Kenali Jenayah Siber. Jangan jadi mangsa

Seiring dengan perkembangan teknologi, jenayah siber seringkali berlaku di kalangan pengguna Internet di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ada mangsa jenayah cyber yang melaporkan kepada pihak berkuasa atau pihak yang bertanggungjawab dan ada juga yang mendiamkan diri sehingga perlu  menanggung akibatnya sendiri.

Jenayah Cyber

Jenayah siber adalah jenayah yang melibatkan aktiviti komputer dan internet. Sistem komputer agensi kerajaan dan kewangan boleh menjadi sebahagian dari operasi jenayah siber atau menjadi sasaran untuk melakukan jenayah oleh penjenayah siber.



Jenis-jenis Jenayah Cyber

  1. Penggodaman
  2. Pornografi Kanak-kanak
  3. Penafian serangan perkhidmatan (Denial of Service)
  4. Penyebaran Virus
  5. Vandalisme komputer
  6. Keganasan Siber
  7. Privasi Perisian

Rasa Cemas

jenayah siber tac

Perkara biasa yang terjadi apabila menjadi mangsa jenayah cyber adalah rasa cemas lalu menuruti arahan penjenayah sehingga mengakibatkan kerugian yang besar terhadap diri sendiri dan orang sekeliling.

Nombor TAC

Apabila anda menerima mesej yang mengandungi nombor transaction authorization code (TAC) sedangkan anda tidak melakukan sebarang transaksi, rahsiakan nombor TAC tersebut daripada pengetahuan sesiapa sahaja.

Modus operandi biasa penjenayah adalah mengatakan mereka tersilap memasukkan nombor telefon untuk TAC. Jangan sesekali terpedaya dengan tipu daya ini.

Akaun anda sebenarnya sudah dibuka oleh orang lain. Nombor TAC adalah kod sulit dan tidak boleh dikongsikan ke mana-mana pihak.

Pendaftaran nombor telefon ke akaun juga tidak boleh sama dengan orang lain apabila sudah ada nombor telefon yang didaftarkan.

Email ugutan

Apabila anda menerima emel berbentuk ugutan, sila abaikan mesej tersebut. Langkah berjaga yang terbaik adalah tidak membuka langsung emel yang diterima dari pihak yang mencurigakan dan emel yang telah ditanda spam.

Emel tersebut mungkin mengandungi virus dan mempunyai pixel yang membolehkan penjenayah mengetahui status emel.

Mereka akan mengambil kesempatan untuk terus menghantar emel ugutan sehingga mangsa menyerahkan sejumlah wang yang diingini. Emel yang mengandungi maklumat peribadi anda menunjukkan emel anda telah dijual atau digodam oleh pihak ketiga.

Segera tukar kata laluan untuk langkah keselamatan.

Tawaran Bersyarat

Apabila anda menerima panggilan telefon atau mesej berbentuk tawaran namun memerlukan wang pendahuluan, sila matikan atau abaikan penggilan tersebut dengan segera.

Begitu juga dengan tunggakan hutang yang anda perlu bayar. Penjenayah akan mengambil kesempatan ini untuk mengambil data peribadi anda lalu mencuri duit anda.

Peringatan: Pautan yang disertakan dalam mesej adalah pautan yang berbeza dengan laman web perbankan sebenar. 

Buli cyber

Apabila ada rakan atau orang luar yang mengugut anda untuk memalukan diri anda di media sosial atau menyakiti anda secara mental, hentikan perbualan dan laporkan kepada pihak bertanggungjawab. 

Buli cyber adalah termasuk dalam jenayah cyber. Jangan biarkan mental anda terus terseksa oleh pembuli cyber.

Hack Akaun

Sekiranya ada aktiviti yang mencurigakan di akaun anda, tukarkan kata laluan akaun dan laporkan kepada pihak bertanggungjawab terutamanya laporan di laman web tersebut.

Laporkan Sebelum Terlambat

jenayah cyber

Mangsa jenayah cyber boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa atau pihak yang bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCert), CyberSecurity Malaysia. 

Laporan anda boleh membantu pihak yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti punca yang sebenar jenayah berlaku dan menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada penjenayah.

Pihak yang bertanggungjawab akan membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi sehingga selesai proses pembaikan.

Hasil statistik jenayah yang dilaporkan oleh mangsa boleh membantu pihak yang berkuasa membuat persiapan bagi menghalang jenayah semakin berleluasa.

Orang awam juga boleh mengetahui tahap keselamatan apabila melayari internet.

Mencegah Lebih Baik

Jenayah siber berlaku apabila terdapat kekurangan dalam keselamatan akaun. MCMC telah melancarkan Program Klik Dengan Bijak.

Program tersebut menggariskan Panduan Keselamatan Melayari Internet bagi memberi pendidikan kepada pengguna-penguna internet mengenai jenayah cyber.

BIJAK adalah cara yang perlu diikuti oleh semua lapisan masyarakat ketika menggunakan internet. 

  1. B ialah berfikir sebelum berkongsi maklumat di Internet. 
  2. I ialah identiti anda merupakan tanggungjawab anda.
  3. J ialah jaga keselamatan diri ketika melayari internet.
  4. A ialah aktifkan fungsi privasi bagi mengawal kandungan yang ingin dikongsi.
  5. K ialah kemaskini kata laluan sekerap mungkin.

Kesimpulan

Jenayah siber semakin berleluasa apabila pengguna tidak menitikberatkan mengenai privasi di internet. Mangsa mudah terpedaya dengan tipu helah penjenayah apabila tidak mengetahui cara untuk mengetatkan keselamatan akaun-akaun mereka dalam talian.

Penggunaan kata laluan yang mudah dan senang menyebabkan keselamatan akaun tidak terjamin.

Amalkan panduan keselamatan melayari internet bagi memastikan anda tidak menjadi mangsa jenayah siber dan mengelakkan daripada menanggung kerugian.

Leave a Reply