Begini caranya handle panggilan dari telemarketer

 
gambar langit
Gambar takde kaitan. Gambar sunrise di Paka. Edit dengan Google Photos. 

Apa perasaan korang kalau ada telemarketer tiba-tiba telefon nak bagi duit segera RM5000.00. Mesti teruja kan. Tambah pulak dengan kenaikan harga tol, tiket train, minyak dan macam-macam naik lagi.

Bila ada je orang nak bagi duit free memang gembiralah kan. Ingat, dalam dunia sekarang ni, nak kencing pun kena bayar 20 sen. Takkanlah mudah-mudah je orang nak bagi duit ribu-ribu kat kita.

Semalam ada orang call, nombor KL. 03-23800888. Katanya dari Maybank, ayat standard “Saya Mohd Lokman dari Maybank, sebagai pelanggan bertuah kad kredit Maybank, anda telah tepilih untuk menerima RM5000 cash ape ntah”.

Telemarketer tak boleh jawab soalan

Bila ditanya ni hutang ke apa, tak dijawabnya pulak. Lepas tu saya cakap saya ada kerja. Dia nak cakap lagi, saya terus tanya awak ni dari Maybank mana, branch mana, HQ ke?



Dah teragak-agak nak jawab, “Saya takde branch, kitorang dari Sales department” saya tanya lagi dengan gaya macam polis soal siasat suspek,”Awak dari Maybank mana, HQ ke, office kat mana?”

Dia jawab kat menara Etiqa. Lepas tu saya cakap, sekarang ni bank dah tutup, saya tak boleh nak sahkan awak ni betul ke tidak dari Maybank, esok kalau saya nak saya call balik. Dia call 5 minit sebelum jam 7.00 malam.

Panggilan Seterusnya

Sehari sebelumnya, ada orang dari My Premium call, nak sahkan nama dan alamat saya. Saya ingatkan orang nak hantar barang, rupanya insurans. pakej my premium 100 000 personal accident.

Tiba-tiba je telefon nak sahkan alamat, nak hantar pakej insurans ni. Saya cakap buat apa nak hantar, saya takde join pun insurans ni. “Oh, kalau encik tak berminat, takpelah” takpelah, memang saya tak minat pun.

Itu dua contoh dari berpuluh-puluh panggilan telefon dari telemarketer yang saya pernah dapat. Yang paling banyak dapat, dari insurans. Gunakan ayat pelanggan bertuah Celcom lah, pelanggan bertuah Maybank lah, bonuslink lah.

Pernah sekali yang gunakan nama bonuslink cakap nak hantar kad baru sekali dengan insurans. Saya cakap nak hantar kad baru hantarlah, tapi insurans saya tak nak. Saya tak setuju untuk buat apa-apa bayaran.

Hormatilah Kerja Masing-Masing

Saya hormat kerja telemarketer ni, yelah diorang pun cari rezeki kan. Diorang pun ikut arahan tapi kalau boleh cakaplah terang-terang nak market pasal apa.

Tak payahlah buat ayat pelanggan bertuah ke apa ke. Yang macam cash dari Maybank tu, kalau berkait dengan kad kredit confirm lah hutang. Bagitau je terang-terang saya nak tambah hutang encik ni. Kan senang.

Sebagai pengguna, berhati-hatilah dengan panggilan dari telemarketer ni, jangan dedahkan apa-apa maklumat peribadi pada diorang. Kalau diorang cakap dari bank, beritahu saja saya akan ke cawangan bank terdekat untuk dapatkan maklumat lanjut.

Kalau respon diorang bank tu tak tahu maksudnya nak kelentong lah tu. Logiknnya bekerjasama dengan bank takkanlah bank tak tahu. Betul tak?

Berhati-hati dengan perkataan Ya

Jangan sekali-kali sebut perkataan saya setuju atau saya terima. Perkataan keramat nilah yang bakal buatkan anda menanggung hutang secara tak sedar.

Sentiasa ambil perhatian dengan transaksi kad kredit anda, kadang-kadang bank akan telefon kalau ada transaksi meragukan. Mereka memang sibuk, jadi diorang takkan ambil masa lama untuk terangkan pasal transaksi tu.

Encik ada buat transaksi di facebook berjumlah sekian-sekian pada sekian masa malam tadi?” Kalau tak , jawab je tak. Jangan sebut langsung perkataan “Ya” walaupun anda nak cakap “ya saya, rasanya tidak ada“. Dengar je perkataan ya, diorang akan terus letak telefon.

Phone Scammer dan Samseng

Kebanyakan kes penipuan menggunakan telefon ni saya percaya didalangi sindiket dan kumpulan samseng. Kenapa? Sebab seorang ayah sahabat saya pernah mendapat panggilan telefon menawarkan hadiah beribu-ribu.

Kebetulan waktu telefon tu, sahabat saya ada bersama ayah beliau jadi beliau sempat mematahkan rancangan jahat perompak tersebut. Sahabat saya bagitau kat orang yang telefon tu,”Saya tahu kamu menipu, ini nombor orang tua tak baik menipu orang tua.Nanti saya lapor kat polis

Dengan beraninya dia jawab “Saya tembak kamu depan balai polis“. Nampak tak betapa berani dan tidak hormatnya mereka pada Polis Diraja Malaysia. Boleh pulak ugut nak tembak, depan balai polis pulak. Diorang anggap polis macam tunggul kayu, tak berani buat apa-apa kat diorang.

Dari mana telemarketer dapat maklumat kita

Yang saya pelik, hairan, musykil dan was-was macam mana diorang boleh dapat nombor telefon dan nama penuh saya? Yang e-mail jangan cakaplah. Beribu-ribu spam e-mail suruh tukar password online banking.

Yang kelakarnya dari bank yang saya tak pernah ada akaun pun ada. Email address boleh spoof tapi header takkan menipu. Sentiasa show header, dapatlah tahu dari mana e-mail tu sebenarnya datang.

Di bawah ni saya ada kongsikan video macam mana nak kenalpasti email dari scammer. Boleh tonton dan share kat kawan-kawan.

Yang ni, ramai juga yang terkena. Rulenya senang je. Jangan klik apa-apa link dalam e-mail. Kalau nak online banking, sentiasa taip alamat url penuh di address bar. Jangan pakai shortcut atau atau percaya bulat-bulat dengan autocomplete.

Saya ni memang jenis paranoid sikit. Kat mobile pun saya pakai browser untuk online banking. Saya tak pakai apps. Sebab saya tahu apps lagi senang untuk bocor berbanding browser yang dah establish.

Soalannya, dari mana mereka dapat maklumat kita? Adakah ada orang dalam yang jual maklumat kita secara pukal atau mereka sendiri cari duit dengan berniaga maklumat peribadi kita?

Telemarketer selepas PDPA

Selepas akta PDPA dikuatkuasakan, panggilan-panggilan begini nampak macam berkurang sikit tapi masih ada lagi. Ini menambahkan lagi keraguan, sebelum PDPA adakah diorang ni memang meperniagakan maklumat pelanggan?

Selepas PDPA, bolehkah saya saman Celcom atau Maybank kalau ada telemarketer telefon cakap saya pelanggan Celcom bertuah atau cakap maklumat dari Maybank bahawa saya pemegang kad kredit Maybank?

Nampaknya kena install call recorder lepas ni. Dapat je call dari nombor pelik terus record, boleh buat bukti kat mahkamah. Manalah tau boleh menang RM2.6Juta kan?

Update :

03-20594888 – ‘wakil’ dari celcom, insurans prudential
03-27261799 – Bank Islam, kad kredit

Baca : 7 Perangai bos yang paling dibenci anak buah
Baca : Bercadang ke Langkawi cuti sekolah nanti? Tempah hotel sekarang dengan harga istimewa di sini
Baca : 7 Tips untuk berjaya dalam temuduga kerja swasta

4 thoughts on “Begini caranya handle panggilan dari telemarketer

  • November 15, 2016 at 4:21 am
    Permalink

    Pelik juga mne diorg dpt senang2 jew database contact. ke ade org dlm bank yg jual? bukan na tuduh, tp selalu dpt call dr telemarketing bank dot dot.. sume na promote insurance jep.

    Reply
  • February 23, 2016 at 11:03 pm
    Permalink

    Databank la maklumat tu diorg dapat asal ada yg menopap henpon kt kedai tanpa kad gores dah tentu diorg dpt astro pon sama.

    Reply
    • February 23, 2016 at 11:06 pm
      Permalink

      Yela tu kot. Tapi saye pakai postpaid..Ade la tu staf yg Xde etika jual database

      Reply

Leave a Reply