tapi hakikatnya seperti diceritakan oleh orang yang pernah naik bot penyelamat, life jacket sama ada tidak cukup atau tidak ada langsung.
 
Jadi rasanya untuk langkah keselamatan, sediakan life jacket sendiri untuk diri dan keluarga. Tak perlulah mengharapkan life jacket  disediakan dalam bot. Ingat, bot penyelamat bukan macam bot river cruise.

Bagaimanapun, marilah kita semua berdoa supaya musim tengkujuh tahun ni dan tahun-tahun seterunsya tidak sampai menyebabkan banjir besar di mana-mana negeri. Berkat doa ramai-ramai mudah-mudahan kita hanya perlu melalui hujan lebat sahaja. Bukan hujan lebat dan banjir. Amin



Leave a Reply