Terbaru : U.S cari pasal dengan China, China warning U.S

Angkatan tentera laut U.S merancang untuk meneruskan rondaan di kawasan perairan yang dituntut oleh China di Laut China Selatan dengan matlamat untuk mengekang kemaraan maritim Beijing.

Lanzhou, kapal pemusnah peluru berpandu dan Taizhou, bot peronda China mengeluarkan amaran ke arah sebuah kapal pemusnah U.S yang meronda dalam lingkungan 12 batu nautikal dari sebuah pulau yang dibina oleh China, kata jurucakap kementerian pertahanan China Yang Yujun pada pagi Selasa. Kapal-kapal China kemudiannya mengekori kapal U.S tersebut.

Rondaan seterusnya kemungkinan akan melibatkan USS Lassen yang akan melalui kawasan terumbu karang Subi dan Mischief di Kepulauan Spratly. Ia akan diiringi oleg kapal pengiring termasuk P-8A, kapal terbang peronda anti kapal selam untuk mengawasi tindak balas tentera China. Kapal pemusnah tersebut berpangkalan di pengkalan tentera laut U.S di Yokosuka, Jepun.


Setiausaha pertahanan U.S Ash Carter memberitahu Senate Armed Services Comittee bahawa operasi U.S di Laut China Selatan akan berterusan sehingga beberapa minggu hingga beberapa bulan. Rondaan tersebut adalah aktiviti rutin yang tidak menyalahi undang-undang antarabangsa, kata sumber rasmi Jabatan Pertahanan U.S kepada The Nikkei. Sumber tersebut menyatakan Washington menentang mana-mana negara yang menuntut  hak ke atas kedaulatan maritim secara berlebihan, mereka menegaskan bahawa mereka tidak akan sekali-kali berundur walaupun berhadapan dengan ancaman dari Beijing.



Tindakan kapal U.S tersebut “mengancam kedaulatan dan keselamatan China” serta “mengancam kestabilan dan keamanan serantau,” Lu Kang, jurucakap Kementerian Luar China memberitahu para wartawan dalam satu sidang media pada hari Selasa lepas.“Kami akan memberikan perhatian mendalam ke atas apa-apa yang berlaku di kawasan perairan dan ruang udara berkenaan dan akan mengambil sebarang tindakan yang wajar jika diperlukan.”

Sumber : http://asia.nikkei.com/

Nampaknya U.S dah start main cuit-cuit dengan China. Kepulauan Spratly dah lama jadi rebutan antara Malaysia, China, Vietnam, Filipina dan Brunei disebabkan oleh kedudukannya yang amat strategik dan mempunyai banyak sumber asli. Kepulauan ni terletak antara semenanjung dan Sabah tetapi oleh sebab ianya berada di kawasan perairan antarabangsa, Malaysia tidak boleh menuntut hak ekslusif ke atas kepulauan ini. 
China pulak menganggap seluruh Laut China Selatan adalah di bawah kuasa China. U.S yang sememangnya dah tak sebulu dengan China takkan biarkan China ambil kawasan ni sebab China akan menguasai perairan Laut China Selatan kalau dapat bertapak di kepulauan Spratly. China dilaporkan sedang membina sebuah airstrip di terumbu Subi
subi reef
Airstrip China di terumbu Subi. sumber : asia.nikkei.com © Getty image/kyodo
Malaysia juga mempunyai sebuah markas tentera yang dipanggil Stesen Lima di Terumbu Layang-Layang di samping sebuah kawasan pelancongan iaitu Avillion Layag-Layang. Kira-kira sejam dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.
layang-layang
Terumbu Layang-layang. Sumber : http://www.avillion.com/avillionlayanglayang/
Jika dua kuasa besar ini bertembung, kita di Malaysia sedikit sebanyak akan terkena tempias dari segi ekonomi dan politik. Kita terpaksa memilih untuk menyokong China atau U.S. Kita tidak mahu konflik besar ini berlaku tetapi jika anda diberi pilihan antara China dan U.S apa keputusan anda?

Leave a Reply