Korea Utara sedia berperang dengan Amerika Syarikat

utara
Image credit : http://asia.nikkei.com/ © Kyodo
Korea Utara dalam sambutan hari ulangtahun ke 70 parti buruh, parti yang memerintah negara tersebut telah mempamerkan kekuatan ketenteraan mereka dengan pemimpinnya, Kim Jong Un berkata mereka sedia untuk menghadapi sebarang peperangan dengan Amerika Syarikat.

Beribu-ribu tentera berkawad dalam perarakan besar-besaran di dataran Kim Il Sung yang dinamakan sempena nama datuk Kim Jong Un yang juga merupakan pengasas negara Korea Utara sementara Kim memberikan ucapan beliau dengan penuh semangat dan keyakinan yang tinggi.

Pemimpin muda tersebut ditemani oleh pegawai tinggi Parti Komunis China, Liu Yunshan, yang mana mereka dilihat berbual-bual dan sesekali bergelak ketawa dikelilingi oleh pegawai tinggi tentera dan kerajaan Korea Utara.

“Revolusi ketenteraan parti bermaksud kita sudah bersedia untuk berjuang dalam apa jua peperangan yang dimulakan oleh Amerika Syarikat” Kim berucap dalam nada yang tegas dan bersemangat.

Bercuti ke Pulau Jeju, Korea?Klik sini

Rabu lalu, seorang pegawai tinggi tentera Amerika berkata Washington percaya Korea Utara mempunyai kemampuan untuk melancarkan senjata nuklear ke atas Amerika Syarikat dan mereka bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang serangan yang berlaku.

Ucapan Kim diikuti oleh perbarisan tentera dimulakan oleh satu batalion tentera berpakaian ala tentera revolusi yang menentang tentera Jepun ketika perang dunia kedua dan pertunjukan kekuatan aset ketenteraan merentasi dataran tersebut.

Satu bateri peluru berpandu antara benua menjadi tumpuan utama dalam perarakan tersebut meskipun tidak diketahui sama ada senjata tersebut sudahpun diuji ataupun tidak.

Sumber : http://asia.nikkei.com/

Korea Utara memang terkenal dengan parti Komunis dan dasar tutup pintu mereka. Pemimpin tertinggi mereka merupakan seorang yang tegas dan tidak bertolak-ansur dalam memerintah. Banyak kali kita dengar Kim Jong Un buat tindakan yang tak masuk akal dan tidak berperi kemanusiaan. Antaranya seorang menteri beliau pernah ditembak dengan senjata anti pesawat sebab tertidur dalam majlis yang dihadiri Kim.

Pernah juga saya terbaca beratus-ratus orang dilaporkan hilang selepas satu cubaan rampasan kuasa oleh pemimpin tentera Korea Utara dari sekecil-kecil umur 2 tahun hingga setua-tua umur 70 tahun. Semua ahli keluarga mereka yang terlibat, dilaporkan hilang atau mati. Sapu bersih. Tak ada pengecualian. Memang Komunis betul diorang ni.

Rahsia Korea Utara terletak pada tahap kerahsiaan mereka dan dasar tutup pintu yang diamalkan. Takde orang yang boleh sahkan kekuatan sebenar tentera Korea Utara, mereka boleh gunakan elemen ‘surprise‘ atau kejutan kalau berlaku apa-apa. Sebab ni juga Amerika dari dulu sampai sekarang tak boleh sesuka hati nak buli Korea Utara. Walaupun dikenakan sekatan ekonomi, Korea Utara tetap membangun. Lagipun Korea Utara ada peluru berpandu antara benua yang boleh dilancarkan ke mana-mana negara dalam dunia ni tak kira jauh atau dekat.

Bagaimanapun, kita tetap tak mahu berlaku apa-apa perang sebab perang tak bermata, ramai orang yang tak bersalah akan menerima tempias. Lebih-lebih lagi kalau negara kuasa besar berperang, negara-negara kecil terpaksa pilih nak berpihak dengan kuasa besar yang mana. Kalau kuasa besar yang dipilih menang, untunglah tapi kalau kuasa besar yang dipilih kalah, terpaksa terima akibat bertahun-tahun lamanya.



Leave a Reply

%d bloggers like this: