Toluna : Kerja Online di Rumah paling mudah

Kerja online di rumah semakin mendapat perhatian ramai ketika ini. Antara yang paling mudah adalah Toluna iaitu kerja online berbentuk survey.

toluna survey

Toluna bermula pada tahun 2000 dan pengasasnya berasal dari Perancis. Selain Toluna, ada beberapa platform lain untuk menjawab survey seperti i-Say, Rakuten Insight Survey, Surveyon dan GrabPoints.

Cara Jawab Survey

Sebenarnya bukan semua survey akan dapat ganjaran. Itulah realitinya. Agensi atau syarikat ada kriteria tertentu bagi memilih responden untuk menjawab survey mereka.

Perkara pertama yang perlu dilakukan sebagai responden adalah dengan mengisi semua maklumat di Tinjauan Profil. Bahagian ini dibahagikan kepada 12 bahagian iaitu Media, Perjalanan, Automotif, Kediaman dan Keluarga.



Terdapat juga bahagian Kewangan, Sukan dan Kecantikan, Perjalanan, Internet, Permainan Video, Beli-Belah, Telefon Mudah Alih dan yang terakhir, Kesihatan dan Kesejahteraan.

Tinjauan Profil bagi mendapatkan tinjauan yang sesuai

toluna profile survey

Tinjauan Profil adalah penting bagi mendapatkan survey mengikut kriteria-kriteria yang dikehendaki. Bahagian ini perlulah dikemaskini sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mendapatkan survey yang bersesuaian.

Setiap survey yang berjaya dijawab sehingga habis dikira sebagai survey yang mempunyai mata. Mata terkumpul inilah yang dapat ditebus sama ada dalam bentuk duit bernilai RM20 yang dihantar ke akaun PayPal, atau cara lain seperti mendapat 250 mata AirAsia BIG, baucer membeli-belah AEON bernilai RM20 dan baucer membeli-belah Giant bernilai RM20.

Sekiranya survey terhenti sebelum selesai, survey dikira tidak sempurna dan tiada mata akan diberikan. Kebiasaannya atas sebab seperti responden yang dicari tidak mengikut kriteria yang diperlukan.

Sebagai contoh, responden yang diperlukan mestilah mempunyai pendapatan melebihi RM10,000 tahunan namun responden yang sedang menjawab survey tidak seperti yang dijangka.

Mata bernilai dari 15 hingga 4000

point toluna

Setiap kali kemaskini Tinjauan Profil dilakukan, anda boleh mendapat mata sebanyak 50 mata. Selain itu, terdapat juga tinjauan yang diberikan oleh Toluna atau lebih dikenali sebagai Quickvotes seperti soalan yang ringkas dan akan dapat 15 mata bagi setiap soalan.

Mata yang terkumpul juga boleh digunakan untuk menyertai cabutan bertuah bernilai 500 mata. Setiap bulan, satu pemenang akan mendapat mata sebanyak 1,000,000 mata.

Mata yang perlu dikumpulkan

Bagi menebus mata dalam bentuk duit, saya perlu mendapat mata sebanyak 16,320 mata. Sekurang-kurangnya setelah berjaya menjawab empat survey yang bernilai 4,000 mata bagi setiap survey. Satu survey mungkin mengambil masa selama 10-20 minit.

Bagi menebus mata dalam bentuk mata AirAsia BIG, minimum perlu mempunyai mata sebanyak 11,000 mata. Ini adalah bonus bagi mereka yang sering menggunakan AirAsia untuk melancong.

Bagi menebus mata dalam bentuk baucer membeli-belah, mata minimum adalah sebanyak 16,800 mata. Ini adalah bonus bagi yang suka berbelanja di Aeon atau Giant.

redeem point toluna

Teknik menjawab survey yang sempurna

Saya pasti semua ingin menjawab survey sehingga habis dan mendapat mata. Namun, terdapat beberapa teknik yang perlu dilakukan untuk berjaya mendapatkan mata ganjaran.

  • Pertama, jawab survey dengan jujur.

Kebanyakan survey mempunyai soalan yang berulang bagi memastikan jawapan yang sama seperti soalan sebelumnya. Perkara ini dilakukan untuk mengenalpasti responden yang hanya menjawab tanpa membaca soalan.

  • Kedua, sekiranya soalan berkaitan tempat tinggal, pilih negeri yang ada dalam senarai.

Jangan pilih, negeri lain-lain. Soalan tersebut menunjukkan agensi memerlukan reponden yang berasal dari negeri yang disenaraikan sahaja.

  • Ketiga, berkaitan ahli keluarga

Sekiranya terdapat soalan mengenai ahli keluarga yang terlibat dengan mana-mana pekerjaan yang diberikan, sila pilih tidak ada atau tidak terlibat langsung dengan pekerjaan yang disenaraikan.

Agensi memerlukan responden yang tidak terlibat dengan pekerjaan seperti pemasaran dan lain-lain.

  • Baca soalan dengan teliti dari awal sehingga akhir.

Pilih waktu yang sesuai untuk menjawab survey bagi mengelakkan terganggu dengan aktiviti harian dan tidak mengantuk ketika menjawab survey.

Survey yang sudah dijawab dan berhenti di pertengahan proses dengan sengaja, mungkin tiada lagi peluang untuk menjawabnya pada masa yang lain.

Hasil dari Toluna

Hasil pendapatan dari survey ini mampu menambah wang belanja harian tidak kira sebagai pelajar atau yang sudah berumah tangga. Hanya luangkan masa 10-20 minit setiap minggu dan secara konsisten mampu mendapat sebanyak RM20 setiap bulan.

Pekerjaan menjawab survey adalah kerja bebas yang boleh dilakukan dimana sahaja dan pada bila-bila masa. Namun, memerlukan kesabaran yang tinggi semasa menjawab survey dan dalam proses mengumpul mata.

proof toluna

Nak tahu kerja-kerja lain yang boleh dilakukan secara ONLINE di rumah?

Baca artikel “6+2 kerja online di rumah paling mudah”.

Leave a Reply