Hari terakhir di PFCE.

1 Jun 2008 – 7 Januari 2016
Tugasku di sini sudah berakhir
Syukur padamu ya Allah 
7 tahun setengah rezekiku di sini
Terima kasih PFCE
Sudi menerimaku seadanya selama perkhidmatanku
Terima kasih bos 
Segala kepercayaan dan keyakinan pada diriku
Sehingga hari ini
Terima kasih sahabat
Sudi menerimaku sebagai sahabat
Dan menemaniku dalam mengharungi hari-hariku di sini
Terima kasih client-clientku
Sudi menerima hasil kerjaku selama ini
Jutaan kemaafan kupinta
Dari semua dari dulu dari hari pertama
Sehingga hari ini
Jangan memohon maaf dariku
Kerana aku sudah memaafkan kalian
Kerana hatiku tidak ada ruang untuk menyimpan kemarahan
Aku halalkan semua hasil kerjaku
Aku halalkan semua ilmuku 
Aku halalkan semua waktu kerjaku yang terlebih
Kuharap kalian juga halalkan
Segalanya kepadaku
Semoga PFCE terus kukuh
Semoga PFCE terus berkembang
Semoga PFCE bangkit kembali
Semoga kita kan bertemu kembali



Leave a Reply