Tips dan petua berkawan dengan kawan warga asing dari seluruh dunia

Hari ni mari kita cerita pasal penpal online. Budak-budak zaman 80an pasti terkenang memori lama bila sebut penpal. Zaman kami sekolah dulu ada satu majalah yang buat program penpal seluruh dunia. Ada yang dapat penpal dari Jepun, Amerika, Australia dan macam-macam lagi.

Zaman sekarang perkataan penpal makin lama lenyap dan hampir tidak disebut lagi. Namun begitu, terdapat beberapa website dan mobile apps yang nampaknya mengembalikan tradisi ini.

Penpal Online

Meskipun penpal online hanya boleh berbicara melalui alam maya, namun secara mentalnya, kita boleh merasakan satu ikatan sebagai kawan. Perasaan itu yang membolehkan kita untuk berkawan dengan sesiapa sahaja walaupun tidak berhadapan dengan kita.

Aplikasi-aplikasi mencari penpal online

Antara website dan apps yang sudah terbukti keberkesanannya dalam hal penpal online adalah Interpals.net (Aplikasi Web) dan Slowly (Mobile Apps)



Interpals.net

interpals

Pertama sekali, pengguna perlu mengisi maklumat diri termasuk satu ruangan untuk memperkenalkan diri.Ada bahagian gambar untuk dikongsikan dan bahagian lagu, buku dan filem kegemaran untuk diisi.

Pengguna juga boleh mengubah tetapan untuk menerima kawan dari negara tertentu dan boleh membuat permintaan untuk exchange belajar bahasa tertentu.

Pilih negara di bahagian carian untuk memulakan pencarian kawan online

Cara untuk memulakan perkenalan adalah dengan memilih nama negara atau continents di bahagian carian. Selepas itu, semua pengguna dengan pengenalan diri ringkas akan dipaparkan dan boleh tekan profil lengkap dahulu atau terus menghantar mesej.

Mesej hanya boleh dihantar sekiranya pengguna tersebut tidak menutup tetapan untuk menerima mesej dari negara kita.

Semudah itu sahaja, kita telah mendapat kawan online dari seluruh negara. Untuk melihat sejauh mana niat seseorang itu, tipsnya adalah dengan melihat mesej pertama.

using interpals

Sekiranya hanya dapat mesej ‘Hi’, itu bermakna dia hanya mencuba nasib untuk berkawan. Sekiranya panjang mesejnya, dan memperkenalkan nama dan tujuan dia, itu mungkin awal petanda yang baik.

Slowly

slowly penpal

Slowy adalah mobile apps dan penggunaannya adalah seperti menghantar surat fizikal. Sudah pasti menggamit memori zaman penpal di sekolah zaman 80 atau 90-an.

Perbezaannya adalah sekarang surat dihantar secara online. Perkara lain seperti masa surat tiba dan misteri tentang pengenalan diri adalah sama dengan cara lama menghantar surat.

Aplikasi ini memerlukan masa yang panjang memandangkan kita akan dapat mesej mengikut jarak antara dua tempat. Sekiranya kita menghantar surat ke Turki yang mempunyai perbezaan masa 5 jam, maka selama beberaja jam juga untuk penerima menerima surat kita.

Perkara yang menyeronokkan adalah kita akan dapat setem bagi negara kawan online yang menghantar surat.

Cara Penggunaan Slowly

Pendaftaran pengguna amat mudah sekali. Kita hanya perlu memilih avatar sebagai gambar dan mengisi maklumat ringkas seperti pengenalan diri, kemahiran bahasa, interest dan tarikh lahir.

Selepas itu, kita boleh menghantar surat sama ada mencari di ruang carian menggunakan negara atau boleh secara rawak kepada tiga orang kawan yang mempunyai persamaan interest.

Mesej atau surat boleh diisi panjang memandangkan konsepnya adalah seperti exchange surat dengan kawan perantauan.

Setiap kali ada surat baru yang akan sampai, kita akan dapat notification mengatakan surat dari negara tertentu dalam perjalanan untuk tiba dalam masa beberapa jam tertentu.

Bila dah dapat surat, penghantar boleh tahu suratnya telah diterima oleh kawan barunya. Proses ini berlaku sehinggalah kedua-dua kawan online ini bersepakat untuk berkongsi sosial media masing-masing untuk memudahkan perbualan berbanding dengan aplikasi ini.

Slowly penpal

Leave a Reply