Rupanya Europe dan Rusia ada misi rahsia yang tak ramai orang tahu

Satu misi bersama antara agensi angkasa lepas Eropah (European Space Agency) dan Agensi Angkasa Russia(Roscosmo) untuk menempatkan manusia secara kekal di bulan telah menampakkan beberapa kemajuan terkini.

lari ke bulan
Image source : mashable.com

Misi tersebut, dipanggil Luna 27 akan memfokuskan untuk meneroka kawasan di kutub selatan bulan yang dipanggil South Pole-Aitken buat julung-julung kalinya dalam sejarah penerokaan angkasa lepas.

Walaupun misi Luna 27 akan dijalankan menggunakan teknologi robotik, matlamat utama misi ini adalah untuk membawa manusia tinggal dalam penempatan kekal di bulan. Satu gambaran konsep penempatan di bulan tersebut telah dikeluarkan oleh ESA dan firma rekabentuk Foster and Partners. Penempatan tersebut digambarkan sebagai ‘3-D printed lunar habitats’.

Sebahagian dari misi angkasa tersebut juga turut memfokuskan untuk mengkaji kemungkinan wujudnya air pada tahap beku di kawasan kutub selatan bulan disebabkan oleh keadaan persekitaran yang terlampau gelap dan sejuk. Jika ditemui, sumber tersebut dikatakan boleh digunakan untuk membantu dalam penghasilan bahan bakar roket atau sistem bantuan hayat di bulan. Misi tersebut juga akan menggunakan teknologi kamera terbaru dan sistem panduan laser untuk menentukan kawasan pendaratan terbaik di kawasan yang belum diterokai.

rumah bulan
Image source : mashable.com

“Kita perlu ke bulan” kata Professor Igor Mitrofanov dari Institut Kajian Angkasa di Moscow ketika ditemubual oleh BBC. Beliau merupakan salah seorang saintis utama dalam projek terebut. “Abad ke -21 akan menjadi abad yang mana penempatan kekal manusia akan wujud di bulan dan negara kita perlu menyertai proses ini” tambah beliau.

interview

Misi bersama ini sudah dirancang selama bertahun-tahun namun ia nampaknya sudah bersedia untuk dilaksanakan. Penglibatan ESA dalam misi angkasa ke bulan ini yang dijadualkan untuk bermula dalam masa 5 tahun, menurut laporan BBC sudah bersedia untuk dipertimbangkan dalam tahun 2016.

Sumber : mashable.com
Agak-agak berapalah kos nak pergi ke bulan, sewa homestay kat bulan ek? Dah puas buat kerosakan kat bumi, diorang nak jajah bulan pulak. Nanti elok-elok bulan warna putih dah jadi warna kelabu. Penuh dengan asap, jerebu, perang sana perang sini, berebut kawasan. 
Malaysia belum lagi sampai tahap tak boleh tinggal sekarang ni tapi kalau tak dikawal pembangunan tanpa perancangan rapi, tak mustahil rakyat Malaysia pun terpaksa cari planet lain nak pindah. Pembangunan tak salah tapi pembangunan tanpa perancangan tu yang salah. Campur pulak masuk poket tembus ke perut, itu lagi salah. Spec semua ke laut. Inspection semua pejam mata. Itu yang jadi buat stadium runtuh, buat lebuhraya melompat-lompat. Kontraktor pula jenis takde etika, main redah je. 
Harap-harap negara kita, Malaysia akan terus selamat dan semakin baik. Bukannya semakin parah dan semakin buruk. Tepuk poket, tanya iman.



6 thoughts on “Rupanya Europe dan Rusia ada misi rahsia yang tak ramai orang tahu

Leave a Reply

%d bloggers like this: