Operator broadband pasti melenting baca post ni

Satu masa dulu, aku cume ade smartphone untuk gune internet di rumah sewe selepas semue jiran keliling rumah dah mula celik IT dan tukar encryption WIFI diorang jadi WPA/WPA2. Sebelum tu kitorang pernah guna Xiaopan dalam USB drive untuk ‘pinjam’ WIFI jiran sebelah. Selepas kejadian antenna jarak jauh disambar petir, kebetulan jiran kami dah tukar WPA, kami pun dah mula sedar dan insaf. Lepas tu kitorang gune telefon masing-masing untuk pakai internet. Zaman tu takde lagi android, connect ke laptop pakai cable USB. Lepas pakai android, kami pakai WIFI hotspot untuk pakai internet kat laptop.

Masalahnye  aku tinggal kat kawasan industri Oil and Gas, kalau masa normal memang laju berdesup la Internet phone ni. Tapi time ade shutdown/T.A pernahla mencecah 10000 orang dalam kawasan ni. Start jam 8 malam je sampai 12.00 tengah malam Internet jem. Banyak kali jugakla aku terpaksa call operator mintak die reset balik internet kawasan ni. Lepas reset OK la sejam due lepas tu jem balik. Mase tu aku aktif berniaga MLM, kitorang ade support group dalam telegram dan FB jadi aku memang perlukan Internet selain untuk registerkan orang baru. Survey punye survey dari segi nilai, kelajuan dan coverage aku pun register dengan YES tapi aku hanya mampu pakai yang USB dongle je. Nak ambik MIFI dengan yang ade router tu mahal sangat. Bile dah ade broadband tu, aku ingatkan boleh connect ke phone, aku try buat ad-hoc network connection kat laptop tapi rupenye baru aku tahu Android tak boleh connect ke Adhoc connection. Mase tu macam nak je beli yang pakai MIFI tu tapi aku sabar dulu sebab macam tak mampu lagi nak tanggung lagipun kat kampung takde line YES. Aku pun teruskan dengan YES pakai kat laptop, kat phone pakai line phone. Setakat nak ber wassap tu bolehlah walaupun delay dekat 10 minit baru sampai mesej.

Selang beberapa bulan lepas tu, line TMGO dah mula sampai kat tempat aku keje, tengok pulak harge die lagi murah dari YES, walaupun line limited mase tu, tapi TM ni player besar jadi dengan penuh keyakinan aku percaye coverage die akan sentiase bertambah. Memang betul pun, sekarang ni dah banyak tempat yang ade line TMGO. Aku terus sambar TMGO yang USB dongle punye. Beza TMGO dengan YES, TMGO pakai simkad, YES tak pakai SIMKAD jadi simkad tu boleh masuk dalam phone yang ade 2 sot simkad. YES punye tak boleh buat apelah.


Dalam lebih kurang 3 bulan lepas aku pakai TMGO, internet opis aku terpakse dikurangkan speed dari 8Mbps ke 2 Mbps untuk menjimatkan kos, mase tu meamng yang amat seksa bile nak surf internet. 2Mbps kongsi 40 orang tak masuk henset lagi. Lepas tu mulalah nak control internet, diorang buat MAC filtering, MAC berdaftar saje boleh connect ke WIFI. FB tak boleh masuk, youtube tak boleh tengok. Aku pun try la cucuk dongle YES aku, hmm, takde line. lepas tu try pulak dongle TMGO, ade line. Lepas tu aku mulalah dengan minda kreatif dan inovatif mencari kat Google macam mane nak share USB dongle ni dengan Android. Cari punye cari, jumpe lah carenye. Sebab aku suke berkongsi dengan orang apa yang aku tahu, aku share la kat sini macam mana nak share 4G USB dongle broadband connection dengan Android. Aku buat ni pakai Win 7. Win 8 pun same jugak sebenarnya. Teknik ni sebenarnya gunakan hosted network, salah satu hidden feature dalam Win 7/8



1. Download file ni. Save kat mane-mane

2. Right Click atas file tu, pilih edit atau open with notepad

3. Cari line bawah ni:

“netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=akupunya key=passkey123 keyusage=persistent”

Tukar tulisan warna merah lepas “ssid=” dengan nama network yang korang nak buat ni dan tulisan warna merah lepas “key=” dengan password network ni.

hosted network batch file

4. Save file ni (File->save). Pastikan nama fail tak berubah “adhoc.bat” dan save as type pilih All files

5. Bukak file adhoc.bat sebagai admin (right click-open as admin). Click allow kat UAC yang keluar

hosted network menu

6. Set network, tekan 1 kemudian tekan Enter. Perkataan bawah ni keluar kalau berjaya, kalau tak keluar maknenye  korang tak open as admin.

“The hosted network mode has been set to allow.
The SSID of the hosted network has been successfully changed.
The user key passphrase of the hosted network has been successfully changed”

7. Tekan 2 kemudian tekan Enter untuk start WIFI Sharing.

8. Tekan 4 kemudian tekan enter untuk tengok status

9. Sekarang klik kat lambang network sebelah jam bawah belah kanan tu untuk bukak “Network and Sharing Center”

hosted network

10. Tekan kat “change adapter setting”

hosted network

Perhatikan akan ade satu network adapter baru dengan nama Wireless Connection X (2, 3,4) dan jenis die Microsoft Virtual Wifi Miniport Adapter. Tak perlu buat apa-apa cuma kene take note nama network ni

hosted network

11. Right click pada network adapter USB dongle korang. Korang perlu connect ke broadband network korang dulu kalau guna software yang diorang sediakan kalau tak, korang tak nampak device die, name connection pun akan sentiasa bertukar setiap kali connect ke network(YES, kalu TMGO tak tukar-tukar. Right Click lepas tu pilih properties.

12. Pergi ke tab sharing, tick kat “allow other network users to connect through this computer’s internet connection”. Pilih wireless network connection yang muncul dalam step 10 tadi, klik OK.

hosted network

13. Apa-apa yang keluar lepas tu, klik OK.

14. Sekarang ni tengok kat device Android korang, bukak WIFI, scan dan korang akan nampak nama network yang korang set dalam step 3 tadi. Connect dan masukkan password tadi. Dah sambung. Biasanya masa connect ni kat obtaining IP address lambat sikit. Kalau nak cepat setkan static IP je kat network phone korang. Tapi lepas boleh connect pertama kali sebab nak dapatkan value IP gateway dan DNS.

15. Kalau nak check, bukak balik file adhoc.bat tadi as admin, tekan 4 tekan enter. Bolehlah tahu status connection, berape orang connect.

16. Tekan 0 kemudian tekan enter untuk tutup file tadi. Connection tak putus walaupun file ni tutup. Connection ni timeout kejap sangat, jadi korang akan perasan phone korang selalu terputus connection, sambung balik sebab timeout rendah.

17. Nak tutup connection, bukak file adhoc,bat tadi tekan 3 kemudian tekan enter

18. REMINDER. Kalau boradband korang jenis yang tukar-tukar nama network, korang kene set balik Internet connection sharing setiap kali nama network bertukar.

PS : Kalau korang gune boradband ni an bersambung ke LAN atau WLAN network yang ade router/hub, boleh juga gunakan step 12 untuk share broadband ni. Select je nama network korang dalam dropdown list private network connection tu.


PPS : Kaedah ni boleh juga digunakan untuk share internet dari LAN atau MAC filtered WLAN macam kat opis aku. Syyh.. jangan beritahu IT kitorang.


Ade orang cakap pakai connectify lagi senang tapi biaselah bende senang dan free memang ade limitation die. Hotspot timer la, kalau nak share 4G/3G kene beli la. Sape ade banyak wang bolehla beli


kalau ade problem nak download file dari link kat atas, atau korang takut aku bagi virus, copy semua text kat bawah, paste dalam notepad lepas tu save as “adhoc.bat”, save as type “all files”

Agak-agak korang kalau operator broadband tahu aku share teknik ni melenting tak diorang? Yelah diorang buat satu dongle untuk pakai satu PC. Nak pakai banyak kene pakai MIFI atau beli router tapi pakai teknik ni, tak payah beli MIFI pun. pakai laptop/PC je. Sorry ye YES, TMGO aku pakai name korang dalam post ni.

Nak tengok banyak lagi hidden trick Win 7?  Klik sini (ENGLISH)

This tutorial also available in English. Click here

———————————start copy bawah line ni—————— ———————————-
@echo off
CLS
:MENU
ECHO [—————————————————–]
ECHO [Press 1, 2, 3 or 4 to select your task, or 0 to Exit.]
ECHO [—————————————————–]
ECHO [ 1 – Set Wifi Sharing Attributes                     ]
ECHO [ 2 – Start WiFi Sharing                              ]
ECHO [ 3 – Stop WiFi Sharing                               ]
ECHO [ 4 – Status                                          ]
ECHO [ 0 – Exit                                            ]
ECHO [—————————————————–]
ECHO —
SET /P M=Type 1, 2, 3, 4, or 0 then press ENTER:
IF %M%==1 GOTO SET
IF %M%==2 GOTO START
IF %M%==3 GOTO STOP
IF %M%==4 GOTO STAT
IF %M%==0 GOTO EOF
:SET
netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=akupunya key=passkey123 keyusage=persistent
SET /P N=PRESS ENTER TO CONTINUE…
CLS
GOTO MENU
:START
netsh wlan start hostednetwork
SET /P N=PRESS ENTER TO CONTINUE…
CLS
GOTO MENU
:STOP
netsh wlan stop hostednetwork
SET /P N=PRESS ENTER TO CONTINUE…
CLS
:STAT
netsh wlan show hostednetwork
SET /P N=PRESS ENTER TO CONTINUE…
CLS
GOTO MENU
——————————–hingga atas line ni———————————————-

hosted network

Tips bonus : Teknik rahsia untuk buat posting dalam semua group FB sekaligus
Tips super bonus : Cara buat Xiaopan Live USB Disk

2 thoughts on “Operator broadband pasti melenting baca post ni

Leave a Reply