Tiket ETS Ipoh ke Kuala Lumpur murah

Tiket ETS Ipoh ke Kuala Lumpur murah?Siapa yang tidak mahu jika tiket ETS dijual dengan murah? Apalagi sebagai seorang pelajar yang sering pulang ke rumah di Ipoh dari tempat belajar di Kuala Lumpur (KL) dan kawasan sekitarnya.

Begitu juga dengan penumpang yang sudah berkeluarga dan bekerja di Kuala Lumpur. Sudah pasti tiket ETS murah memberi satu peluang yang baik kepada pengguna ETS Ipoh ke Kuala Lumpur.

ETS

ETS adalah singkatan kepada servis kereta api elektik (Electric Train Service) yang beroperasi di Malaysia semenjak 2010 oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Kereta api yang beroperasi secara elektrik ini sudah menjadi pilihan ramai dalam melakukan perjalanan selain daripada bas kerana dapat menjimatkan waktu perjalanan dengan kelajuan140km/jam. 

Bagi mendapatkan keselesaan dan keselamatan ketika dalam perjalanan, kereta api elektrik menjadi pilihan yang tepat memandangkan harganya yang berpatutan.

Kemudahan seperti tempat duduk yang selesa, berdingin hawa dan mempunyai kemudahan awam seperti tandas, kafe dan surau. Terdapat juga power point bagi plug 3-pin di setiap set tempat tempat duduk.

Susunan Tempat Duduk ETS Ipoh ke Kuala Lumpur

Terdapat lima gerabak yang disediakan bagi setiap perjalanan yang dinamakan sebagai koc. Koc diberi nama sebagai A, B, C, D, E dan F.

Setiap koc memberikan ruang untuk 60 penumpang dan 44 penumpang di koc yang mempunyai kafe dan surau. Terdapat ruang antara tempat duduk bagi laluan penumpang menambahkan lagi keselesaan untuk berlegar-legar di kawasan koc. 

ets iph ke kuala lumpur

Susunan kerusi adalah dua dan dua. Ini bermakna satu barisan mempunyai tempat duduk A, B dan C, D. Sebagai contoh, tempat duduk 2A dan 2B adalah bersebelahan.

Kemudian, terdapat ruang untuk berlegar atau bergerak. Selepas itu, barulah tempat duduk 2C dan 2D. Tempat duduk yang mengadap tingkap adalah tempat duduk A dan tempat duduk D. 

Pemilihan tempat duduk boleh dipilih apabila menempah tiket menggunakan laman web e-Tiket KTMB.

Koc yang mempunyai kemudahan kafe dan surau adalah koc C. Tandas terletak di koc B dan E manakala tandas bagi orang kelainan upaya (OKU) terletak di koc D.  

Jenis Perjalanan

Terdapat tiga jenis perjalanan kereta api elektrik iaitu:

Silver (Berhenti di setiap stesen KTM) 
Harga Tiket Ipoh – KL: RM25 (Selepas diskaun: RM19)

Gold (Berhenti hanya di stesen destinasi KTM) 
Harga Tiket Ipoh – KL: RM36 (Selepas diskaun: RM25

Platinum (Berhenti di beberapa stesen KTM) 
Harga Tiket Ipoh – KL: RM46 (Selepas diskaun: RM31) 

Ketiga-tiga kereta api elektrik mempunyai jumlah koc yang sama namun mempunyai tempoh perjalanan yang berbeza.

Perbezaan antara jenis perjalanan tidaklah terlalu ketara tetapi menjadi keutamaan bagi mereka yang perlu berada di destinasi tepat pada waktunya.  

ETS ipoh ke Kuala Lumpur

Ketiga-tiga jenis kereta api elektrik ini mempunyai dua laluan yang berbeza iaitu laluan ke arah Utara dan laluan ke arah Selatan.

Laluan ke arah Utara adalah antara stesen KL Sentral, stesen Ipoh, stesen Butterworth dan stesen Padang Besar. Laluan ke arah Selatan adalah laluan antara stesen KL Sentral dan stesen Gemas. 

Trik mendapat Tiket ETS Ipph ke Kuala Lumpur

Bagi mendapatkan harga tiket yang lebih murah, pengguna perlulah mendaftar sebagai ahli. Yuran keahlian adalah berpatutan iaitu RM30 bagi tempoh setahun dan tambahan RM3 bagi caj pentadbiran.

Pendaftaran adalah mudah dengan hanya mendaftar di laman web KTMB dan memuat naik bukti yang menunjukkan anda seorang pelajar seperti kad matrik. 

Tempoh proses pendaftaran adalah selewat-lewatnya selama sebulan. Maka, para pelajar dinasihatkan untuk mendaftar lebih awal.

Setelah proses pendaftaran berjaya, pelajar akan menerima KTMB iCard Virtual iaitu kad maya di telefon pintar.

Kad maya ini perlu ditunjukkan untuk membeli tiket di kaunter dan ditunjukkan bersama kad pengenalan semasa pemeriksaan di dalam kereta api . 

Ahli boleh mendapat diskaun sebanyak 24% bagi setiap tiket. Sebagai contoh, tiket yang berharga RM25 akan menjadi RM19 selepas diskaun. Ini bermakna, pengurangan sebanyak RM6.

Secara logiknya, yuran RM30 yang kita bayar seperti membayar diskaun RM6 bagi lima perjalanan pertama yang berjumlah RM30. Selepas lima perjalanan, diskaun yang kita dapat adalah percuma. 

Tiket murah

Tiket murah hanya boleh didapati dengan menjadi ahli KTMB terutamanya bagi golongan pelajar. Jenis perjalanan bagi tiket murah adalah perjalanan Silver.

Memandangkan kereta api  perjalanan Silver akan berhenti di setiap stesen, maka masa yang diambil adalah lebih lama berbanding Platinum dan Gold. Namun, hanya satu masa perjalanan yang ditawarkan untuk Silver.

Kereta api  perjalanan jenis Silver hanya ditawarkan pada waktu malam bagi perjalanan bermula di stesen KL Sentral dan pada waktu awal pagi bagi perjalanan bermula di stesen Ipoh.

Perjalanan waktu malam adalah pada jam 9.30 malam bagi perjalanan KL ke Ipoh dan jam 5 pagi bagi perjalanan Ipoh ke KL. Tertakluk kepada perubahan jadual perjalanan.

ETS Pilihan Terbaik bagi Pelajar

Perkhidmatan ETS adalah satu pilihan perjalanan yang selesa dan selamat. Harganya berpatutan mengikut jenis perjalanan yang boleh dipilih terutamanya bagi pelajar dengan memilih kereta api elektrik jenis Silver.

Pendaftaran sebagai ahli menjadi bonus untuk mendapatkan harga tiket yang murah. 

Leave a Reply