Pulau Redang, Hari Kedua dan Ketiga
Sambungan dari hari pertama
Baca Trip ke Taaras tahun 2021 di sini.
Baca trip ke Redang Lagoon 2021 di sini
[radiosenyap.com] Hari kedua, kami bangun dan siap-siap jam 7 pagi, terus pergi sarapan di kantin. Kami menginap di Redang Lagoon. Menu sarapan mi goreng, bubur ayam, sosej potong dan roti bakar.
Lepas makan kami balik bilik dan bersiap-siap untuk trip snorkeling ke Taman Laut. Inilah yang ditunggu-tunggu buat semua yang datang ke Pulau Redang. Perjalanan ke Taman Laut ambil masa dalam 30 minit. Dalam perjalanan ke Taman Laut kami lalu tepi pulau-pulau kecik yang terdapat di sekeliling Pulau Redang.
Bot snorkeling |
Sampai kat Taman Laut, bot kami asalnya tunggu giliran untuk parking tepi jeti sebab masa tu ada bot Laguna Redang sedang unload penumpang, lepas tu datang satu lagi bot Laguna parking tepi bot yang mula-mula tadi. Crew bot kitorang pun sambil himpit tepi, sambil mintak izin nak tumpang lalu atas bot diorang.
Mungkin disebabkan crew Redang Lagoon ramai, 5 orang semua sekali diorang senyap je. Padan muka, potong queue lagi. Kami pun meniti dari bot ke bot sampai ke jeti. Seperti biasa, crew–crew dan beachboy Redang Lagoon tolong kitorang, dukung si adik sampai atas jeti. Bolehlah rasa jadi macam lanun cross bot orang sekejap.
Turun kat tepi pantai Taman Laut, kami berkumpul sekejap dan diberi penerangan oleh beach boy tentang peraturan dan pantang larang di Taman Laut antaranya tak boleh ambil anak penyu, tak boleh buang sampah dalam air, tak boleh pijak batu karang, tak boleh berenang luar dari garisan free boat area.
Kat Taman Laut ni memang yang teramat cantik pemandangan dalam lautnya. Mula-mula kami anak-beranak dengan bagi makan ikan. Kami dah bawak siap-siap roti untuk bagi makan ikan. Memang teruja bila tengok ikan-ikan semua datang makan roti.
Si adik ni sambil bagi makan ikan, sambil suap roti dalam mulut. Kakak masih trauma lagi, tak nak lepas dari peluk wife saya. Lepas bagi makan ikan, wife dan anak-anak naik ke pantai sementara saya meneroka keindahan alam ciptaan Allah di dasar lautan dengan kamera telefon Xperia Z dalam waterproof bag DiCaPAc.
Ikan taman laut |
Ikan berebut makan roti |
Jernih gile air sini |
Sea bed |
Terumbu karang |
Video snorkeling taman laut:
Video lagi :
Semua gambar dan video dalam air diambil menggunakan kamera telefon Xperia saya dan beg telefon waterproof DiCaPac.
Lepas 30 minit saya pun naik ke pantai dan bagi peluang kat wife snorkeling, walaupun beliau tak berenang ke tengah tapi dah boleh nampak banyak ikan-ikan cantik. Baru 2 minit wife saya snorkeling beachboy dah panggil balik. Rupanya jam 9 sampai 12 tu termasuk perjalanan. Saya ingatkan jam 12 baru balik. Orang lain pun semua dah balik, bukan kitorang je.
Waktu tunggu di jeti sementara bot tunggu giliran masuk jeti, kami nampak sekumpulan ikan yang sangat banyak, macam daun lalang dalam air sedang berenang-renang bawah jeti. Satu pemandangan yang kami tak pernah lihat sebelum ni. Kadang-kadang ikan ni melompat–lompat atas air. Memang rare lah pemandangan kat sini.
Ikan bawah jeti |
Sampai kat resort, beachboy Redang Lagoon bawak adik turun dari bot sampai ke pantai. Dia bawak macam si adik ni berenang sendiri. Apalagi, dah tak nak naik si adik ni bila perasan dia dah pandai berenang. Puas saya pujuk barulah dia setuju nak naik. Tu pun lepas saya janji nak pergi pantai lepas makan, mandi dan tidur sekejap.
Kami sampai di kantin, orang dah ramai. Ada 2 group check in ramai-ramai kat Redang Lagoon ni. Tapi nasi, lauk lagi mencukupi. Lepas makan, kami masuk bilik, mandi dan tidur. Sepatutnya jam 2.30 ada satu lagi trip ke open sea tapi kami masing-masing dah tak larat nak pergi.
Lepas anak-anak dah tidur, wife suruh saya pergi snorkeling kat pantai sebab lepas anak bangun, dia pulak nak snorkeling. Okeylah, saya pun turunlah ke pantai dan meneruskan aktiviti snorkeling. Kali ni saya beranikan diri berenang kat tempat yang lagi dalam tapi ikan tak banyak pun kat situ, ikan banyak kat tepi-tepi je sebab banyak batu karang kat situ.
Saya tak berani nak berenang dekat-dekat dengan batu karang sebab rasa seram sejuk je bila tengok batu tu macm ada lubang kat bawah. Kalau keluar apa-apa tarik kang macam mane. Huishh.. seram. Arus petang tu macam kuat sikit dari hari pertama, rasa macam ditarik-tarik ke tengah, nak berenang ke tepi macam susah sikit terutamanya kalau ada bot lalu.
Bila wife datang, saya naik ke bilik, solat dan bawak semua life jacket lepas tu bagitau kat isteri saya, arus kuat kalau nak balik ke darat susah sikit. Jadi saya bagi cadangan, kami semua pakai life jacket, turun dalam air paras-paras pinggang kat tempat banyak batu karang, snorkeling kat situ je.
Si kakak tak habis lagi traumanya, jenuh pujuk barulah nak turun. Bila dah sampai kat tengah, tengok wife saya snorkeling barulah hilang sikit trauma, bolehlah lepas sikit-sikit, bagi dia terapung sambil pegang life jacket saya. Petang tu, ada 2 orang anak gadis datang tegur wife saya tanya pasal macam mana nak ke airport dari Jeti Shahbandar. Diorang first time datang Terengganu dari KL.
Sebenarnya diorang dah sengih-sengih kat saya sebelum tu tapi saya ni jenis pendiam dan pemalu saya buat tak nampak jelah. Minta maaf ye dik, saya bukan sombong tapi saya ni memang jenis pendiam dan pemalu. Kalau nak tunggu saya tegur dulu perempuan kucing dah tumbuh tanduk, patah tanduk tumbuh balik pun saya tak tegur. Saya ni introvert. Memang macam ni, susah nak mulakan perbualan. Kalau orang tegur atau tanya saya jawab insya Allah.
Malam terakhir di Pulau Redang
Malam kedua ni kantin buat BBQ dan nasi goreng, mee goreng. Tapi BBQ ni kami kena bakar sendiri apa yang kami nak makan. Diorang cuma sediakan bahan mentah yang dah diperap je. Saya sempat ambil ayam dan daging je. Sotong , ikan pari dah tak sempat. Diorang buat BBQ selang satu malam kat sini. Jadi semua orang akan dapat rasa BBQ satu kali dalam pakej 3 hari 2 malam. Waktu ramai-ramai ni banyaklah saya nampak orang yang tak bersyukur macam dalam cerita sebelum ni sebab saya makan kat meja tepi tong dan basin pinggan/gelas terpakai. Ambil makanan penuh satu pinggan, makan macam satu sudu je, yang lain buang dalam tong. Yang buang daging bakar satu mangkuk penuh pun ada. WaAllahuA’lam.
Panggang sendiri |
Bahan mentah |
Malam ni malam last kat sini jadi saya ambil kesempatan untuk ambil angin dan jalan-jalan kat sekitar resort dan tepi pantai malam ni. Pasir kat pantai rasa macam sejuk je bila pijak. Angin pun tak kuat, sepoi-sepoi bahasa je. Malam ni juga saya baru tahu Redang Lagoon ada surau. Surau Al-Barokah.
Video pemandangan malam di Pulau Redang :
Esoknya kami bangun awal-awal, sarapan lepas tu saya dan anak-anak terus ke pantai sementara wife kemas-kemas barang untuk check out jam 10 pagi. Sampai kat pantai ada budak lelaki 2 beradik lebih kurang baya-baya si kakak sedang berenang-renang kat gigi air. Peramah budak-budak ni. Sampai si kakak dah tak trauma lagi. Siap boleh berenang-renang lagi. Bila wife dah datang, kami sempat ke tengah sikit dan tengok ikan berenang-renang tepi batu karang. Lepas tu si adik dah tak nak main air, ajak main pasir je. Saya naik dan biarkan wife dan si kakak main air bersama-sama kawan baru kakak.
Jam 9.15 kami balik ke resort lepas jenuh memujuk si kakak yang baru datang keberanian dan merasai keseronokan main air di pantai. Sampai kat bilik tengok-tengok group yang datang sekali dengan kitorang semuanya dah siap. Apa lagi kelam kabut lah kami siap-siap mandi semua. Nasib baik wife dah siap kemaskan beg-beg dan barang-barang lain.
Lepas check out, tunggu kejap atas wakaf sambil menikmati pemandangan Pulau Redang lepas tu dalam jam 10 pagi driver transport panggil kitorang dan hantar kami kat tempat kami turun hari tu. Group arab ni terkejut sebab tak sangka kami tunggu tepi pantai je. Diorang takut diorang kena angkat beg mengharungi air untuk naik feri. Saya ni dahlah tak biasa sangat cakap English, kalau tak panaskan enjin memang susah sikit nak buat ayat. Kalau enjin dah panas, dah tak reti cakap Melayu pulak. Punyalah susah nak terangkan kat diorang nanti platform tu datang sini, kita naik platform tu untuk ke feri. Diorang tanya “How about our luggage?” Nasib baik wife tolong beritahu diorang, “there is a bridge”. Barulah diorang puas hati.“So we don’t have to go into water, not like snorkeling?”. Kami jawab yes barulah diorang betul-betul puas hati dan ucapkan terima kasih.
Senarai hotel dan resort di Pulau Redang
Feri kali ni lambat sikit sampai. 11.00 pagi barulah feri sampai. Feri lain, feri satu tingkat je. Jam 12 lebih sampai di jeti Shahbandar. Mak mertua saya dah siap tunggu kat jeti. Berakhirlah percutian kami ke Pulau Redang. Insya Allah balik dari Aussie lepas wife sambung belajar 2 tahun start tahun depan kami akan datang balik ke Pulau Redang. Terima kasih pada beach boy dan krew snorkeling yang baik-baik dan sporting. Terima kasih juga pada staff Redang Lagoon yang baik hati dan peramah. Semoga jumpa lagi.
Kalau bwk anak kecil umur setahun setengah sesuai x?plan nk pergi pulau redang april ni bersama suami dan 3 anak umur 10,6 dan sethn setengah
Boleh je bawak. Tapi tengok beachboy la. Kalau yang jenis sporting diorang tolong je. Kalau yang jenis tak sporting die tengok je. Tapi kalau kat mahal mcm Laguna diorang ada jeti sendiri takyah masuk dalam air.
Nk ty.
Ambik pakej hotel mana?
Redang dan perhentian mn lg recommended?
redang lagoon..saya tak pernah pergi lagi pulau perhentian. tapi bagi saya redang memang best.
Wah..jernihnya air..terbaek..boleh ke Pulau Mabul juga di Sabah untuk tengok air jernih mcm ni 🙂
kalau ada rezeki bolehlah pegi. Tapi takutla nak pegi belah sabah..
T.Q
khairul from me maz b.b.bangi and
(sarawak)
welcome. no big deal
Terima kasih bnyk2 kena membantu,bab xpuas g krabi ,so tgok kd blog2 asik ckp redang best jer nk gak cuba,
Mcm mner nk ambik package tue,sory
call direct resort tu.http://www.redanglagoon.com/. 09-6665050/5018. Sekarang ni lagi murah sebab last 31 Oktober 2015. boleh dapat bawah 300. Kalau nak senang boleh contact ejen yang kawan saye tu,
Tengku Haphiz : 019-2241957
Fareez: 013-9879974
Mereka pun boleh bagi harga special sekarang sebab dah closing season. Bagitau Khairul Hilmi Sidek Ex-SMKA Sheikh Malek bagi nombor
Mcm nk ambik package tue ta,ngan hotel skli tkg bgi info ckit,nama package skli,klow ada nobor fon ok gak,tlg bantu
Pakej fullboard include tiket ferry pergi dan balik, bilik, snorkeling dan makan breakfast, lunch, evening tea, dinner dan 1 bbq. Price per person untuk 3d2N. Saya dapat haritu 300 adult 150 child. toddler free. sekarang lagi murah sebab dah nak closing season.
Klow ambik package kd redang lagoon tue,hotel kite ambik awal2 ya,
Anak masih kecil.lagi kalau nak di ajal snorkelling ..
Hihi
Ajal ke ajar kak..? Ajar berenang2 dulu bia tak takut air..
Bro imi, brape kos pakej ni? Awak hensem
saye ambik direct dengan resort. pandai kecek buleh muroh.
Dari dulu masa saya kecil sampi sekarang masih cantik lagi lautnya. 😀
Bro orang pulau ke?
cantik pulau ni, dah lama tak pergi, ada la kot bertahun2
Berbaloi-baloi datang 2,3 kali pun. Cantik dan best
Pernah pergi pulau redang tapi tak sempat nak snorkeling 🙂
kene pergi lagi ni.. snorkeling tu best
2 tahun lepas pergi pulau redang… best jugak.. tapi 2-3 hari asyik snorkling… masa tu duduk dekat challet mutiara ke apa ntah nama dia..
baca juga: 17 Makanan Paling Berbahaya Di Dunia
Snorkeling memang best. Ikan berenang kat tangan kite. kalau duk diam dalam air ikan datang dekat ingat kite makanan diorang
Seronok baca pengamalan bercuti ni.
Ohh…sbelum ni ada di Australia yer…double ohsem. Hehehe…
bukan sebelum ni, selepas ni. next year Insya Allah pegi Australia 2 tahun
menarik boh
Pulau redang best… Datanglah