24/2 First day kelas sehari suntuk

Hari ni adalah hari pertama wife saya ada kelas sehari suntuk. Dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang. Tempat kami tinggal di Chippendale ni dekat je dengan UTS. Jalan kaki dalam 5-10 minit je. Hari ni juga merupakan hari pertama wife saya bersolat dan makan (bekal) di UTS.

Oleh kerana dia tak tahu sama ada cafe benarkan bawak makanan luar atau tidak, wife saya bawak bekalan roti sandwich telur je. Tinggal di negara omputih, kenalah blend in dengan culture diorang kan. Kena biasa-biasakan makan sandwich.

Kat UTS ada disediakan surau untuk lelaki dan surau untuk perempuan. Hasil inisiatif persatuan pelajar Islam terdahulu. Menurut ceritanya, surau ni baru sahaja dibuka 2 atau 3 tahun lepas. Sebelum tu diorang solat bawah-bawah tangga je Semalam kami dapat maklumat surau kat University of Sydney dipecah masuk kali kedua. Kat mane-mana pun manusia bodoh tak bertamadun wujud je kan. Di UTS kalau tak silap pernah ada kes surau UTS diceroboh tahun lepas, tapi takdelah serius sangat. Pihak universiti pun terus ambil tindakan segera. Course wife saya ambik ni katanya ramai yang Muslim, ada yang asal dari Iraq, Afghanistan, Palestin pun ada. Tapi kebanyakannya datang sini waktu diorang kecik lagi. Jadi dah macam orang sini diorang ni. Kebanyakan yang ambik course orthoptics kat sini bukannya asal dari optometrist, ada yang dari jurusan art, ada dari jurusan business, asal dari cikgu pun ada. Kat sini master ni macam degree je kot, boleh je nak ambik master bidang apa pun walaupun degree kita bukan dari bidang yang sama. Master Farmasi pun boleh buat kat sini. Tak kesah degree apa, boleh je ambik Master Farmasi kat sini. Ni yang buat saya terfikir nak cari scholarshp lepas tu ambik Master jugak lepas wife habis belajar, ambik master mech. engineering ke. Dah habis 2 tahun, sambung 2 tahun lagi. Lepas tu apply untuk PR. Semoga Allah tunjukkan yang terbaik untuk kami.

Waktu solat tadi wife saya cakap ada yang lapik tisu kat tempat sujud, lapik kayulah. Syiah kot. WaAllahua’lam. Islam kat sini pun ada macam-macam group. Sunni, Syiah, Salafi, Wahabi.



Esok wife takde kelas, cuma ada sessi beli uniform untuk clinical placement je jam 1.00-2.00 petang. Lepas tu kami akan terus ke Maroubra, pejabat Raine & Horne ejen rumah sewa kami untuk sign lease agreement dan ambik kunci. Doakan kami semoga semuanya selamat dan takde masalah. Terima kasih

surau UTS
Tandas dan tempat wudhu

 

surau UTS
Tempat wudhu

 

surau UTS
Ruang solat

Untuk cerita lain tentang kehidupan kami di Sydney sila klik pada kategori Sydney di atas.

Leave a Reply