Duhai bangsaku, marilah kita berubah bersama-sama part 2

Cerita 2: Urusan sewa kereta

Boleh baca cerita 1 kat sini

Saya pernah cerita kat sini lepas kereta pertama yang saya beli di Australia ni tamat rego, kami jual kereta tu dan sewa sebuah kereta dari sorang rakyat Malaysia yang menetap di Australia. Dia balik ke Malaysia selama setahun lebih untuk selesaikan urusan di Malaysia sebab dia nak tukar jadi warganegara Australia.

burung



Perjanjian sewaan kereta tersebut bermula 16/10/2016 hingga April 2018 dengan semua kos repair dan maintenance ditanggung oleh tuan punya kereta. Harga yang kami bayar adalah $2600.00. Saya percaya dia sebab dia adalah saudara sebangsa seagama.

Saya dapat kereta tu dalam keadaan yang amat menyakitkan hati. Dengan bau rokok, sampah dan puntung rokok merata-rata dalam kereta tu. Saya dah tanya pade owner saya nak buat steaming sebab nak hilangkan bau rokok dalam kereta tu. Dia dah setuju dan janji nak bayar balik kos yang terlibat.

Lepas buat steaming, barulah kereta tu boleh dipanggil kereta. Saya ambik gambar resit berharga $195.00 dan whatsapp kat owner. Dia jawab OK, esok bayar. Esok check akaun tak masuk lagi. Lepas tu esok takde lagi, esok lagi takde.

Bila dah bawak kereta tu 2,3 hari saya perasan kereta tu ada bunyi bila kita tekan brek, lepas tu check bawah enjin, ada leak minyak hitam sikit. Saya ambik gambar, ambik video hantar kat owner. Dia diam. Dah sebulan, duit steam tak bayar lagi. Saya mintak nombor Malaysia yang boleh saya call in case ada emergency pun dia tak bagi. Kami berhubung menggunakan whatsapp. Tupun 3 hari kemudian biasanya baru ada jawapan. Last-last saya jadi fed up dan bawak je kereta tu macam biasa. Minyak hitam kurang, saya tambah je. Saya pergi check kat bengkel pasal brek tu, bengkel cakap pad okey lagi. Mungkin kotor mungkin juga disk dah bengkok. Saya bagitau kat owner, dia diam je. Lepas tu dia tukar profile whatsapp dia dari gambar dia anak bini ke gambar dia sorang tapi tak nampak muka.

Atas nasihat pihak polis, saya tak boleh nak ceritakan detail apa yang berlaku pada kereta tu kat sini untuk mengelakkan masalah kalau ada perbicaraan di mahkamah. Yang saya boleh bagitau kat sini, kereta tu dah takde dengan saya sekarang  dan owner dah tak boleh dihubungi. Ada drama yang mana pelakonnya adalah owner dan sorang budak dia yang ada kat sini berlaku 2 hari sebelum Krismas. Saya tak boleh buat kesimpulan siapa yang sebenarnya bersalah dalam hal ni , owner atau budak dia atau kedua-duanya atau ada watak ketiga dalam drama ni yang bersalah.

Lepas ni kalau polis cakap dah boleh cerita detail, baru saya update post ni dengan cerita detail mengenai apa yang berlaku.

Apa pun, saya hanya berserah pada Allah untuk menunjukkan kebenaran dan memberi peringatan kepada watak-watak yang terlibat dalam cerita ni. Doa orang yang dizalimi tiada hijab. Kami percaya Allah akan gantikan duit kami berlipat kali ganda dan berikan yang lebih baik dari yang sudah hilang. Semoga Allah memberi peringatan kepada watak-watak yang terlibat sebelum mereka terus sesat dan hanyut. Amin

Semua watak yang terlibat dalam cerita ni juga adalah merupakan saudara sebangsa seagama.

Lepas ni mintak maaflah ye, kalau berurusan dengan saya, saya akan siasat dan soal selidik sesiapa sahaja tak kira apa bangsa apa agama. Saya dah tak percaya kat sape-sape lagi. Takde lagi istilah tolong-menolong percaya-mempercayai sesama sebangsa seagama.

burung terbang

2 cerita ni adalah pengalaman yang paling memberi kesan pada saya, ada lagi cerita-cerita lain yang buatkan saya sakit hati pada saudara sebangsa seagama sendiri tapi takdelah memberi kesan sangat. Yang kecik-kecik macam janji nak bagi upah tolong buat quotation, tolong buat procedure, tolong buat drawing tak payah ceritalah kat sini. Dah banyak kali saya tertipu sampai dah tak berharap apa-apa lagi bila orang janji macam tu.

Nasihat saya pada semua jangan letakkan kepercayaan 100% pada sesiapa sahaja sekalipun saudara sebangsa seagama. Kalau berjanji pastikan ada hitam putih, kalau berkongsi modal pastikan audit perbelanjaaan syarikat setiap bulan. Biasanya yang guna ayat “Alaa, kita kan same Melayu same Islam takkan aku nak tipu”, yang tulah penipu besar.

P/S Semua gambar adalah hiasan semata-mata

One thought on “Duhai bangsaku, marilah kita berubah bersama-sama part 2

  • December 19, 2017 at 3:21 am
    Permalink

    Alah biasa la tu. Kena pulak org melayu. Saya sendiri pn dh biasa terkena, mcm dah lali pn ada. Saya ada 1 prinsip yg prnah diberikan oleh seorang kenalan. Jgn mudah pegang janji pada org yang janji nk tolong kita, akhirnya org tu pn hilang. Lebih baik berdiri dn usaha sendiri, insyallah lebih berkat dan jiwa lebih tenang.
    Sekadar perkongsian pengalaman hidup.

    Reply

Leave a Reply