Prestasi Radio Senyap selepas sebulan beroperasi

overview

Hari ini, genaplah sebulan usia blog Radio Senyap sejak mula dibangunkan pada 17 Ogos 2015. Dari awal penubuhan blog ini, banyak perubahan yang dilakukan dari segi template, isi, rekaletak dan kontennya.

Prestasi sebulan

Radio Senyap setakat hari ini telah menerima 3198 pageview dengan source terbanyak datang dari facebook mobile diikuti babab.net, facebook desktop, google.com dan google plus. Post paling banyak mendapat pageview adalah post mengenai sharing 4G Broadband USB Dongle diikuti dengan post download video Youtube menggunakan peranti Android dan Cerita Misteri LPT 2 yng dialami oleh beberapa kawan saya. Post paling kurang mendapat sambutan ialah post mengenai teknik asas touch up blog, pengenalan pada domain name, asas membina bloghost website menggunakan google drive dan Facebook Authorship untuk platform blogger.com.

post
audience

Perjalanan awal blog

Pada permulaan perjalanan blog ini, saya bergerak sendiri tanpa mengambil panduan dari bloggerblogger terkenal tanah air seperti Hasrul Hassan  dan Ben Ashaari kerana saya tidak pernah tahu akan kewujudan mereka. Saya lebih banyak bergantung pada pembacaan mengenai blogging dalam Bahasa Inggeris. Sebenarnya, sebelum ini saya mempunyai sebuah blog berbahasa Inggeris iaitu blog yang bertajuk Read This Got This. Saya terfikir untuk membuat blog dalam bahasa Melayu setelah mendapati sambutan dari pembaca tempatan yang terlalu sedikit untuk blog dalam bahasa Inggeris. Pada masa inilah saya mula kenal Hasrul Hassan dan Ben Ashaari. Teknik penulisan yang saya gunakan dalam post-post saya lebih kepada teknik story marketing ilham dari Al-Irfan Jani.

Berguru dalam senyap

Radio Senyap - Senyap bukan bererti diam
Sesuai dengan nama dan tema blog ini, Radio Senyap – Senyap bukan bererti diam, saya mula berguru dengan tuan Hasrul Hassan dalam diam. Beliau mungkin tidak mengenali saya tetapi saya tetap menganggap beliau sebagai guru saya. Saya mula mengubah teknik dan lenggok bahasa dari gaya bahasa kampung dan kasar kepada gaya bahasa santai dan lembut setelah membaca penulisan tuan Hasrul. Saya juga mula menukar kata ganti diri dari ‘aku‘ kepada ‘saya‘ ilham dari Hasrul Hasan dan Al-Irfan Jani. 

Cara mendapatkan trafik

source

Blog ini masih mentah, saya juga masih mentah dalam dunia blogging. Jika dilihat pada source yang dipaparkan dalam stat blog ini, tuan-tuan dan puan-puan mesti dah dapat agak apa medium yang saya banyak pakai untuk mendapatkan trafik kan? Tak lain dan tak bukan, dari Facebook. Setiap post yang disiapkan akan diwar-warkan di page RadioSenyap dan dan di share ke wall personal saya dan ke group-group FB yang berjumlah 15 group semuanya. Letih nak share, saya mula mencari kaedah untuk share post ke semua group dan saya kongsikan di blog ini di sini. Kemudian saya mula meneroka dan menggunakan google+ dan aktif daam komuniti google+. Hasilnya tidaklah serancak Facebook tapi orang tua cakap better than nothing la.
Hasil dari pembacaan dan pengamatan dari blogblog otai, saya mula merapatkan diri dengan blogger-blogger lain dalam group FB dan sering melawat blog-blog lain yang dijumpai dalam FB dan google+ serta meninggalkan komen dan jejak. Untuk melariskan pengunjung ke blog Radio Senyap, sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini dan meninggalkan komen, saya akan masukkan link mereka dalam blog list Radio Senyap. Walaupun tak ramai yang meninggalkan jejak, saya tetap berusaha untuk mencari address blog mereka demi mengotakan janji yang diberi. Saya juga berusaha sedaya-upaya untuk membalas setiap komen yang ditinggalkan serta berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dialami pelawat dalam mengaplikasikan tutorial yang ada dalam blog Radio Senyap.
Seperti biasa, untuk menambah jumlah follower, terlebih dahulu saya akan add sesiapa sahaja yang berkunjung ke blog ini dan meninggalkan komen. Tetapi saya tidak pernah sesekali memaksa mereka untuk memasukkan link Radio Senyap dalam blog list mereka. Kenapa? Ada sebabnya tapi biarlah rahsia.

Perancangan 

Buat masa sekarang, saya menumpukan untuk meningkatkan lagi score SEO dari 89% ke 90% hingga 100%. Tanpa promosi link di media sosial, Radio Senyap sekarang hanya mampu mendapatkan maksimum 50 pageview dari link-link di komen blogblog lain dan dari google search. Target saya untuk sebulan yang seterusnya adalah untuk mendapatkan trafik stabil 3 angka setiap hari. 
Jika diperhatikan, iklan yang ada dalam blog ini hanyalah Nuffnang dan Lazada. Saya sebenarnya mensasarkan untuk mengiklan dengan adsense tapi syarat utama untuk mendaftarkan blog dengan adsense adalah umur blog tersebut mestilah lebih dari 6 bulan. Saya pernah berdaftar dengan revenue hits dan bidvertiser tetapi kemudian terpaksa membuang balik banner diorang setelah mendapati iklan yang dikeluarkan menyakitkan hati pengguna. Pop Up, Pop under, bukak tab baru, yang mobile pula tetiba suruh install app. Saya amat sakit hati dengan iklan-iklan jenis begini jadi saya terus buang iklan diorang dari Radio Senyap. Saya nak orang baca blog ni, bukan klik iklan je.

Kesimpulan

Selepas sebulan berblog dalam bahasa Melayu dengan market Malaysia, saya mendapati :
  1. Post yang mempunyai tajuk sensasi umpama goreng pisang panas
  2. Cerita hantu masih boleh menarik ramai pembaca
  3. Post tutorial berbentuk teknikal susah mendapat tempat untuk jangka masa pendek tetapi jangka hayatnya lebih panjang dari post jenis lain
  4. Untuk menjadikan sesuatu tajuk itu sensasi, perlu melanggar sedikit etika seperti penggunaan gambar tanpa kebenaran. Setakat ini saya masih menjaga etika.
  5. Teknik bercerita dan mendapatkan trafik blog Bahasa Melayu dalam market Malaysia amat berbeza dengan teknik bercerita dan mendapatkan trafik blog Bahasa Inggeris dalam market antarabangsa

Harapan

Jika ada di kalangan abang dan kakak blogger otai yang membaca post ni, sila tinggalkan sedikit komen dan cadangan untuk menaikkan lagi score SEO Radio Senyap dan apakah perubahan lain yang perlu dibuat bagi menarik lebih ramai pengunjugn ke blog ini. Rakan-rakan blogger lain juga dialu-alukan untuk memberi pendapat. Kalau ada blogger baru yang nak berpakat dengan saya, buat komuniti baru pun dialu-alukan. Mungkin kita boleh tiru model Kelab Blogger Ben Ashaari dan maju bersama-sama. Sesungguhnya kemanisan yang dirasai selepas melalui kepahitan adalah lebih manis dari kemanisan segera tanpa kepahitan. Terima kasih kerana sudi menjadi pembaca blog ini.

4 thoughts on “Prestasi Radio Senyap selepas sebulan beroperasi

  • September 18, 2016 at 12:55 pm
    Permalink

    Are you looking to make cash from your traffic by using popunder advertisments?
    If so, have you considered using PopCash?

    Reply
  • September 18, 2015 at 5:23 pm
    Permalink

    Seronok baca artikel yang menghuraikan data trafik 🙂 Dan saya setuju, kebanyakannya kalau kita letak Title yang berunsur kontroversi, cepat je orang klik 😉

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: