Keropok Lekor Ikan Salmon

Keropok lekor ikan salmon

Boleh tetiba terasa rindu kat keropok lekor 2 minggu lepas. Asyik ternampak orang buat iklan keropok lekor yang diorang bawak dari Malaysia je dalam group FB membuatkan diri ini terasa rindu nak makan keropok lekor goreng. Yang diorang jual kat sini keropok lekor rebus dalam vacuum pack tu. Bila goreng dia jadi macam keras dan tak sama dengan yang digoreng terus lepas diuli dan dibentuk. Kebetulan pulak jumpa orang letak resepi buat keropok lekor yang paling simple. Rupanya senang je nak buat keropok lekor, alang-alang mak mertua pun ada kat sini apa salahnya kalau cuba buat kan.

Saya pun pergilah cari ikan yang sesuai untuk dijadikan keropok lekor. Pergi kedai ikan kat Eastlakes Shopping Center, nampak banyak fillet yang dah siap. Ada sorang makcik tengah nak beli fillet ikan salmon, tengok dia timbang mahal sangat harganya. Saya cari fillet ikan salmon sebab kawan kat UK cakap dia buat pakai ikan salmon sedap. Saya pun masuk dalam Woolworth, pergi bahagian seafood, tengok-tengok diorang campur bahagian seafood dengan poultry(termasuk pork). Walaupun ikut undang-undang sini tak boleh guna pisau dan peralatan yang sama untuk seafood, meat dan poultry tapi terasa gelilah pulak tekak ini bila tengok daging pork kat situ. Pekerja pulak budak perempuan muda yang kadang-kadang jaga kaunter. Takutlah dia tak tahu peraturan tu. Tak jadi.

Pergi pulak kat Aldi, ada sorang Bangladesh yang dah tinggal lama kat sini cakap dalam Aldi boleh dikatakan 90% barangnya adalah Halal melainkan kalau dah memang jelas tulis pork atau gelatin. Ada yang tulis halal, ada tulis suitable for vegeterian, ada yang tulis suitable for vegan. Kalau ada 3 benda tu kira halal lah. Kosher pun boleh jugak. Pekerjanya pun ramai yang Muslim. Tapi ada jugaklah jual pork, wine seme tu. Cuma diorang asingkan seafood dengan meat, ayam dan pork. Belilah fillet ikan salmon dengan harga $13.90 untuk 4 potong sederhana. Lepas tu saya pergi kat BKK(kedai Asian) cari tepung sagu/kanji. Tepung sagu takde  kat sini. Yang ada tapioca starch dan tapioca flour. Hantam jelah, ambik tapioca flour.

Balik rumah, bermulalah misi membuat keropok lekor versi Australia dengan pengawasan mak mertua saya.

Resepi keropok lekor ikan salmon

Bahan-bahan:

  1. Filler ikan salmon ( 2 potong)
  2. Sesudu teh garam
  3. Tepung kanji (tapioca flour) sama kuantiti dengan isi ikan yang dah lumat

Cara-caranya :

  1. Buang kulit fillet ikan salmon dan tulan-tulang yang tertinggal (kulit ni goreng, sedap)
  2. Masukkan isi ikan salmon dalam blender bersama-sama 2 ketul ais dan sesudu garam
  3. Blend hingga lumat
  4. Campurkan tepung kanji dengan isi ikan salmon dan uli hingga jadi doh
  5. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan
  6. Bentukkan jadi bentuk keropok
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga terapung

Biasanya kalau pakai tepung kanji, orang cakap keropok lekor jadi keras bila dah sejuk tapi pakai ikan salmon ni, keropok tetap lembut. Memang sedap pakai ikan salmon. Padanlah harganya pun mahal. Kalau ikan tongkol kat sini baru $2.50 sekilo. Ikan salmon mau belas-belas sekilo. Ikan salmon ni kalau masak pun sedap, isi dia lembut lemak-lemak gitu. Rasa macam ikan patin pun ada. Kalau nak jual keropok lekor pakai ikan salmon ni boleh buat yang ekslusif punya. Kalau harga biasa botakla kepala tokey.

Leave a Reply

%d bloggers like this: