19/2 Jumaat pertama di bumi asing
Hari ni jalan kaki lebih 1 km pergi Masjid di Redfern. Tengok dalam Google maps macam dekat je. Tapi letih jugakla nak sampai. Jalan kaki pun kena kejar traffic light. Kalau dah merah, lama jugak nak hijau balik. Sampai di Masjid Redfern 10 minit sebelum masuk waktu. Masuk dalam tengok, aih keciknye, dalam gambar nampak besar. Mimbar pun tak nampak, alamak salah pergi Masjid Syiah ke.
Tengok-tengok ada kertas tulis For Friday prayer, there are more rooms upstair. Naik-naik pintu kunci pulak. Turun bawah balik, ada sorang pakcik senyum kat saya, saya pun bagi salam dan salam dengan dia. On the way nak duduk, die ajak masuk dalam. Rupanye ade hall besar di sebalik pintu tu.
Imam sedang beri tazkirah. Bahasa Turki. Aduh, boleh tangkap halal, haram, jannah, naar je. Masuk waktu, bilal selawat, imam naik mimbar satu tangga demi satu tangga sampai habis selawat. Mimbar bukan kat tengah tapi kat tepi. Sebab tak muat kalau mimbar kat tengah. Bilal pun Azan. Waktu Azan tu, rasa macam sebak gile, selepas hampir seminggu tak dengar Azan, bila dapat dengar Azan tu perasaan saye macam, tak boleh nak digambarkan. Sampai hampir-hampir keluar air mata.
Lepas Azan, Bilal selawat dan semua orang, ya semua orang bangun untuk solat sunat. Selesai solat sunat tengok orang lain tak duduk tahiyat akhir, semua duduk macam duduk antara 2 sujud. Sudah, orang solat zohor je ke kat sini. Tengok-tengok, diorang paling kiri kanan lepas tu sapu muke. Rupanye diorang memang tak duduk tahiyat akhir.
Khutbah diberikann dalam Bahasa Turki dulu, lepas tu ada orang translate ke Bahasa Inggeris. Khutbah pasal mencari rezeki yang halal. Doa antara due khutbah masing-masing baca sendiri. Bilal tak baca doa kuat-kuat macam kat Malaysia. Khutbah kedua macam ambil yang rukun je. Selesai solat, jalan kaki balik tapi kali ni rileks je sebab takde nak kejar apa-apa. Lalu jalan lain nak elak melintas jalan besar, tengok-tengok jauh gile pulak tempat melintas.
Moralnye, kalau nak jalan jauh kene pakai kasut. Sebab senang nak berlari kejar traffic light. Sampai rumah letak kepala terus tidur sampai Asar. Plan asal nak pergi jalan-jalan kat opera house, survey parking AUD32 sejam sebab jam 5.30 dah kira rate malam. Tukar plan, cari park yang ada playground berhampiran. Belakang rumah je rupanye. Playground sini, jauh panggang dari api dari tempat kita. Ada 2 buaian dan satu set gelongsor je. Tapi bersih dan takde yang rosak. Getah lantai pulak kalau pijak rasa macam kaki kita tenggelam. Ramai orang bawak anjing jalan-jalan kat park ni tapi sebutir tahi anjing pun takde. Sebab orang sini macam dalam cerita shin chan, anjing berak, kene kutip tahi anjing tu masuk dalam plastic bag. Esok inspection rumah kat Eastlakes, kat komuniti orang Melayu Malaysia. Insya Allah, kalau takde masalah kami akan bayar deposit terus esok.
Prince Alfred Park |
Post Office |
Masjid Redfern |
Jalan lain |
Stesen minyak dan tempat sewa kereta |
Mesin bayar parking |
Peace park, ada playground |
Bersih kan |
Hari ni jalan kaki 1 km lebih g masjid di Redfern. Tengok dalam Google maps macam dekat je. Tapi berdoho jugokla nok…
Posted by Khairul Hilmi Sidek on Friday, February 19, 2016
Untuk cerita lain tentang kehidupan kami di Sydney sila klik pada kategori Sydney di atas.