7 tips untuk berjaya dalam temuduga kerja swasta

pfce
Gambar Hiasan
 

Saya nak share sikit tips untuk temuduga kerja swasta. Hari ni saya dipanggil untuk menjadi panel penemuduga untuk jawatan project engineer di tempat saya bekerja (swasta).

Jawatan project engineer kat sini bukan macam dengan client atau main contractor projek mega. Project engineer di bahagian saya bekerja lebih pada kerja-kerja yang berkaitan daily maintenance dan minor project.

Jadi kami memerlukan seorang yang mempunyai keyakinan tinggi, bertenaga, boleh ikut arahan, boleh kerja independent, boleh berkomunikasi dengan baik, cepat belajar dan yang paling penting sanggup bekerja 24 jam sehari.

Daripada pengalaman saya menemuduga calon-calon yang datang tadi dan juga pengalaman saya ditemuduga, saya dapat simpulkan 7 tips untuk menghadapi temuduga kerja swasta.



Kepada adik-adik yang akan menghadapi temuduga untuk kerja swasta, bolehlah ambil 7 tips temuduga kerja swasta yang saya senaraikan ini sebagai panduan.

1. Tips Temuduga Swasta : Persediaan mental

Bangun awal pagi, sebelum habis waktu subuh dan jangan tidur selepas subuh. Bangun dalam waktu Subuh ketika udara masih segar menyalurkan lebih banyak oksigen ke otak dan menjadikan mental semakin cerdas dan lebih responsif.

Muka juga akan kelihatan lebih segar berbanding jika bangun selepas habis waktu Subuh atau tidur semula selepas Subuh. Pastikan tidur awal malam sebelum temuduga, tidur yang tidak cukup menjadikan mental kurang responsif dan muka pun nampak tak bermaya.

2. Tips Temuduga Swasta : Persediaan fizikal

Bawalah sekurang-kurangnya satu salinan resume yang terbaru dan bersedia dengan pen untuk mengisi borang yang diberikan sebelum temuduga.

Isi borang selengkapnya, jangan tinggalkan sebarang ruang kosong. Jika tidak berkaitan, tulis tidak berkaitan atau sekadar. Meninggalkan ruang kosong memberikan pandangan anda seorang yang tidak teliti, sambil lewa dan sukar mengikut arahan.

3. Tips Temuduga Swasta : Tingkah laku

Masuk dalam bilik temuduga dengan tenang, jangan bukak pintu macam nak cari gaduh. Jika dipanggil masuk, ketuk pintu dan bagi salam jika Muslim atau ucapkan selamat pagi/tengah hari.

Hulurkan tangan untuk bersalaman dengan panel temuduga bagi yang sama jantina, anggukkan kepala pada yang berlainan jantina. Tarik kerusi dengan berhati-hati dan duduk dengan sopan.

4. Tips Temduga Swasta : Buat kerja rumah

gate valve
Gambar Hiasan

Pengalaman saya sebagai panel temuduga, ramai calon yang kurang bersedia dan tidak ada gambaran jelas mengenai jawatan yang diminta. Buat sedikit ulangkaji dan minta pendapat dari orang yang lebih berpengalaman mengenai jawatan yang dipohon.

Ramai yang mohon jawatan project engineer tapi dalam kepala terbayang kerja kerani, kerja bos, kerja jaga orang. Tugas project engineer adalah untuk plan, manage dan control projek. Bukan jaga orang sahaja atau jaga schedule sahaja.

5. Tips Temuduga Swasta : Jawab dengan jujur

Dalam temuduga, jangan sesekali buat-buat pandai. Kalau tak tahu, tak pernah buat, tak pernah tengok beritahu saja pada panel temuduga. Ingat, semakin banyak anda menipu, semakin banyak kelemahan anda terdedah.

Kalau saya temuduga orang, saya akan tanya dulu calon dia biasa atau tidak dengan sesuatu perkara, kalau jawapannya tahu atau biasa, saya akan tanya dengan lebih detail sampai sampailah calon tu berjaya yakinkan saya dia memang tahu dan arif pasal perkara tu.

Kalau jawapannya tidak tahu atau tidak biasa saya akan beralih ke perkara lain. Saya tidak akan malukan calon dengan bertanya perkara yang beliau tidak tahu

6. Tips Temuduga Swasta : Cara bercakap

Bercakap dengan yakin, tenangkan fikiran sebelum masuk ke bilik temuduga. Jangan cakap terketar-ketar dan gugup. Dalam temuduga, yang buat keputusan adalah manager dan HR, manager dan HR kebiasaannya kurang pengetahuan teknikal.

Mereka menilai dari segi cara bercakap dan keyakinan. Kalau kurang pengetahuan teknikal tapi punya keyakinan tinggi, biasanya calon ini mempunyai kelebihan berbanding orang yang lebih pengetahuan teknikal atau pengalaman tetapi tidak berkeyakinan.

Kalau tiba-tiba blurr atau tak tahu nak jawab apa, ulang balik soalan yang ditanya, dapatkan sedikit masa kecemasan untuk berfikir. Nada suara jangan terlalu kuat dan jangan terlalu perlahan.

Nada suara yang terlalu kuat menunjukkan anda seorang yang suka melawan dan tidak boleh menerima pendapat orang lain. Nada suara yang terlalu perlahan menunjukkan anda seorang yang pasif dan tidak bertenaga.

7. Tips Temuduga Swasta : Pakaian

Pilih pakaian untuk sesi temuduga swasta yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Jika memohon jawatan yang banyak terlibat denga kerja site, tak perlu pakai kemeja, tali leher rapat ke dagu.

Memadai pakai baju t-shirt berkolar, seluar slack dan berkasut. Kalau pakai kemeja, lipat lengan baju. Tunjukkan anda seorang yang kasual tapi kemas. Kalau temuduga untuk jawatan untuk kerja pejabat, pakailah kemeja dan tali leher, kasut hitam berkilat.

wokshop
Gambar Hiasan

Kepada adik-adik yang nak masuk temuduga kerja swasta, jangan buat muka terkejut jika panel mengemukakan soalan yang langsung tidak ada kaitan dengan jawatan yang dipohon waktu temuduga.

Contohnya, jika ditanya pasal hobi anda, jawab dengan jujur sebab mungkin beliau mencari orang-orang yang punyai kelebihan dari segi sukan atau mungkin juga beliau mencari orang yang boleh menjadi peneman beliau memancing atau mungkin juga beliau mahukan orang dengan hobi yang unik.

Jika ditanya berkenaan rukun Islam atau rukun Iman juga sila jawab dengan betul sebab mungkin beliau mencari orang yang amanah, yang boleh jaga harta syarikat, yang takut nak mengular.

Jangan buat muka terkejut atau pertikaikan soalan yang ditanya. Mungkin juga ia proses penilaian untuk ketahanan anda melawan tekanan.

Kepada adik-adik, abang-abang, kakak-kakak ambillah 7 tips temuduga kerja swasta ni sebagai panduan jika dirasakan bermanfaat ye. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya semasa ditemuduga dan juga semasa menemuduga waktu sesi temuduga kerja swasta.

6 thoughts on “7 tips untuk berjaya dalam temuduga kerja swasta

Leave a Reply