Review web hosting Exabytes
Exabytes adalah salah sebuah syarikat penyedia hosting dan domain berpusat di Malaysia. Ibu pejabat Exabytes terletak di Pulau Pinang dan mempunyai cawangan di Kuala Lumpur , Singapura dan Indonesia.
Exabytes mempunyai data center di Malaysia, Singapura, US dan Indonesia. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Exabytes adalah cloud hosting, shared hosting, email hosting, VPS, dedicated servers, pendaftaran domain, marketing digital, (SiteLock, Cloudflare dan Sucuri), penyelesaian pembinaan laman web, penyelesaian pembangunan perniagaan dan banyak lagi sejak penubuhan mereka pada 2001.
Setakat hari ini , Exabytes telah menjadi pilihan lebih dari 100,000 pelanggan di 121 buah negara, menguruskan lebih 1000 server dengan lebih 100,000+ laman web dan lebih sejuta akaun email.
Blog tanpa hosting
Permulaan perjalanan saya dalam blog adalah dengan menggunakan platform blogspot.com (sekarang dikenali blogger.com). Platform ini adalah platform percuma yang ditawarkan oleh google.
Selepas beberapa lama menggunakan platform blogger.com, walaupun mempunyai sistem Theme dan boleh customize Theme tersebut saya dapati masih banyak had dan limitation dengan platform ini.
Blogging dengan wordpress
Seterusnya saya berpindah ke platform WordPress dengan menggunakan hosting GoDaddy.com menggunakan server berasaskan windows. Baca sini untuk kaedah pindahkan dari blogger ke wordpress. Selepas tak sampai 3 bulan saya dapati terdapat banyak masalah kerana wordpress adalah berasakan Linux.
Saya bertukar ke server berasaskan Linux, tapi masih lagi dengan GoDaddy. Waktu ni saya dah berpindah ke Australia dan dapat pendapatan dengan matawang Australia. Jadi harga dalam USD tu tak terasa sangat.
Cukup setahun, saya jumpa satu lagi hosting yang menawarkan kupon diskaun sehingga 60% iaitu hostgator.com. Pemerhatian saya mendapati pelawat ke radiosenyap.com majoritinya adalah dari Malaysia. Server hostgator pula berada di US. Jadi kelajuan untuk loading website adalah perlahan.
Mencari Hosting Tempatan
Balik ke Malaysia, harga untuk hosting pada waktu tersebut dalam USD jadi memang terasa bila ditukar ke RM. Jadi saya mencari alternatif dengan server yang berada di Malaysia.
Antara banyak-banyak penyedia yang saya jumpa, saya berkenan dengan Exabytes kerana melihat pada kukuhnya syarikat ini dan banyaknya servis serta server meraka.
Kebetulan pula waktu tarikh langganan saya dengan hostgator selama setahun hampir berakhir, Exabytes menawarkan promosi pertukaran hosting yang memberikan potongan yang amat berbaloi.
Selepas setahun dengan Exabytes, saya berpuas hati dengan perkhidmatan mereka kerana perkara paling utama dalam apa-apa perniagaan iaitu respons.
Setakat hari ini, setiap aduan dan maklumbalas yang saya ajukan pada mereka ditangani dengan segera. Mereka mempunyai team yang bersiap sedia 24jam sehari 7 hari seminggu.
Hosting Terbaik di Malaysia
Pengalaman saya dengan hosting dari luar negara, respon mereka tidak sepantas Exabytes. Mungkin disebabkan kekangan zon masa yang berbeza.
Saya pernah menghadapi masalah dengan resources untuk website ini, setelah berbincang dengan mereka, mereka bersetuju untuk naikkan limit untuk akaun saya untuk menangani masalah resource ini.
Antara produk Exabytes adalah seperti berikut:
WordPress Hosting
SSD hosting
Virtual Private Server
Dedicated Server
Server Co-Location
Search Engine Optimization
Microsoft Office 365
Senarai penuh produk dan perkhidmatan Exabytes boleh didapati di SINI