CIH CHERNOBYL.. virus computer paling ganas pernah dicipta
Orang lama dalam bidang komputer dan
‘penguji keselamatan’ sistem rangkaian yang pernah melalui tahun 1998-1999 sudah pasti sentiasa mengingati satu virus komputer yang dikenali Sebagai CIH Chernobyl. Saya sendiri pun masih ingat, ada seorang kawan pernah beritahu yang ‘motherboard’ komputer beliau terbakar lepas kena serang dengan virus ni. Mula-mula memang macam tak logik je. Selepas virus ni dikenali ramai dan dibuat post mortem oleh pakar, memang diakui kawan tu tidak menipu atau mereka cerita sensasi. Virus ni serang o.s Windows yang popular zaman tu, Windows 95, 95se, Windows 98 dan yang paling ditakuti, ia boleh merebak sampai ke BIOS. Jadi ia boleh kacau sistem thermal Control motherboard, motherboard Jadi panas dan boleh terbakar. Jadi, memang layaklah CIH Chernobyl dianggap virus paling ganas pernah dicipta.
60 juta komputer pernah diserang virus ni dan kebanyakan kes melibatkan kerosakan pada sistem BIOS dengan kerugian mencecah 1 juta dollar.
Virus ini dicipta oleh Chen Ing Hau, seorang pelajar di universiti Tatung untuk mencabar kenyataan mendabik dada beberapa pembangun perisian antivirus akan kekebalan sistem yang dilindungi oleh anrivirus mereka. Nampaknya dia memang berjaya memenangi cabaran ini.
Virus tersebut dicipta pada tahun 1998, membuat kemunculan pertama dan mula tersebar pada tahun 1999 melalui rangkaian komputer di kampus universiti tersebut dengan bantuan kawan-kawan sekampus dengan beliau. Kemudiannya beliau memohon maaf dari pihak universiti dan mengeluarkan antivirus bersama-sama dengan Weng Shi Hau dari universiti Tamkang.
Virus ini juga dikenali dengan nama ‘spacefiller’. Mendapat jolokan tersebut kerana cara ia menjangkiti sistem komputer dengan mengisi ruang dalam aturcara sistem dengan kodnya sendiri tanpa mengubah saiz fail yang dijangkiti. Itulah juga caranya untuk mengelak dari dikesan antivirus (zaman tu antivirus tak berapa popular sangat)
Chen tidak pernah menghadapi apa-apa pertuduhan di mahkamah kerana tiada seorang mangsa pun pernah memfailkan pendakwaan ke atasnya. Undang-undang jenayah siber di Taiwan hanya digubal selepas berlaku serangan CIH.
Di antara penyebaran besar-besaran yang berlaku tanpa disedari Firmware yamaha cd-r400, demo game Activision Sin dan sistem komputer IBM activa yang dipasarkan dengan kehadiran virus tersebut.
Pada 26 April 1999, serangan berganda oleh CIH secara besar-besaran telah berlaku dengan kebanyakan kes dilaporkan berlaku di Asia. Masa nilah motherboard kawan saya terbakar. CIH mengisi 1024k pertama dalam boot disk sasaran dengan sifar menjadikan sistem komputer tersebut tidak dapat dihidupkan dan kemudian meneruskan serangan dengan mensasarkan beberapa sistem BIOS. Kerana peristiwa ini, teknik untuk menyelamatkan data yang hilang dalam Hard disk telah dicipta. Syabas Chen.
CIH Chernobyl sememangnya layak untum dikenali dan diingati sebagai virus yang paling ganas pernah dicipta.
Rujukan – wikipedia..