Kerja Online Di Rumah: Apps dan Web Testing

[Radiosenyap.com] Kerja Online di Rumah sebagai Apps dan Web Tester adalah satu pekerjaan yang mana kita ditugaskan untuk mencari kesalahan orang lain. Bukan saja-saja je cari salah orang, berbayar pulak tu. Kerja ni boleh jadi salah satu kerja part time online untuk pelajar. 

Sebelum saya ke Australia 2 tahun lepas, saya berhenti kerja lebih kurang sebulan lebih awal daripada tarikh kami berlepas.

Dalam masa itu saya cari apa peluang pekerjaan yang saya boleh buat di rumah secara online waktu di Australia nanti dan juga kerja part time online untuk pelajar.

Pengalaman kerja online di rumah

Selain dari yang diceritakan dalam post Cerita  3 Minggu Sebagai Freelance, saya juga menyertai program apps dan web testing dengan GAT (Global App Tester) sebagai kerja online di rumah.



Dalam masa sebulan saya buat kerja online di rumah dengan mereka, dapatlah lebih kurang RM800.00. Berbaloilah kan, kerja part time online kat rumah je.

Selepas balik dari Australia, saya kerja di Dominant Energy Sdn. Bhd. selama 6 bulan (project based contract) dari bulan Februari hingga Ogos 2018. Sehingga sekarang, saya masih lagi tidak bekerja.

Selama waktu di rumah, selain hantar dan ambik anak sekolah, untuk mengisi masa lapang, saya buat kerja part time online di rumah.

Selain daripada itu, saya juga tambah lagi skill saya dengan belajar secara hands-on membangunkan aplikasi Android menggunakan Android Studio dan membangunkan game menggunakan Unity.

Sempat jugaklah publish official apps Radiosenyap dan Laundry Finder Apps serta Mosquikill. Kemudian saya ada idea untuk membangunkan games berbentuk education tapi saya nak buat marketing study dulu.

Kerja testing ni sebenarnya kerja part time online di rumah yang mudah sangat. Dengan kata lain, kerja cari salah orang.  Macam mana nak join kerja ni? 

Apps/Web Testing

Pertama sekali kita perlu berdaftar dengan agensi tester, saya akan senaraikan agensi apps atau web tester yang saya join di penghujung post ni.

Selepas register, biasanya mereka akan berikan beberapa maklumat mengenai tugas mereka dan tugas kita. Langkah seterusnya adalah belajar dan ambik test.

Ada agensi apps dan web tester yang terus bagi reference untuk kita study kemudian dia akan bagi soalan-soalan kuiz bagi memastikan kita betul-betul serius dan layak untuk menjadi tester.

Ada juga agensi yang bagi screening test dulu, hanya yang lulus screening test sahaja akan dipanggil untuk sesi seterusnya.

Untuk lulus dalam screening test dan ujian kelayakan, sila pastikan baca dahulu reference yang diberikan dan faham betul-betul apa yang diajar. 

Selepas lulus ujian kelayakan, kita akan mula mendapat email jemputan untuk menyertai test cycle yang bersesuaian dengan requirement yang ditetapkan oleh client mereka. Bermulalah kerja online di rumah sebagai apps/web tester.

Antara requirement yang dikehendaki adalah negara, O.S dan browser. Ada yang nak test di negara tertentu sahaja, ada yang nak test dalam smartphone Android sahaja, ada yang nak test dalam Chrome sahaja.

Jenis Test

Ada 2 jenis test yang paling utama iaitu Functional dan Usability. Functional ni memerlukan kita test semua fungsi yang terdapat dalam Apps/Web yang diuji contohnya navigation, button, crash, freezing.

Usability lebih pada UX (User Experience) contohnya apps/website tu memerlukan banyak step untuk buat satu-satu perkara sedangkan boleh je buat dalam 3 step sahaja.

Ada juga agensi apps dan web tester yang bagi test case, test case ni disediakan oleh engineer agensi yang mana kita perlu ikut step-step yang mereka dah tetapkan dan buat report sama ada step yang dibuat tu lulus atau gagal. 

Setiap bugs yang kita laporkan mestilah disertakan dengan step yang kita ambil untuk menjadikan bugs tersebut berlaku, bukti sama ada bukti screenshot atau video dan logs untuk crash report.

Nak dapatkan bugs dari kerja testing secara online di rumah ni kita nak kena berfikir secara kreatif dan kritis. Kita kena bayangkan apa yang user sebenar akan lakukan dan test setiap fungsi yang ada. 

Bayaran kerja online di rumah sebagai tester

Bayaran kerja part time online di rumah sebagai apps atau web tester ini adalah berbeza bagi jenis bugs yang dilapor dan diluluskan. Yang paling rendah biasanya usability, yang paling tinggi adalah crash report.

Ada jugak yang bagi bonus kalau client tu terkesima dan bugs yang ktia laporkan contohnya mereka tak terfikir pun user akan buat macam tu tapi kita dapat jumpa kalau user buat satu-satu step tu akan jadikan apps atau web mereka crash.

Sesiapa sahaja layak untuk menjadi apps atau web tester asalkan ada kemahuan dan ada sedikit kreatif dan pemikiran logik.

Saya senaraikan beberapa agensi yang mana saya dah berdaftar dengan mereka dan dijadikan kerja online di rumah:

  1. Global Apps Testing – Agensi apps dan web testerpertama saya sertai, waktu saya join sebelum ke Australia dalam seminggu wajib ada paling kurang satu test cycle. Dengan agensi nilah saya dapat RM800.00 untuk 3 minggu kerja. Sekarang agak sendu je.
  2. uTest Dah lama saya join tapi tak pernah accept test cycle diorang zaman tu sebab waktu saya di Malaysia dulu takde job. Sekarang baru saya ada accept test cycle mereka. Dalam seminggu ada 1 job. Ada ujian kelayakan.
  3. Test.IO – Saya baru join. Takde test, tapi dia bagi reference dan terus bagi onboarding test (macam testing sebenar tapi tak dibayar) kena submit 3 bugs yang diluluskan selepas tu barulah dapat jemputan ke test cycle sebenar.
  4. Testlio – Baru join jugak. Ada 3 step ujian asas wajib lulus(boleh buat banyak kali) dan 2 ujian optional

Pada student-student universiti atau sekolah menengah daripada duk main game atau layan instagram, tiktok ada baiknya join jadi tester ni, buat kerja part time online di rumah je.

Di samping dapat inspirasi untuk buat apps, dapat jugak duit walau sikit-sikit. Pendapatan dari apps dan web testing ni takde limit, lagi banyak kita submit bugs report lagi banyak duit kita dapat.

3 thoughts on “Kerja Online Di Rumah: Apps dan Web Testing

Leave a Reply