Menjelang summer

Sekarang dah menghampiri end November, dah nak sampai penghujung musim bunga, nak masuk musim panas.  Memang terasa panasnya kat sini. Kipas yang dah berhabuk simpan dalam almari dah mula kena bawak keluar.

lionel bowen park
Langit takde awan

Sekarang waktu siang dah cecah 37 darjah celcius dengan langit takde awan langsung. Memang direct sunlight. Kalau basuh baju, 2 jam dah boleh angkat, lipat simpan dalam almari. Tapi yang bestnya kat sini, walaupun panas macam ni, kalau kita duk kat bawah pokok atau tempat teduh, nyaman je. Kalau ada angin lagilah, nyaman je. Angin kat sini angin kering, bukan angin yang datang sekali dengan wap air panas. Jadi panasnya macam bukan panas kat Malaysia. Panas kat Malaysia dah macam duk dalam sauna kalau duk dalam rumah waktu tengah hari. Teringat pulak zaman duduk rumah bujang kat Pinang Merah, rumah kayu, atap zink takde siling. Fuhh, bayangkan tahap kepanasannya waktu tengah hari panas terik, Dah macam dalam sauna.

Walaupun siang panas kat sini, waktu malam kadang-kadang suhu boleh jatuh ke 17 darjah celcius. Kalau tak biasa memang boleh demam. Waktu saya sampai sini bulan 2 hari tu memang demamlah, sebab siang panas, malam pulak sejuk.

Air paip kat rumah ni pulak walaupun suhu 40 darjah celcius waktu summer, kalau bukak paip air sejuk, airnya tetap sejuk macam ais. Mungkin sebab tangki diorang buat bawah tanah. Mungkinlah sebab saya tengok ada construction depan ni, diorang letak tangki air bawah tanah tapi takde pulak dengar bunyi pam. Hairan jugak, ataupun memang supply pipe diorang pressure tinggi, semua direct dari supply pipe. Walaupun summer, paip air panas tetap kena bukak sikit kalau tidak tiap-tiap kali mandi dah macam ice bucket challenge.

Waktu summer ni paling sesuai kalau nak datang melancong ke sini, nanti dah nak cuti sekolah bulan 12, datanglah melancong sini. Siang pun dah jadi panjang, cuaca pun selalu panas je, jarang sangat hujan. Kalau datang bolehlah keluar berjalan tiap-tiap hari. Subuh sekarang jam 4 pagi. Jam 5.40 dah habis Subuh, matahari dah keluar waktu ni. Jam 6 pagi dah ada kedai yang bukak, Public transport pun dah start berjalan jam 5 pagi lagi. Maghrib jam 7.40 lebih , Isyak jam 9 malam.

Kalau nak datang sini bolehlah download InfoPack yang saya ada buat, ada sikit maklumat pasal Sydney dalam tu. Free version boleh download free, versi berbayar RM5.00 je. Klik banner kat tepi ni atau klik sini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: